Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bushiroad Dalam Proses Bikin Fighting Game ‘Hunter X Hunter’

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 16, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fighting
0 0
0
Bushiroad Dalam Proses Bikin Fighting Game ‘Hunter X Hunter’
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, acara Jump Festa ’24 mendedahkan bahawa Bushiroad and Eighting (studio yang menghasilkan DNF Duel) sedang membangunkan fighting game berdasarkan siri manga/anime popular Hunter X Hunter oleh Yoshihiro Togashi.

Pengumuman ini sepatutnya menjadi kejutan yang menggembirakan kepada peminat yang tidak sabar-sabar untuk mengalami projek seterusnya dalam francais. Lagipun, ini merupakan tahun yang agak sedih bagi peminat kerana manga telah ditunda sekali lagi buat tempoh yang panjang kerana masalah kesihatan pencipta Togashi.

Malangnya, butiran lanjut tentang fighting game Hunter X Hunter, termasuk gameplay dan tarikh keluaran, tidak diberitahu. Sebaliknya, maklumat tambahan akan didedahkan di Bushiroad New Year Grand Presentation 2024. Acara itu akan berlangsung pada 6 Januari 2024 dan adalah acara tahunan di mana syarikat mengumumkan rancangan dan projek akan datang untuk tahun tersebut.

Togashi melancarkan manga Hunter X Hunter dalam majalah Weekly Shonen Jump terbitan Shueisha pada tahun 1998. Manga itu kemudian diadaptasikan kepada dua siri anime televisyen, dua filem anime, beberapa OVA dan beberapa drama pentas.

Pada bulan Mac lalu, Togashi memberitahu bahawa bab 401 untuk manga telah selesai, tetapi dia tidak mengesahkan bila siri itu akan kembali diterbitkan.

No.401完成。

制作体制は固まっていませんが、
机での作業時間が少しずつ
増えて来ただけでも嬉しい。 pic.twitter.com/q5vdUqIAFF

— 冨樫義博 (@Un4v5s8bgsVk9Xp) March 9, 2023

Selepas kembali buat tempoh masa seketika, manga terpaksa dihentikan sekali lagi pada bulan Januari lalu kerana isu kesihatan Togashi. Shueisha pada masa itu berunding dengan Togashi, dan memutuskan bahawa manga itu tidak seharusnya mengikut format mingguan. Jabatan editorial turut kata bahawa sebaik sahaja ada info konkrit tentang manga, mereka akan mendedahkan rancangan serta merta.

Hunter X Hunter mengisahkan tentang Gon Freecss, seorang budak lelaki yang belajar bahawa bapanya yang hilang rupanya adalah ahli organisasi yang dikenali sebagai Hunter Association. Organisasi ini mengambil individu berbakat dan menugaskan mereka untuk menyelesaikan pelbagai misi, termasuk memburu binatang mitologi, mencari harta karun, meneroka kawasan dunia yang belum dipetakan, dan menjejaki penjenayah yang dikehendaki.

Apabila Gon dapat tahu bahawa bapanya mungkin masih hidup, dia mendedikasikan dirinya untuk menjadi seorang Hunter dan menjejakinya.


Untuk segala liputan kami tentang Hunter x Hunter, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bushiroadfighting gameHunter X Hunter
ShareTweetSend
Previous Post

“Honkai: Star Rail Versi 1.6” Akan Keluar Pada 27 Disember 2023

Next Post

Anime Dandadan Akan Debut Pada Oktober 2024 – Visual Baru Didedahkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Anime Dandadan Akan Debut Pada Oktober 2024 – Visual Baru Didedahkan!

Anime Dandadan Akan Debut Pada Oktober 2024 - Visual Baru Didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd