Seperti yang kita semua tahu, keyboard adalah bahagian penting dalam mana-mana setup gaming dan boleh aksesori yang agak mahal. Keyboard terbaharu daripada Corsair iaitu RGB K70 CORE dan merupakan keyboard mekanik jenis entry-level yang dijual pada harga RM499. Saya faham harganya agak mahal tetapi sebenarnya nilainya amat berpatutan jika dibandingkan dengan keyboard bangsawan lain.

Namun, disebabkan ada banyak keyboard jenis entry-level yang mampu dimiliki di pasaran, Corsair K70 CORE RGB perlu mempunyai ciri-ciri yang membuatkannya menonjol. Adakah produk ini mampu menarik perhatian para gamer?
Teruskan membaca artikel ini.
Reka bentuk Yang Simple Tapi Estetik

Sekilas pandang, Corsair K70 CORE RGB mempunyai reka bentuk yang simple jika dibandingkan dengan model Corsair yang lain. Bagi saya, saya tidak mempunyai masalah dengan reka bentuknya kerana ia tidak memberi kesan kepada pengalaman saya sebagai pengguna.
Dari segi bahan, binaan keseluruhan keyboard terasa bagus dan kukuh, yang bagus untuk kerja saya yang hari-hari menaip. Badan keyboard diperbuat daripada plastik dan cover atas adalah plat aluminium yang menyumbang kepada seluruh kekukuhannya. Bahagian bawah keyboard pula bermagnet dan boleh dipasang dengan palm rest yang disertakan sekali.

Ia juga memaparkan reka bentuk serba lengkap, yang bagus untuk seseorang yang memerlukan keyboard jenis full layout. Sebagai seseorang yang sedang menggunakan keyboard TKL, ada kalanya saya berharap keyboard mempunyai number pad, tetapi itu tidak menjadi isu dengan keyboard ini. Keyboard bersaiz penuh pula bermakna ruang meja akan semakin sempit. Satu lagi hal yang tidak membantu adalah rangka keyboard yang besar. Ini membuatkan keyboard ini menjadi kurang ideal untuk setup meja yang kecil.

Satu lagi elemen reka bentuk yang saya kurang suka ialah USB tidak boleh ditanggalkan. Masuk ke tahun 2023, saya rasa hampir semua orang memakai keyboard wireless dan memandangakan harganya hampir RM500, saya jangka ciri ini akan ditambah ke K70 CORE RGB. Bukan itu sahaja, kabelnya juga tidak berkualiti tinggi, dan hanyalah kabel generik. Walaupun keyboard harga mampu milik, nilainya bukanlah sesuatu yang boleh saya gantikan dengan kerap jika kabel putus.

Seterusnya, kaki keyboard hanya menyediakan satu aras sahaja. Nasib baiklah, aras itu mengikut keinginan saya, tetapi ia mungkin kurang sesuai untuk mereka yang lebih suka aras lebih tinggi.
Secara keseluruhan, saya rasa reka bentuk dan daya tahan keyboard ini amat baik, tetapi saya menjangkan lebih banyak ciri-ciri pada titik harga ini.
Smooth Dan Lancar Apabila Menaip

Satu-satunya pilihan untuk switch ialah Corsair MLX Red Linear, yang serupa dengan Cherry MX Red. Bagi mereka yang terbiasa dengan switch berwarna coklat atau jenis tactile, ia mungkin rasa kurang memuaskan, kerana switch coklat lebih berasa tepat untuk menaip. Switch K70 CORE RGB juga tidak boleh ditukar, tetapi itu tidak mengapa kerana ia akan menjadikan keyboard lebih mahal.
Ia masuk akal untuk gaming keyboard umum menggunakan switch merah atau linear, kerana para gamer sering mementingkan “kelajuan” pada keyboard, dan switch linear biasanya lebih sesuai untuk urusan itu jika dibandingkan dengan jenis switch lain.

