Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Beli Football Manager 2024 Untuk Peluang Memenangi Jersi Tandatangan Kevin De Bruyne!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 28, 2023
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, Promosi, PS5, Simulator, Sukan/lumba
0 0
0
Beli Football Manager 2024 Untuk Peluang Memenangi Jersi Tandatangan Kevin De Bruyne!
Share on FacebookShare on Twitter

Kejutan khas untuk peminat bola sepak kerana hari ini, SEGA mengumumkan bahawa sesiapa sahaja yang membeli edisi fizikal Football Manager 2024 Console atau Football Manager 2024 Touch akan berpeluang untuk memenangi jersi tandatangan Manchester City milik Kevin De Bruyne.

Kredit: Sega

Harap maklum, edisi fizikal Football Manager 2024 Console akan dikeluarkan pada PlayStation 5 pada 7 Disember manakala Football Manager 2024 Touch akan dikeluarkan di Nintendo Switch pada 14 Disember. Kedua-duanya tersedia untuk pra-pesan.

Kredit: Sega

Untuk menyertai promosi ini, korang boleh akses laman web kempen melalui kod QR yang dicetak pada pelekat dalam salinan fizikal game anda. Mereka yang ingin mengambil bahagian dalam kempen Football Manager 2024 ini dan memenangi jersi Kevin De Bruyne mesti mendaftar sebelum tarikh akhir penyertaan iaitu 7 Januari 2024.

Butiran Kempen

  • Tempoh Penyertaan: 7 Disember 2023 – 7 Januari 2024
  • Hadiah: Jersi tandatangan Manchester City FC #17, Kevin De Bruyne x 1*
  • Cara Masuk: Akses laman web kempen melalui kod QR yang dicetak pada pelekat yang disertakan dalam edisi fizikal dan masukkan maklumat yang diperlukan.

Tentang Football Manager 2024

Kredit: Sega

FM24 ialah edisi ke-20 dan paling lengkap dalam siri pengurusan bola sepak oleh Sports Interactive dan SEGA dan membawa banyak ciri-ciri yang lama ditunggu-tunggu, salah satu memindahkan save file daripada FM23. Daripada segi gameplay, banyak pembaharuan lain yang saya cuba ringkaskan di bawah.

Kredit: Sega

Evolusi sukan dipamerkan oleh pelbagai perubahan pada hari Matchday yang mendekatkan peminat kepada pengalaman taktikal sukan ini. Cara posisi pintar di atas padang dan peranan Inverted Full-Back juga memberi lebih banyak ruang untuk bereksperimen, manakala setiap perlawanan telah bertambah berkat animasi pergerakan pemain, fizik bola dan pencahayaan lebih tulen.

Football Manager 2024 dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, Xbox One, Switch, PC, iOS dan Android sejak 6 November. Dapatkan segala berita kami tentang game ini di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Football Manager 2024Kevin De Bruyne
ShareTweetSend
Previous Post

Undi Game Kegemaran Anda! 30 Game Bersaing Untuk Anugerah TGA “Player’s Voice”

Next Post

Napoleon Review — Ringkasan Hidup Napoleon yang Kucar-kacir

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!
Movie/siri

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!

June 1, 2025
Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun
Movie/siri

Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun

June 1, 2025
Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!
Movie/siri

Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!

June 1, 2025
Next Post
Napoleon Review — Ringkasan Hidup Napoleon yang Kucar-kacir

Napoleon Review -- Ringkasan Hidup Napoleon yang Kucar-kacir

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd