Acara ACG terbesar Malaysia, Comic Fiesta 2023 akan bermula tidak lama lagi! Sudah tentu terdapat pelbagai persembahan hebat yang menanti peminat-peminat semua! Untuk tahun ini, Comic Fiesta bersama-sama Kedutaan Jepun di Malaysia membawa dua artis hebat daripada SACRA MUSIC, ASCA × spira spica! Kami pasti ramai antara anda yang ingin melihat persembahan daripada mereka.

ASCA dan spira spica, masing-masing terkenal dengan gaya muzik mereka yang unik dan persembahan yang menawan, akan ditampilkan untuk menyerlahkan perayaan yang penting ini. ASCA, yang terkenal dengan suaranya yang mempesonakan dan tema anime yang memberi impak, dan spira spica, projek solo yang diketuai oleh Mikiha yang ceria, akan menghiasi pentas di Comic Fiesta secara individu. Acara ini merupakan salah satu perhimpunan anime utama Asia Tenggara dan berjanji untuk mempamerkan daya tarikan tersendiri budaya Jepun melalui persembahan secara langsung lagu-lagu anime. Kami menjangkakan bahawa pameran muzik ini akan menyumbang kepada pengukuhan hubungan dan memupuk persefahaman yang lebih erat antara kedua-dua negara.

Ingin melihat persembahan daripada mereka? Jom kami kongsikan kepada anda bagaimana cara untuk mendapatkan peluang untuk melihat persembahan tersebut!
Persembahan ASCA × spira spica daripada SACRA MUSIC boleh dinikmati secara percuma oleh pemegang pas Comic Fiesta 2023. Walaupun begitu, tidak semua pemegang pas yang boleh hadiri persembahan tersebut kerana tiket persembahan diberikan secara cabutan bertuah. Hanya pemilik bas berikut sahaja yang berpeluang untuk sertai cabutan bertuah ini:
- Sunday Afternoon Pass
- Sunday All Day Pass
- Weekend Pass

Kalau anda mempunyai pas-pas seperti yang disenaraikan, anda boleh sertai cabutan bertuah tersebut dengan mengimbas kod QR yang terletak pada belakang pas. Cabutan tersebut berlangsung bermula 6 Disember sehingga 18 Disember 2023. Jadi jangan lupa untuk sertainya!
Pemenang bertuah akan menerima tiket konsert melalui emel pada 19 Disember 2023. Sebagai peringatan, satu tiket hanya untuk satu orang sahaja. Pengedaran tiket akan tamat apabila kapasiti tempat konsert tercapai. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai laman web rasmi Comic Fiesta 2023.
Adakah anda semua sudah sedia untuk hadir ke CF 2023? Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Comic Fiesta daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post