Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acer Berkomited Kepada Neutraliti Karbon Bermula dengan Siri Laptop Aspire Vero 16

Maira by Maira
December 7, 2023
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Teknologi
0 0
0
Acer Berkomited Kepada Neutraliti Karbon Bermula dengan Siri Laptop Aspire Vero 16

Sumber: Acer

Share on FacebookShare on Twitter

Acer mengumumkan komitmennya kepada neutraliti karbon untuk siri laptop Aspire Vero, bermula dengan Aspire Vero 16 (AV16-51P) baharu. Mengikut piawaian antarabangsa untuk pengiraan jejak karbon dan neutraliti karbon, tindakan untuk mengurang jejak karbon sepanjang hayat peranti ini telah di ambil di setiap peringkat, kemudian, kredit karbon berkualiti tinggi akan digunakan untuk mencapai neutraliti karbon.

Sumber: Acer

“Untuk mengatasi cabaran perubahan iklim yang semakin meningkat, daripada segi produk, Acer mencadangkan ‘conscious technology’ direka dan dibuat dengan pertimbangan untuk masa depan,” ujar Jerry Kao, COO, Acer inc. “Dari segi korporat, Acer telah menyertai inisiatif RE100 dan berkomited untuk mencapai 100% elektrik yang boleh diperbaharui menjelang tahun 2035. Kami juga telah berikrar untuk mencapai pelepasan net-zero menjelang tahun 2050.”

Sumber: Acer

Semenjak permulaan siri ini, laptop siri Aspire Vero telah direka secara eco-conscious dengan matlamat untuk mengurang jejak karbon sepanjang jangka hayatnya. Daripada proses pembuatan ke pembungkusan sehingga kitaran semula di akhir hayat peranti ini, setiap proses telah diperiksa dan ditala halus secara berterusan untuk menyumbang kepada pengurangan pelepasan. Aspire Vero 16 (AV16-51P) adalah rangkuman daripada usaha-usaha seperti:

Sumber: Acer
  • Warna, Bahan, dan Kemasan: Casisnya diperbuat dengan campuran plastik yang dikitar semula sebanyak 60% (vs. 30% dari generasi pertama), dan permukaannya tidak mengandungi sebatian organik, cat, dan bahan tambahan yang meruap.
  • Komponen: Dikuasakan oleh cip pemproses Intel® Core™ Ultra terbaharu yang lebih cekap kuasa berbanding dengan cip pemproses generasi yang sebelumnya. Intel AI Boost, neural processing unit (NPU) baharu yang memberi kebolehan berkuasa AI yang baru dengan kecekapan kuasa yang terserlah.
  • Pembungkusan: Langkah-langkah untuk mengurangi jejak karbon telah diambil dengan mengitar semula bahan-bahan buangan yang terhasil dalam proses pembuatan dan menggunakan bungkusan yang boleh dikitar semula 100%. Reka bentuk yang 2 menimbangkan kebergunaannya membolehkan kotak kertas yang 100% dikitar semula, bertaraf FSC, untuk digunakan semula dengan senang.
  • Penghantaran: Acer telah bekerjasama dengan para rakan penghantarannya untuk mengurangkan pelepasan dari kontena laut standard dengan penggunaan biofuel di pelbagai laluan penghantaran mereka.
  • Penggunaan: Perisian pengurusan bateri AcerSense memberi tumpuan kepada kecekapan tenaga dengan empat mod prestasi: Eco+, Eco, Balanced dan Performance.
  • Pengitaran Semula dan Pembaikan: Direka untuk dibuka dengan senang dan cepat untuk pembaikan, penaik tarafan atau dikitar semula, skru standard digunakan dalam produk ini.
Sumber: Acer

Setelah perlaksanaan usaha-usaha untuk mengurangi pelepasan ini, Acer akan menggunakan kredit karbon berkualiti tinggi untuk mencapai neutraliti karbon. Acer Aspire Vero 16 akan diumumkan pada Januari akan datang. Jadi ramai-ramai kita nantikan siri Aspire Vero serba baru ini.

Untuk mendapatkan liputan lain untuk produk Acer daripada kami, anda boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Acer Aspire Vero 16Aspire VeroAspire Vero 16
ShareTweetSend
Previous Post

77% Daripada Cutscene ‘Like a Dragon: Gaiden’ Ialah Adegan Gadis Kabaret

Next Post

10 Filem & Siri Terbaik Tahun 2023, Menurut IMDb

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
10 Filem & Siri Terbaik Tahun 2023, Menurut IMDb

10 Filem & Siri Terbaik Tahun 2023, Menurut IMDb

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd