Rata-rata gamer mesti mengenali game Genshin Impact tidak kiralah daripada pemain lain ataupun segala meme yang berpusatkan game tersebut. Bayangkanlah betapa terkejutnya kami apabila mengetahui ada universiti yang jadikan game tersebut sebagai salah satu kursus untuk pelajar-pelajarnya! Jom kami ceritakan secara ringkas mengenainya kepada anda semua.
Carnegie Mellon University di Amerika Syarikat memberikan pelajar-pelajarnya pilihan untuk mendapatkan kredit melalui sebuah kursus pembelajaran pembinaan pasukan menggunakan Genshin Impact.

Melalui Reddit, katalog pelajar sarjana muda di Carnegie Mellon University (CMU) ada menyenaraikan kursus bernama “Genshin Impact: Team Building.” Kursus ini ditawarkan melalui Student-Taught Courses ataupun StuCo, di mana pelajar dibenarkan untuk mengajar kelas-kelas dan mengongsikan pengetahuan mereka mengenai topik yang dipilih. Untuk situasi ini, ianya berkaitan penubuhan pasukan melalui Genshin Impact. Yang menariknya, semua CMU boleh mengambil kursus StuCo ini tidak kiralah sebagai guru mahupun pelajar.

Bukan setakat Genshin Impact sahaja yang tersenarai dalam untuk kursus StuCo ini, malah perkara seperti anime, Pokemon, Minecraft, Star Wars, Avatar: The Last Airbender malah Taylor Swift juga tersedia. Ia menyentuh pelbagai subjek yang diminati oleh ramai orang.
Dengan mengambil kursus StuCo ini, kedua-dua pengajar dan pelajar boleh mendapatkan tiga kredit elektif untuk kerja mereka.

Dengan banyak universiti tempatan ingin tumpu kepada e-sukan sekarang, ada kemungkinan besar kursus seperti ini boleh diterapkan sebagai bahan belajar nanti. Harap-harap lebih banyak universiti yang menyediakan kursus pembangunan game sediakan kursus seperti ini untuk pelajar-pelajar berbanding belajar teori sahaja.
Kalau anda masih seorang pelajar, adakah anda ingin kursus seperti ini diadakan di universiti anda? Boleh kongsikan pendapat anda di ruang komen! Untuk dapatkan berita menarik lain mengenai game, boleh klik pautan ini!
@gamersantaimy
Discussion about this post