Baru-baru ini, Square Enix telah mendedahkan maklumat dan visual baru untuk Dragon Quest Monsters: The Dark Prince yang memperkenalkan four-monster synthesis, butiran naratif baharu dan ciri Reverse Search.
Berikut adalah isi kandungan:
Four-Monster Synthesis
Square Enix menjelaskan cara khas untuk mensintesis jenis raksasa yang jarang ditemui. Ia dipanggil “four-monster synthesis” dan memerlukan sedikit perancangan jangka panjang, di mana pemain perlu menentukan jenis raksasa bermula daripada fasa pertama (datuk nenek). Menemui gabungan empat raksasa ini boleh menjadi penentu dalam pertempuran menentang musuh yang lain.
Contoh:


Four-monster synthesis mencipta raksasa baharu bukan berdasarkan ibu bapa, tetapi pada datuk nenek raksasa itu. Jika empat raksasa datuk dan nenek memenuhi keperluan, mereka boleh bergabung untuk mencipta raksasa yang rare tanpa mengira ibu bapa anak-anaknya.
Datuk: Cannibox (Rank F) + Nenek: Well Wisher (Rank E) & Datuk: Cannibox (Rank F) + Nenek: Bag o’ Tricks (Rank D) =
= Bapa: Selagi dua raksasa ini adalah datuk dan nenek, bapa boleh menjadi apa-apa jenis yang anda suka + Ibu: Selagi dua raksasa ini adalah datuk dan nenek, ibu boleh menjadi apa-apa jenis yang anda suka =
= Mimic (Rank C)
Maklumat Naratif Baru

Pengembaraan kami bermula di bandar Rosehill, tempat raksasa dan orang kerdil hidup dalam harmoni. Psaro telah disumpah oleh bapanya, Master of Monsterkind, dan tidak dapat membahayakan mana-mana makhluk raksasa. Oleh itu, untuk mencapai matlamat memerintah dunia raksasa, Psaro mesti menjadi pengembala raksasa, berkawan dengan raksasa dan memerintahkan mereka untuk berperang deminya.

Semasa di Rosehill, Monty, seorang tokoh bapa kepada Psaro, akan bertanyakan beberapa soalan yang akan menentukan antara pilihan empat raksasa untuk teman dalam pengembaraan anda. Ia terdiri daripada:
- Platypunk
- Fright Bulb
- Mud Mannequin
- Cruelcumber

Sebelum Psaro boleh menjadi pengembala raksasa sepenuhnya, dia memerlukan latihan, dan di situlah Fizzy akan membantu. Dengar kata-kata hikmatnya semasa merentasi dunia manusia, melawan raksasa dan memperoleh pengalaman berharga.
Setelah latihan selesai, Psaro kembali ke Rosehill di mana Monty mencadangkan dia untuk melawat Endor Colosseum untuk menguji kemahiran baharunya dalam Monster Megabrawl. Lihat jika anda boleh muncul sebagai pemenang dalam kejohanan Category G dan F!

Memenangi Kategori G akan membawa kepada pertemuan berpeluang dengan gadis elven bernama Rose.
Rose memiliki kebolehan istimewa yang membolehkan Psaro mencapai alam raksasa Nadiria. Tempat pertama yang dilawati oleh pasangan itu ialah eselon bawah Circle of Conquest, tempat raksasa dari keluarga syaitan dan mayat hidup menghuni. Di jauh, kelihatan sebuah bangunan yang tidak menyenangkan, Maulosseum, tempat pengembala raksasa terhebat di Nadiria berkumpul untuk berperang. Adakah Psaro mempunyai keberanian untuk bersaing dengan yang terbaik?

Apabila Psaro menjadi juara Category G di Maulosseum, reputasinya akan berkembang dan raksasa akan menjadi lebih mudah untuk ditangkap.
Ciri Reverse Search

Apabila kembali ke Rosehill selepas menakluki Category G di Maulosseum, anda akan mendapat akses ke Altar of Amalgamation, tempat di mana sintesis raksasa berlaku. Dari sana, anda boleh menggunakan ciri Reverse Search untuk mencari raksasa yang belum anda temui di liar dan menemui gabungan yang diperlukan untuk mensintesisnya. Ingat ciri berguna ini apabila anda ingin meluaskan senarai raksasa.
Dragon Quest Monsters: The Dark Prince akan keluar untuk Nintendo Switch pada 1 Disember di seluruh dunia.
@gamersantaimy
Discussion about this post