Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Wano Tamat Selepas 4 Tahun, Anime One Piece Masuk Egghead Arc Pada Januari 2024

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 27, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Wano Tamat Selepas 4 Tahun, Anime One Piece Masuk Egghead Arc Pada Januari 2024
Share on FacebookShare on Twitter

Anime One Piece telah secara rasmi menamatkan arc Wano selepas empat tahun berlangsung, dan nampaknya sedang bersiap sedia untuk story arc utama seterusnya iaitu Egghead arc, dengan mendedahkan tarikh tayangan, teaser tentang apa yang berlaku dan penampilan baru untuk kru Straw Hat!

Sempena pengumuman ini, Toei Animation telah mengeluarkan trailer khas yang anda boleh tonton di bawah:

Menurut video YouTube rasmi di atas, anime akan memasuki “Egghead Arc” bermula pada 7 Januari 2024. Ini merupakan kisah seterusnya dalam manga One Piece ciptaan Eiichiro Oda selepas “Wano””, dan sebenarnya masih berlangsung dalam manga original. Bukan tarikh keluaran sahaja, trailer di atas juga mendedahkan penampilan terbaru kru Straw Hat yang kelihatan lebih bergaya dengan pakaian futuristik dan moden.

◤ ◢◤ ◢◤ ◢◤ ◢◤ ◢◤ ◢◤ ◢

TVアニメ『ONE PIECE』
─ 未来島〝エッグヘッド〟編 ─
2024.1.7(日)放送開始

◤ ◢◤ ◢◤ ◢◤ ◢◤ ◢◤ ◢◤ ◢

◇PV解禁 https://t.co/SS3RRBkcMr
 ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄#ONEPIECE pic.twitter.com/1zE0xjPHVf

— ONE PIECE スタッフ【公式】/ Official (@Eiichiro_Staff) November 26, 2023

Buat masa ini, itu sahaja info yang didedahkan.

Apa Yang Akan Berlaku Di Pulau Egghead?

Jika ada yang ingin tahu tentang pengembaraan seterusnya (jangan risau, tiada spoiler); Egghead Arc -juga dipanggil sebagai Future Island Arc- ialah story arc yang ke-32 dalam manga dan anime Piece. Bukan itu sahaja, ini ialah story arc pertama dalam Final Saga yang merupakan pengakhiran One Piece.

Peristiwa yang berlaku di Reverie dan Onigashima telah menyebabkan perubahan besar di seluruh dunia yang boleh membawa kepada perang global. Luffy, yang kini digelar sebagai salah satu Yonko dengan bounty 3 bilion berry, dikejar oleh seluruh Marine, jadi mereka membuat keputusan untuk bergerak ke lokasi seterusnya.

Kredit: Toei Animation

Mereka mengikuti Log Pose dan akhirnya tiba di pulau Egghead yang misteri dan futuristik di mana duduknya si genius Dr. Vegapunk. Walau bagaimanapun, selepas dimaklumkan tentang penyelidikan Vegapunk tentang Void Century, World Government memutuskan untuk menghantar pasukan CP0 untuk membunuh Vegapunk. Pengkhianatan dan tipu daya di semua pihak membawa kepada kepungan Marin di pulau itu yang akan meningkat menjadi insiden mengejutkan dunia.


Dapatkan segala berita kami tentang One Piece di SINI!

Tags: animeEggheadone piece
ShareTweetSend
Previous Post

Oyen Buka Kedai Ramen!? Manga Red Cat Ramen Sah Dapat Anime!

Next Post

Penyanyi Lagu Jujutsu Kaisen “Eve” Akan ke Malaysia pada Mei 2024!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Penyanyi Lagu Jujutsu Kaisen “Eve” Akan ke Malaysia pada Mei 2024!

Penyanyi Lagu Jujutsu Kaisen "Eve" Akan ke Malaysia pada Mei 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd