Walaupun Gege Akutami masih sibuk mengusahakan manga Jujutsu Kasien, nampaknya pengakhiran telah semakin hampir. Beberapa hari lepas, Akutami berkongsi mesej dengan peminat tentang berapa lama manga popularnya akan diterbitkan di Weekly Shonen Jump. Menurutnya, dia yakin bahawa Jujutsu Kaisen akan tamat pada tahun 2024.

Sebelum ini, Akutami pernah berkata dalam temu bual pada Februari 2021 bahawa manga Jujutsu Kaisen “mungkin” akan tamat dalam masa dua tahun. Pada masa itu, Akutami tidak yakin dengan kenyataannya. Dia kemudian kata perkara yang sama semasa Jump Festa 23′; “Jika anda menemani saya untuk satu tahun lagi (kemungkinan), saya akan sangat gembira.”

Untuk tahun ini, dia berkongsi mesej yang sama – khususnya, berita ini disampaikan di Jump Festa 24′. Sebagai salah satu acara anime terbesar di dunia yang meliputi majoriti francais di bawah “Shonen Jump”, Akutami kata bahawa ini mungkin adalah acara terakhir Jujutsu Kaisen sebelum manga berakhirnya.
“Ini mungkin, benar-benar Jump Festa terakhir yang diadakan semasa Jujutsu Kaisen sedang bersiri,” katanya.
Nasib baik, walaupun manga akan tamat pada tahun depan, anime masih mempunyai sekurang-kurangnya beberapa musim lagi sebelum ia dapat mengejar peristiwa-peristiwa dalam manga.

Selain menceritakan tentang manga, Akutami turut mendedahkan “Pameran khas Jujutsu Kaisen” yang akan dibuka pada musim panas akan datang.
“Memandangkan Jujutsu Kaisen dilukis secara digital, memang tiada lukisan tangan original. Kami banyak berfikir tentang apa yang perlu dilakukan dan memutuskan untuk menunjukkan saki baki storyboard, , draf dan karya para pembantu, yang biasanya disembunyikan oleh watak, kata-katanya dan sebagainya. Matlamat adalah untuk membuat pelawat berfikir, ‘Saya rasa saya juga boleh melukis manga!’ Sila nantikannya!”, kata Akutami.

Akhir sekali, Jump Festa ’24 mendedahkan bahawa manga Jujutsu Kaisen telah mengedarkan sebanyak 90 juta salinan (bukan jualan) mulai 4 Januari apabila jilid ke-25 dikeluarkan. Manga itu telah menambah 10 juta salinan lagi dalam edaran sejak anime musim kedua ditayangkan pada enam bulan lalu.
Dapatkan segala berita kami tentang Jujutsu Kaisen di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post