Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pengalaman SEGA Exhibition Booth Di Comic Fiesta 2023 Malaysia! Boleh Cuba ‘Like A Dragon Infinite Wealth’ & ‘Persona 3 Reload’

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 23, 2023
in Acara, Artikel, Berita, Jom Singgah!, Pameran/Expo, Tempatan
0 0
0
Pengalaman SEGA Exhibition Booth Di Comic Fiesta 2023 Malaysia! Boleh Cuba ‘Like A Dragon Infinite Wealth’ & ‘Persona 3 Reload’
Share on FacebookShare on Twitter

Comic Fiesta 2023 rasmi bermula hari ini, 23 Disember hingga 24 Disember 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan buat kali pertama, SEGA mengumumkan kehadiran mereka di ekspo ini dengan membuka booth menarik. Ini menandakan penampilan pertama SEGA di Comic Fiesta, dan mereka janji untuk memberi pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada pengunjung dengan menawarkan peluang terhad untuk mencuba game terbaru di pasaran dan mengumpul sejumlah hadiah eksklusif.

Kredit: Gamer Santai

Berikut adalah pengalaman kami di SEGA Exhibition Booth Di Comic Fiesta 2023!

Bila bercakap tentang SEGA, perkara pertama kita akan fikir adalah game. Terbukti betul, booth SEGA akan menampilkan beberapa game baru tetapi yang menjadi highlight adalah game Like A Dragon: Infinite Wealth dan Persona 3: Reload yang belum dikeluarkan secara rasmi. Ini bermaksud pengunjung dapat menjadi antara orang pertama untuk mencuba kedua-dua game ini sebelum orang lain.

Bagi mereka yang tidak tahu, Like A Dragon: Infinite Wealth ialah RPG akan datang oleh Ryu Ga Gotoku Studio dan entri ke-8 dalam siri Like a Dragon (Yakuza). Bersama rakan lama dan baharu, Ichiban Kasuga dan Kazuma Kiryu perlu bekerjasama untuk membantu mencari ibu Kasuga di Hawaii. Sama seperti Yakuza: Like A Dragon, game ini menggunakan sistem pertempuran turn-based untuk semua watak yang boleh dimainkan, bukannya aksi lawan-lawan.

Game ini akan keluar pada 26 Januari 2024.

Kedua ialah Persona 3 Reload, sebuah JRPG oleh P-Studio dan Atlus. Reload merupakan remake kepada Persona 3 (2006), dan seperti game original, protagonis memperoleh kuasa untuk menyeru Persona, lalu menyertai S.E.E.S., sekumpulan pemakai Persona yang berfikiran sama. Bersama, mereka ditugaskan untuk mengalahkan Shadows dan membongkar misteri Dark Hour. Remake ini menceritakan semula kisah Persona 3, dengan pelbagai tambah baik pada grafik dan gameplay.

Game ini akan keluar pada 2 Februari 2024.

Bukan itu sahaja, Persona 5 Tactica dan Sonic Superstars juga boleh diakses di kawasan demo gerai. Kedua-dua game boleh didapati sekarang.

Persona 5 Tactica ialah taktikal RPG spin-off daripada siri Persona dan menceritakan apabila Phantom Thieves of Hearts diangkut ke dunia alternatif. Gameplay merangkumi standard RPG strategi, termasuk navigasi berasaskan grid, sistem weapon affinity dan pertempuran turn-based, sambil menggunakan beberapa mekanik utama daripada siri Persona seperti Persona fusion, dan kelemahan musuh berdasarkan elemen.

Sonic Superstars pula ialah game platformer dan menampilkan gameplay side-scrolling serupa dengan game Sonic the Hedgehog klasik pada era 90-an. Sebagai salah satu daripada empat watak —Sonic the Hedgehog, Miles “Tails” Prower, Knuckles the Echidna dan Amy Rose—pemain melengkapkan sejumlah level untuk mengalahkan Doctor Eggman dan Fang the Hunter. Game ini juga menyokong four-player local multiplayer.

Khas untuk para media dan influencer, kami dapat mencuba Granblue Fantasy: Relink dan Endless Dungeon.

Granblue Fantasy: Relink akan dikeluarkan pada tahun depan dan merupakan aksi RPG berdasarkan francais Granblue. Berlangsung di Sky Realm, game ini menampilkan kempen single-player yang cukup besar dan mode co-op empat pemain. Bina pasukan impian di mana setiap watak mempunyai mekanik pertempuran sendiri yang menghasilkan gaya aksi unik untuk menghadapi pelbagai cabaran di dunia luas permainan.

Endless Dungeon ialah game tower defense twin-stick shooter dan sekuel kepada Dungeon of the Endless (2014). Game ini menyokong co-op multiplayer, dan membolehkan sehingga tiga pemain bermain bersama dengan misi utama untuk meneroka stesen angkasa yang terbiar. Mempunyai lapan watak yang boleh dimainkan (buat masa ini), masing-masing mempunyai senjata, kemahiran dan kebolehan unik sendiri.

Kredit: Gamer Santai

Bukan setakat itu sahaja, pengunjung yang singgah untuk bermain demo atau menyertai aktiviti-aktiviti di booth akan membawa pulang hadiah percuma! Hadiah tersebut termasuklah poskad game HATSUNE MIKU: COLORFUL STAGE!, yang telah dilancarkan di Asia Tenggara pada September yang lalu! Berikut adalah hadiah-hadiah percuma yang anda boleh dapatkan.

  • Shopping Bag bertema
    • Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name
    • Like a Dragon: Infinite Wealth
    • Persona 3 Reload
    • Persona 5 Tactica
Sumber: SEGA
  • Poskad HATSUNE MIKU: COLORFUL STAGE!
Sumber: SEGA
  • Topeng Sonic Superstars (Sonic, Tails, Knuckles, Amy) — Diberikan secara rawak
Sumber: SEGA
  • Sun Visor Sonic (Sonic Superstars)
Sumber: SEGA

Sekilas pandang, booth SEGA tidak begitu besar, tetapi rupanya memang menarik perhatian. Ada banyak poster game, TV besar yang mempamerkan semua trailer game, standee Persona 3 Reload dan Like a Dragon: Infinite Wealth, dan banyak lagi.

Daripada segi konsol, hanya 9 set disediakan untuk pemain mencuba. Setiap game mempunyai dua PS5, manakala Sonic Superstars mempunyai 3 PS5 untuk bermain secara co-op. Disebabkan jumlah konsol tidak banyak dan ramai pemain yang ingin mencuba, tidak perlu kata, barisannya memang sangat panjang. Pada tempoh waktu tertentu, maskot Sonic juga akan keluar untuk mempromosikan booth SEGA. Jika berminat, anda boleh mengambil gambar bersama landak biru itu.


Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merasai keseronokan game terbaru daripada SEGA dan menangi hadiah menarik di Comic Fiesta 2023. Kehadiran SEGA di acara ini juga menandakan satu langkah baharu dalam meluaskan jangkauan mereka di pasaran Malaysia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Comic Fiesta 2023sega
ShareTweetSend
Previous Post

Luffy Sebenarnya Ada Bapa Baik, Bukan Stereotaip “Ayah Anime Tak Guna”

Next Post

Mencari Seni Doujin Buatan Malaysia? Jom Singgah Art Booth Menarik Di Comic Fiesta 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Mencari Seni Doujin Buatan Malaysia? Jom Singgah Art Booth Menarik Di Comic Fiesta 2023!

Mencari Seni Doujin Buatan Malaysia? Jom Singgah Art Booth Menarik Di Comic Fiesta 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd