Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Malaysia Menjadi Tuan Rumah ‘M6 World Championship’ Pada 2024

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 18, 2023
in Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports, Tempatan
0 0
0
Malaysia Menjadi Tuan Rumah ‘M6 World Championship’ Pada 2024
Share on FacebookShare on Twitter

Pemain Mobile Legends: Bang Bang di Malaysia nampaknya akan bergembira tahun depan kerana Moontoon Games mengumumkan bahawa M6 World Championship akan berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia.

Pengumuman ini dibuat sebelum perlawanan akhir M5 World Championship antara ONIC Esports dan AP Bren. Dalam segmen pra-perlawanan, Mooton mendedahkan bahawa tuan rumah untuk acara global M6 World Championship akan jatuh ke negara kita. Ini merupakan kali kedua kejohanan Siri-M dihoskan di Malaysia, selepas M1 World Championship di mana EVOS Legends muncul sebagai juara pertama.

Kredit: Mobile Legends: Bang Bang

Pengumuman ini dibuat oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli bin Abd Halim yang turut berkata:

“Pencapaian ini bukan hanya untuk seorang tetapi untuk semua rakyat Malaysia, kami berjaya melakukannya. M6 akan menjadi peristiwa penting untuk negara kita, dan kami tidak sabar-sabar untuk mengalu-alukan pemain, peminat dan penggemar e-sukan dari seluruh dunia untuk merasa layanan dan semangat tiada tandingan yang ditawarkan oleh Malaysia.”

Kredit: Mobile Legends: Bang Bang

Buat masa ini, Moonton masih belum mendedahkan tarikh sebenar M6 World Championship secara rasmi termasuk slot untuk setiap negara. Walau bagaimanapun, ia dijangka akan diadakan pada Disember 2024.

Kredit: Mobile Legends Esports

Pada masa yang sama, AP Bren dari Filipina berjaya menghadapi semua cabaran di M5 World Championship dan menjadi juara kali kedua. Ini adalah pencapaian pertama untuk mana-mana pasukan profesional Mobile Legends dan bukti kepada dominasi mereka di dalam game ini.

Menentang Pasukan ONIC daripada Indonesia, AP Bren mempamerkan bagaimana mereka adalah pasukan yang lebih hebat dengan strategi yang lebih solid walaupun perlawanan Grand Final sangat sengit.


Dapatkan segala berita kami tentang Mobile Legends di SINI!

Tags: M6 World ChampionshipMalaysia
ShareTweetSend
Previous Post

Kaiju No 8 Akan Ditayangkan Melalui X (Twitter)! Tayangan Bermula April 2024!

Next Post

Tensura Season 3 Bakal Tayang pada April 2024, Trailer Rasmi Didedahkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Tensura Season 3 Bakal Tayang pada April 2024, Trailer Rasmi Didedahkan!

Tensura Season 3 Bakal Tayang pada April 2024, Trailer Rasmi Didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd