Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Grand Theft Auto 6 Rasmi Akan Lancar Pada 2025 Di PS5 & Xbox Series, Info Awal

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 5, 2023
in Action, Artikel, Berita, Open World, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
Grand Theft Auto 6 Rasmi Akan Lancar Pada 2025 Di PS5 & Xbox Series, Info Awal
Share on FacebookShare on Twitter

Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba kerana hari ini, kita dapat pengesahan oleh Rockstar Games bahawa Grand Theft Auto 6 (VI) rasmi akan dilancarkan untuk PlayStation 5 dan Xbox Series pada tahun 2025. Sempena itu, mereka turut mengeluarkan trailer pertama yang menampilkan lagu “Love is a Long Road” oleh Tom Petty.

Anda boleh menonton trailer di bawah:

Pertama sekali, trailer di atas mengesahkan bahawa game ini akan berlangsung di Leonida, Vice City, yang diinspirasikan oleh Miami, Florida; dan bermula dengan adegan waktu matahari terbenam, yang kemudiannya beralih ke lokasi Vice City Penitentiary (penjara).

Kredit: Rockstar Games

Seorang pegawai pengawal bertanya – “Lucia, adakah anda tahu mengapa anda berada di sini,”.

“Nasib malang, saya rasa,” – jawab wanita Latina itu yang baju penjara berwarna jingga.

Kredit: Rockstar Games

Daripada visual dan sinopsis daripada Rockstar Games, naratif kali ini akan memfokuskan pada Lucia, yang baru sahaja keluar dari penjara. Selepas dibebaskan dari penjara, nampaknya dia tidak dapat lari daripada masalah dan masih melakukan jenayah di Vice City bersama teman lelakinya.

Kredit: Rockstar Games

Pandangan pertama ini juga mengesahkan bahawa GTA 6 akan menjadi game pertama dalam francais untuk menampilkan protagonis wanita. Bukan itu sahaja, trailer turut menunjukkan bahawa GTA 6 mungkin akan menampilkan sistem dua (playable character) dua watak yang boleh dimainkan, yang nampaknya adalah pasangan tersebut.

Walaupun Rockstar Games tidak memberi kepastian, tetapi buktinya seolah-olah di depan mata.

Kredit: Rockstar Games

Selepas tamatnya adegan Lucia, adegan berikutnya menunjukkan bandar luas Vice City sambil memperkenalkan pelbagai aspek tentang bandar dan penduduknya, termasuk pemandangan paya, pantai, dan kelab malam yang menghiasi bandar neon itu.

Kredit: Rockstar Games

Bak kata Sam Houser selaku Pengasas Rockstar Games;

“Grand Theft Auto VI meneruskan usaha kami untuk menolak had apa yang mungkin dalam pengalaman dunia terbuka yang sangat mengasyikkan dan didorong oleh cerita. Kami sangat teruja kerana dapat berkongsi visi baharu ini dengan semua pemain.”

Buat masa ini, itu sahaja info yang kami peroleh. Jika Rockstar mengumumkan info lanjut, saya akan mengemas kini artikel dengan sewajarnya.


Sekali lagi saya ingatkan, Grand Theft Auto 6 akan dilancarkan untuk PlayStation 5 dan Xbox Series pada tahun 2025.

Dapatkan segala berita kami tentang GTA di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Grand Theft Auto 6gta 6
ShareTweetSend
Previous Post

Captain Tsubasa: Ace Bakal Lancar 5 Disember Ini Secara Global!

Next Post

Tiket Naruto Animation 20th Anniversary Exhibition Semurah RM18 – Harga Diskaun Buat Masa Terhad!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Tiket Naruto Animation 20th Anniversary Exhibition Semurah RM18 – Harga Diskaun Buat Masa Terhad!

Tiket Naruto Animation 20th Anniversary Exhibition Semurah RM18 - Harga Diskaun Buat Masa Terhad!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd