Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Manga Eyeshield 21 Buat Comeback! Nantikan Bab Istimewa Sempena Ulang Tahun Ke-21!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 29, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Manga Eyeshield 21 Buat Comeback! Nantikan Bab Istimewa Sempena Ulang Tahun Ke-21!
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun Riichiro Inagaki dan Yusuke Murata lebih terkenal di industri manga kerana mencipta Dr. Stone dan One-Punch Man, tetapi mereka sebenarnya pernah bekerjasama untuk mencipta salah satu manga sukan terbaik dalam sejarah iaitu Eyeshield 21. Diinspirasikan oleh “american football”, sudah lebih dua dekad sejak manga ini ditamatkan dalam majalah Weekly Shonen Jump terbitan Shueisha.

Kredit: Yusuke Murata

Berita baik buat penggemar manga kerana Eyeshield 21 akan kembali dengan bab baharu yang istimewa untuk membantu meraikan ulang tahun ke-21 kejayaannya, dan peminat telah mendapat pandangan pertama daripada kemunculan semula besar manga itu!

Secara lebih khusus, Eyeshield 21 akan mengeluarkan bab istimewa baharu untuk meraikan ulang tahun ke-21 manga pada 29 Januari di Jepun. Bab baharu ini akan menampilkan 55 muka surat dengan satu halaman berwarna untuk memperingati kemunculannya semula. One-shot ini sebenarnya pernah diusik oleh artis Yusuke Murata dan diberi tajuk “BRAINxBRAVE,” tetapi buat masa ini, kami tidak pasti jika ini adalah adaptasi untuk manga ataupun manga.

「アイシールド21」21周年特別読み切りの告知アニメを作ってます。音声と効果がまだ入ってない状態ですが一旦アップ。 pic.twitter.com/c3LjT47Fw8

— 村田雄介 (@NEBU_KURO) June 5, 2023

Kembali ke topik utama, Murata telah melukis watak utama Sena Kobayakawa sempena keluaran bab manga terbaru akan datang:

Kredit: Yusuke Murata

Tentang Eyeshield 21

Buat mereka yang tidak tahu, Eyeshield 21 ialah siri manga tentang Bola Sepak Amerika yang ditulis oleh Riichiro Inagaki dan diilustrasikan oleh Yusuke Murata. Manga ini asalnya disirikan dalam Weekly Shonen Jump terbitan Shueisha dari Julai 2002 hingga Jun 2009 dan mengandungi 333 bab.

Kemudian, adaptasi anime pula menyusul dan terdiri daripada 145 episod televisyen. Siri anime diterbitkan oleh TV Tokyo, NAS dan Gallop dan disiarkan dari April 2005 hingga Mac 2008. Selepas itu, francais Eyeshield 21 telah menghasilkan dua animasi video original (OVA), album audio, permainan video dan barangan lain.

Kredit: Yusuke Murata

Sinopsis

Kredit: Yusuke Murata

Pemalu, pendiam dan bertubuh kecil, pelajar Sekolah Menengah Deimon, Sena Kobayakawa, adalah mangsa yang sesuai untuk pembuli. Akibat berlari sepanjang hidup, Sena menjadi tangkas dan mengembangkan kemahirannya untuk mengelakkan orang ramai.

Selepas Youichi Hiruma —kapten pasukan Deimon Devil Bats—menyaksikan pergerakan pantas Sena, dia memaksa budak yang pemalu itu menyertai skuadnya. Memandangkan Hiruma ingin menyembunyikan identiti Sena daripada kelab lain, Sena terpaksa bersembunyi di bawah topi keledar “Eyeshield 21”.

Terbiasa mengelak daripada masalah, kepakaran Sena mungkin dapat membantunya menjadi senjata rahsia dalam Deimon Devil Bats.


Dapatkan segala berita kami tentang francais ini di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Eyeshield 21manga
ShareTweetSend
Previous Post

Bleach Mungkin Ada Game Konsol Baru Bernama ‘Bleach Rebirth of Souls’

Next Post

Ado THE FIRST WORLD TOUR “Wish” Akan Singgah ke Malaysia pada Februari 2024! Info Penuh Tiket!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Ado THE FIRST WORLD TOUR “Wish” Akan Singgah ke Malaysia pada Februari 2024! Info Penuh Tiket!

Ado THE FIRST WORLD TOUR "Wish" Akan Singgah ke Malaysia pada Februari 2024! Info Penuh Tiket!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd