Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tips dan Trick Kerjasama untuk Bermain dalam Mod Skuad di PUBG Mobile!

Sharing is caring kan~

Nyny.A by Nyny.A
August 8, 2019 - Updated on March 3, 2020
in Android, Artikel, iOS, Mobile, Tips & Trick
0 0
0
Tips dan Trick Kerjasama untuk Bermain dalam Mod Skuad di PUBG Mobile!
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti semua pemain PUBG Mobile sedia tahu, kita terdapat tiga mod berbeza dari pemilihan Solo, Duo atau Skuad! Premainan co-op paling penting adalah kerjasama, tapi dalam kerjasama tu mesti ada yang kucar-kacir disebakan ada makhluk-makhluk yang mementingkan diri sendiri terutamanya!

Ingat sikit dalam pasukan korang mungkin ada yang tak boleh pakai! Terus teranglah kat sini, terutama kalau main skuad random mesti akan berakhir dengan pemain atau rakan yang tak boleh pakai. Contohnya ketua team yang kita ikut awal-awal penerjunan akan terjun ke lokasi-lokasi panas (kononya nak cari senjata yang lebih banyak didalam banggunan) tapi tidak sampai 3 minit, mati! Lansung tak hebat dengan cara ‘bar-bar’ mereka yang berlagak itu~ Atau, bawa anda ke mana-mana kawasan dengan kereta dan cara yang sama, lepas itu pengakhiranya anda akan buat hal sendiri sebab sakit hati. Betul tak?

Sumber Gambar: u/StronkRussianBear Reddit

Lepas tu ada pulak skuad random yang berlainan negara yang kita tidak faham satu pun bahasa mereka, atau ada yang terlalu bising dengan bunyi kereta motor, batuk atau kuat sangat lagu. Sudah pastinya, memang tersangatlah rimas bila jadi macam tu.

Jadi kali ini kami nak kongsikan sedikit tip untuk bermain dalam mod skuad di PUBG Mobile tidak kiralah antara mod Classic ataupun Arcade walaupun mod Zombi sekalipun. Mungkin tips-tips biasa ini akan membantu sedikit cara permainan anda tu ye.

Tutup suara pasukan anda

Seperti yang dinyatakan diatas tadi, bunyi bising pasti akan membuat kita hilang tumpuan bermain sampai dengar tapak kaki musuh pun susah! Jadi rasa-rasa kalau nak senyapkan mereka boleh sahaja, ada simbol speaker kat sebelah map tu kan? Anda boleh memilih untuk diamkan (mute) terus seluruh pasukan, atau hanya mute pemain yang menggangu permainan anda tu. Dia nak bising apa lepas tu bising lah! Kita rileks sahaja teruskan permainan.

Sumber Gambar: u/CHr0maCS Reddit

Beri tanda Kordinat yang sebetulnya untuk zon penurunan

1. Sekurang-kurangnya seluruh pasukan tahu dimana anda nak terjun, dan boleh bincang sebelum meneruskan penurunan. 2. Jika ketua kumpulan memilih kawasan panas ‘hot spot‘, pasukan lain pastikan ikut sahaja penurunan di kawasan yang sama. Kat atas tadi pun dah beritahu, sebab ketua yang macam ni, dalam 3 minit dah mati~ Jadi pastikan untuk terus beri tanda kordinat di map kemana sahaja hendak dituju!

Sumber Gambar: RedBull

Guna ‘Form up on me’ chat untuk menyelaras permainan anda

Kalau anda buka tetapan, anda boleh pilih ayat ‘Form up on me’ ini untuk menyenangkan pasukan yang tidak membuka mic atau tidak faham bahasa lain. Jadi pada sesiapa yang mengetuai permainan boleh menggunakan chat ini untuk pastikan keseluruhan pasukan berada berdekatan anda.

Pastikan pasukan ada berdekatan! 

Dah tanda map, dan beri isyarat ikut berdekatan, jadi pastikan pasukan anda mengikuti anda tidak kisah la jarak tu janji dalam 200 meter, bila terjadi apa-apa atau anda dijatuhkan musuh, senang pasukan anda datang membantu. Yang rakan sepasukan pun satu, suka sangat ‘looting’ cari barang senjata jauh-jauh sampai 300 ke 500 meter kadang-kadang. Lepas tu kawan dah nazak~ Tinggal kenangan! Jadi ini sangatlah senang untuk anda bersama semula jika mahu ke lokasi lain.

Tetap bersama tapi luaskan sedikit pendekatan itu!

Kalau anda dan pasukan terlalu dekat untuk menyerang, mesti akan senang mati. Terutama duduk camping dalam rumah, musuh tahu dan terus baling bom~ dan ~ anda faham-faham lah apa terjadi. Jadi jangan lah terlalu dekat dengan rakan sepasukan, luaskan sikit pendekatan itu dan merancang setiap dari pasukan untuk kearah mana bagi menyerang musuh. Haa lagi satu kalau looting dekat drop pun jangan lah sesekali semua tamak sangat sampai berkumpul kat kotak merah besar tu karang semua mati terus!

Sumber gambar: #funguardian Instagram

Looting di Kotak Drop 

Pantang nampak asap merah, atau kapal terbang lalu je, semua jadi tak tentu arah sebab nak kejar drop. Dah sampai kat drop tu kalau boleh sediakan bom asap sebagai sandaran. Kemudian, lebih bagus jika datang menggunakan kenderaan untuk mengambil barangan drop, juga boleh menjadi sandaran! Seorang tunggu didalam kereta, dan yang lain-lain cepat-cepatlah ambil barang dalam tu dan masuk semula ke kereta. Jangan lah masa itu juga nak tukar skop la, muzzle la ibarat ‘shopping’ lama sangat!

Pastikan ancaman reda sebelum hidupkan pasukan anda yang  jatuh

Dalam situasi serbegini, anda tidak perlu terus meluru ke pasukan anda untuk menyelamatkan mereka. Komunikasi dengan yang lain untuk memberi perlindungan dan menembak musuh , maka anda terus selamatkan pasukan anda yang cedera itu. Kalau tinggal anda berdua sahaja, pasukan anda dapat merangkak jauh sedikit dari musuh, pastikan anda lihat meter hp rakan anda dan jika masih tinggi lihat semula jika dapat menembak mati musuh terdahulu. Jika anda terus cuba bantu rakan anda, risau nanti anda pula yang ditembak terus dari musuh.

Sumber Gambar: TSF Tech

Jangan terus merangkak ke rakan sepasukan jika jatuh!

Ya tahu, anda boleh lihat pasukan anda dimana, tetapi ingat musuh mungkin masih tidak tahu dimana mereka. Jikalau anda terus merangkak ke arah rakan sepasukan untuk bantuan, dengan segera pihak musuh dapat tahu dimana mereka. Jadi elakkan! Merangkaklah tempat yang selamat dan tunggu pasukan anda selamatkan anda!

Sentiasa gunakan chat ‘Enemy Ahead’ bila nampak musuh!

Dalam tetapan chat anda boleh lihat nya kan? Jadi jangan sesekali mementingkan diri sendiri bila dah nampak musuh pergi seorang diri untuk menembak. Sekurang-kurangnya komunikasi dengan pasukan dan menanda arah musuh menggunakan ‘Enemy Ahead’. Jadi senang nak melawan pihak musuh bersama. Juga, ketika nak selamatkan pasukan yang jatuh, anda juga boleh menggunakan ini untuk memberitahu rakan yang lain, jadi mereka tahu dimana musuh sambil kita menyelamatkan rakan yang jatuh sebentar tadi.

Sumber Gambar: GCube Id

Jangan tamak dan kedekut bila jumpa senjata! 

Sentiasa kongsikan bersama rakan jika terjumpa senjata, atau barangan yang lain yang lebih padu. Itupun kalau anda dah pakai yang lain lah~ Dalam chat ada yang anda boleh pilih untuk menyatakan barangan tersebut iaitu ‘I have Supply’ , dan jika menunjukan ke arah barang tersebut ianya akan keluar ‘I have M24’ atau banyak lagi lah! Kongsikan bersama rakan-rakan supaya mereka juga dapat senjata yang lebih bagus.

Sumber Gambar: Gadjet Grasp

Bercakap bersama rakan sepasukan untuk selaraskan taktik

Taktik yang bagus untuk digunakan, jika anda ingin menembak terutamanya menggunakan sniper, tetapi musuh kerap menyiarap ‘prone’ dan hilang dari pandangan mata, anda perlu berkomunikasi bersama rakan sepasukan anda untuk mengalih perhatian musuh. Hantar seorang sudah cukup untuk alih perhatian supaya musuh menembaknya (ibarat kambing hitam), tapi jangan lah sampai rakan tu mati. Sejurus nampak percikan tembakan itu, terus anda tembak musuh dan matikan mereka okay!

Cara menyedarkan rakan sepasukan yang pentingkan diri sendiri

Anda dah bengang sangat dengan rakan sepasukan yang terlalu menjengkelkan dan penting diri? Cara paling senang, bom saja untuk memberi kesedaran kat dorang. Sebab kalau bom, anda senang untuk menghidupkanya semua. Jangan sesekali guna molotov! Sebab sukar untuk larikan diri dari api, jika dah jatuh, tidak sempat merangkak ke arah selamat dah mati. Tapi siap sedialah kalau dapat rakan sepasukan yang tak sporting dan penting diri sendiri tu, anda kemungkinan besar akan direport oleh mereka dan markah merit diberi kan kepada anda!

Sumber Gambar: Gamek

Okay letih dah menaip ni, harap tips-tips ini dapat lah membantu serba sedikit cara permainan anda bersama rakan pasukan. Kalau ada tersalah-tersilap atau tertinggal apa-apa, maaf ye mungkin kami tidak perasan. Jadi teruskan bersama kami, mungkin kami akan kongsikan tips lain pula dilain hari! Jangan lupa kongsikan tips anda juga di ruangan komen Facebook kami ye.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: mobile gamespubg mobilePUBG TipstipsTips & TrickTrick
Previous Post

Rival terbaru Pokemon Sword and Shield ialah Marnie serta pengikut setianya Team Yell dan Si Putera Misteri, Bede!

Next Post

Antara Momen Lucu Dari Siri Anime Kegemaran iaitu NARUTO!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Antara Momen Lucu Dari Siri Anime Kegemaran iaitu NARUTO!

Antara Momen Lucu Dari Siri Anime Kegemaran iaitu NARUTO!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd