Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jujutsu Kaisen: Adakah Kugisaki Nobara Betul-Betul Mati?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 5, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga, Spoiler
0 0
0
Jujutsu Kaisen: Adakah Kugisaki Nobara Betul-Betul Mati?
Share on FacebookShare on Twitter

Kugisaki Nobara merupakan salah satu watak penting dalam siri manga/anime Jujutsu Kaisen dan walaupun tidak menyerlah seperti Yuji, Megumi ataupun Gojo, tetapi kita tidak dapat menafikan kehandalannya. Malangnya, Nobara menemui nasib yang sangat kejam dalam Shibuya Incident Arc, di mana dia dibunuh oleh Mahito. Persoalannya; Adakah Kugisaki Nobara betul-betul mati?

Izinkan saya merungkaikan misteri tersebut.

Bagaimana Nobara Mati?

Kredit: Studio MAPPA

Dalam Shibuya Incident Arc, Kugisaki Nobara tidak memainkan peranan penting seperti watak-watak lain, tetapi masih terlibat dalam beberapa pertarungan yang menarik. Namun, pertarungan terbesarnya adalah bersama Mahito, yang kita tahu adalah salah satu cursed spirit paling kuat yang pernah wujud.

Kredit: Studio MAPPA

Nobara teringat apa yang Mahito mampu lakukan dan datang cukup rapat untuk menyerang klon Mahito menggunakan teknik Kanzashi (Hairpin). Pada mulanya, Mahito masih mempunyai kelebihan, tetapi dia terkejut apabila mendapat tahu teknik Tomonari (Resonance) milik Nobara boleh menyerang rohnya secara langsung. Ini bermaksud serangan Nobara pada klon telah dipantulkan kepada Mahito original lalu melantun semula ke klon, yang mengakibatkan kedua-duanya dicederakan.

Kredit: Studio MAPPA

Kelemahan ini membolehkan Yuji melancarkan pukulan demi pukulan yang sedang menyerang Mahito original pada masa yang sama. Ternyata, teknik Nobara sangat versatil dan berbahaya, jadi itulah sebabnya Mahito sedar bahawa dia perlu menyingkirkan Nobara secepat mungkin untuk bertahan hidup.

Kredit: Studio MAPPA

Untuk menangani krisis ini, kedua-dua Mahito (yang original dan klon) melarikan diri dari pertempuran dan memaksa Yuji dan Nobara untuk mengejar mereka. Kedua-dua Mahito berlari melepasi satu sama lain di lorong kecil, tetapi terperangkap di antara Yuji dan Nobara. Namun, si klon masih bergegas ke arah Yuji manakala Mahito original terus berlari dan menyentuh Nobara yang sedang keliru. Yuji sempat membunuh klon itu serta-merta tetapi Nobara gagal melihat serangan Mahito.

Kredit: Studio MAPPA
Kredit: Studio MAPPA

Selepas flashback yang pendek, Nobara menoleh ke arah Yuji lalu berkata kepadanya, sambil tersenyum, untuk memberitahu semua orang bahawa ia tidaklah teruk begitu. Tiba-tiba bahagian kanan muka Nobara berubah selepas terkena Idle Transfiguration milik Mahito, lalu meletup hingga terkeluar biji mata kirinya.

Yuji tidak boleh berbuat apa-apa, dan hanya mampu pandang sahaja dalam keadaan terkejut.

Nasibnya Samar-Samar

Kredit: Shueisha

Daripada apa yang kita lihat, Nobara terus jatuh mati selepas mukanya diletupkan. Sebelum itu pun, dia menerima adegan flashback (adegan ini biasanya disimpan untuk watak yang sah akan mati). Dia juga mengucapkan selamat tinggal kepada Yuji. Saya faham jika semua orang menganggap Nobara telah mati.

Kredit: Shueisha

Walau bagaimanapun, Todo Aoi dan Nitta Arata tiba pada waktu yang tepat untuk membantu Nobara sambil Yuji teruskan berlawan dengan Mahito. Di sini, Arata memberitahu Itadori bahawa dia telah menggunakan teknik penyembuhan pada Nobara. Disebabkan kecederaan ini baru sahaja berlaku, peluang Nobara untuk terus hidup bukanlah 0%. Bagaimanapun, dia juga memberi amaran kepada Yuji agar tidak menaruh terlalu banyak harapan.

Kredit: Shueisha

Apabila Mahito akhirnya dikalahkan, Yuji bertanya kepada Megumi tentang nasib Nobara tetapi tidak menerima jawapan. Disebabkan jawapannya samar-samar, Yuji mengangggap Nobara telah mati.

Semua yang saya jelaskan di sini berlaku di manga.

Sejujurnya bagi saya, Nobara kemungkinan besar masih hidup kerana kematiannya tidak pernah disahkan ataupun diberitahu. Malah, apabila Gojo meninggal dunia dan pergi ke alam roh, dia bertemu dengan semua rakan-rakan yang telah mati mengorbankan diri termasuk Geto, Nanami, dan ramai lagi. Namun, Nobara tidak dilihat langsung di alam ini.

Ini juga adalah petanda bahawa Nobara masih hidup dan sedang menyembuhkan diri di lokasi lain.


Apa pendapat anda tentang Nobara – adakah dia benar-benar mati? Jom kongsi pendapat di ruang komen!

Dapatkan segala berita kami tentang Jujutsu Kaisen di SINI!

Tags: Jujutsu Kaisennobara
ShareTweetSend
Previous Post

The Last of Us Part II Remastered Dedah Mode Roguelike Survival ‘No Return’

Next Post

Street Fighter 6 Bawakan Outfit Baharu Untuk Kesemua 18 Watak! Tersedia Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Street Fighter 6 Bawakan Outfit Baharu Untuk Kesemua 18 Watak! Tersedia Sekarang!

Street Fighter 6 Bawakan Outfit Baharu Untuk Kesemua 18 Watak! Tersedia Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd