Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem anime BLUE LOCK ‘Episode Nagi’ Akan Ditayangkan Pada April 2024!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 28, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Filem anime BLUE LOCK ‘Episode Nagi’ Akan Ditayangkan Pada April 2024!
Share on FacebookShare on Twitter

Manga dan anime bola sepak popular Blue Lock akan kembali dengan filem serba baharu tentang watak sokongan, Nagi Seishiro. Khususnya, laman web rasmi untuk filem anime BLUE LOCK Episode Nagi mengumumkan bahawa filem itu akan ditayangkan di Jepun pada 19 April 2024.

Sempena itu, mereka mengeluarkan trailer khas yang anda boleh tonton di bawah:

Tarikh keluaran di seluruh belum didedahkan tetapi harapkan tayangan di Malaysia dalam beberapa bulan selepas itu. Selain trailer, produksi turut mengeluarkan visual teaser:

Kredit: 8-Bit

Filem ini menampilkan semula barisan pelakon dan kakitangan yang sama. Shunsuke Ishikawa (penolong pengarah bagi anime utama) akan mengarahkan filem itu manakala animasi akan diuruskan oleh studio 8-Bit. Taku Kishimoto pula akan menyelia dan menulis skrip, bersama bantuan oleh Muneyuki Kaneshiro (pencipta manga). Yusuke Nomura dikreditkan sebagai pereka watak dan Jun Murayama akan menghasilkan muzik.

Kredit: 8-Bit

Barisan pelakon suara pula terdiri daripada:

  • Nobunaga Shimazaki sebagai Nagi Seishiro
  • Yuma Uchida sebagai Mikage Reo
  • Kazuyuki Okitsu sebagai Tsurugi Zantetsu
  • Kazuki Ura sebagai Isagi Yoichi
  • Tasuku Kaito sebagai Bachira Meguru
  • Yuki Ono sebagai Kunigami Rensuke
  • Soma Saito sebagai Chigiri Hyoma
  • Kouki Uchiyama sebagai Itoshi Rin
  • Hiroshi Kamiya sebagai Ego Jinpachi
  • Subaru Kimura sebagai Nameoka Ryo
Kredit: 8-Bit

Bagi mereka yang kurang tahu, Blue Lock -Episode Nagi- adalah berdasarkan manga spin-off dan memfokuskan kepada Nagi Seishiro, sebelum dia memasuki fasiliti Blue Lock yang kejam. Spin-off ini ditulis oleh Muneyuki Kaneshiro dan diilustrasikan oleh Kota Sannomiya. Setakat ini, ia dikumpulkan dalam dua jilid dan masih berterusan sehingga sekarang.

Kredit: 8-Bit

Filem ini akan menceritakan kehidupan awal Nagi Seishiro, seorang pelajar tahun kedua sekolah menengah yang tidak mempunyai apa-apa azam atau matlamat sehinggalah dia bertemu Mikage Reo, rakan sekelasnya yang berjaya mengesan bakat Nagi yang luar biasa dalam bola sepak.

Disebabkan oleh bakatnya, Nagi dijemput ke projek Blue Lock, di mana dia bertemu ramai lagi Striker hebat dari seluruh negara, termasuk Reo. Filem ini menggambarkan perjalanan hidup Nagi, yang penuh dengan cabaran sambil mengejar impiannya sebagai penyerang genius.


Dapatkan segala berita kami tentang Blue Lock di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeBlue LockfileNagi
ShareTweetSend
Previous Post

Assassin’s Creed Syndicate Kini Percuma di PC Sehingga 6 Disember! Tuntut Sekarang!

Next Post

Yuuna and the Haunted Hot Springs: The Thrilling Steamy Maze Kiwami Akan Tersedia di Steam!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Yuuna and the Haunted Hot Springs: The Thrilling Steamy Maze Kiwami Akan Tersedia di Steam!

Yuuna and the Haunted Hot Springs: The Thrilling Steamy Maze Kiwami Akan Tersedia di Steam!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd