Sementara menunggu musim terbaharu Demon Slayer, GSC Cinemas nampaknya mempunyai rancangan menarik untuk semua peminat Demon Slayer. Didedahkan melalui Youtube GSC, Demon Slayer: ON STAGE akan ditayangkan di Malaysia nanti!

Kalau anda ingin tahu, Demon Slayer: ON STAGE merupakan sebuah rancangan pentas yang memaparkan pelakon suara watak-watak secara langsung di hadapan penonton. Mereka akan juga akan membaca skrip cerita original yang eksklusif untuk rancangan tersebut. Untuk pentas kali ini, GSC Cinemas akan membawakan Demon Slayer: ON STAGE yang memaparkan dua arc utama iaitu Mugen Train Arc dan Entertainment District Arc. Berikut adalah sinopsis untuk setiap arc.
Mugen Train Arc — [14 – 18 Disember]
Tanjiro, Zenitsu dan Inosuke berada di Butterfly Mansion untuk berehat serta menyembuhkan kecederaan mereka selepas pertarungan dahsyat di Mugen Train. Satu hari, melihat Tanjiro berasa sangat sedih mengenangkan Rengoku, Zenitsu dan Inosuke cuba mencari cara untuk membuatnya berasa lebih baik tetapi…
Entertainment District Arc — [18 – 21 Januari]
Selepas mengatasi pertempuran sengit di Entertainment District, Tanjiro, Nezuko, Zenitsu, Inosuke, dan Uzui berkumpul untuk merenung dan membuat laporan tentang insiden tersebut. Daripada detik pertemuan mereka dengan Uzui di Butterfly Mansion, hingga penyelinapan mereka ke Entertainment District, dan pertempuran mereka hingga mati melawan Upper Rank Demon, mereka membincangkan apa yang berlegar dalam kepala mereka selepas mengatasi halangan ini…
Kedua-dua Demon Slayer: ON STAGE ini ditayangkan untuk masa terhad sahaja di Malaysia. Jadi jangan lupa untuk tandakan tarikh tayangan tersebut dan dapatkan tiket apabila ia tersedia! Untuk mendapatkan berita lain mengenai Demon Slayer daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post