Ini dapat dilihat apabila bermain game seperti Counter-Strike di mana anda mengintai lorong untuk mengesan musuh, switch linear boleh dikatakan amat senyap, dan boleh menjadi pengalaman yang lebih baik jika dibandingkan dengan bunyi klik-klik berterusan.
Mereka juga meletakkan pelincir di bawah switch, dan penambahan EVA foam akan melembapkan bunyi untuk membuatkan bunyi keyboard dengar lebih memuaskan.

Selain itu, K70 CORE RGB menawarkan pengalaman menaip yang sangat selesa (bagi saya) kepada mereka yang mencari keyboard dengan switch linear. Corsair berusaha untuk meningkatkan pengalaman menaip pengguna dan walaupun saya lebih suka switch coklat, saya masih seronok menaip menggunakan keyboard ini.
Aspek Customization

Dari segi customization, anda perlu memuat turun software iCue oleh Corsair. Ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan dalam aplikasi itu, seperti menukar fungsi kekunci dan butang kawalan media, RGB dan banyak lagi. Ia mengambil sedikit masa untuk belajar, tetapi semuanya akan berjalan lancar sebaik sahaja anda faham setiap fungsi.
Walaupun customization agak bagus, saya lebih suka jika arahannya lebih jelas kerana terdapat situasi di mana butang akan melakukan perkara yang berbeza, yang membuatkan saya menjadi keliru.

Saya juga lebih suka jika pilihan customization tidak dikunci di sebalik update kepada firmware . Malah, customization mudah seperti menukar RGB atau media control key pun memerlukan update yang membuatkan proses menjadi leceh.
Walaupun saya kata begitu, masih ada beberapa kelebihan tentang software iCue, seperti kebolehan untuk menyelesaikan sebarang isu yang mungkin timbul menerusi kemas kini yang konsisten. Sebagai contoh, saya menghadapi masalah dengan keyboard ini di mana input butang akan berlaku dua kali, tetapi isu ini berjaya diselesaikan dengan kemas kini melalui iCue. Pengalaman saya serta-merta menjadi lebih baik dan turut membuktikan bahawa kemas kini yang konsisten amat berfaedah dalam situasi tertentu.

Walaupun kadang-kadang melecehkan, saya masih menikmati kebebasan yang diberikan oleh customization keyboard ini, kerana masih banyak dan agak pelbagai untuk sebuah keyboard entry-level.
Kesimpulan

Disebabkan komuniti keyboard mekanikal sering berkeras untuk mendapatkan keyboard paling canggih, ia boleh menjadi agak menakutkan kerana tanda harga yang terlalu mahal. Andai kata anda baru ingin mengenali pasaran keyboard, Corsair K70 CORE RGB berfungsi sebagai pilihan pertama yang baik untuk mencuba keyboard mekanikal tanpa melabur terlalu banyak wang.
Untuk keyboard yang berharga RM499, pengalaman yang anda perolehi pasti melebihi produk pada segmen harga yang sama, dan kerana keyboard ini simple dan ringkas, anda pun tidak akan rasa seperti membayar lebihan.

Saya paling suka kelancaran kekunci, yang cepat, responsif, dan sesuai untuk gaming. Pilihan customization pun cukup bagus, dengan butang dan tombol yang boleh dilaraskan untuk memenuhi keperluan anda. Anda juga boleh menukar keycap jika mahu.
Kebanyakan isu yang saya hadapi dengan keyboard ini berpunca daripada pilihan peribadi dan boleh diperbaiki melalui kemas kini pada aplikasi, tetapi alangkah lebih bagus jika masalah-masalah itu tidak timbul sama sekali.

Secara keseluruhan, K70 CORE RGB ialah keyboard entry-level yang sangat baik dan memuaskan hati kepada mereka yang inginkan gaming keyboard simple.
Bagi sesiapa yang berminat, keyboard ini kini boleh didapati di laman web rasmi Corsair.
Dapatkan segala berita kami tentang produk ini di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post