Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jujutsu Kaisen Season 2 Episod 18 Ditunda, Akan Tayang pada 24 November!

Maira by Maira
November 23, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Jujutsu Kaisen Season 2 Episod 18 Ditunda, Akan Tayang pada 24 November!

© Gege Akutami/Shueisha, JUJUTSU KAISEN Project

Share on FacebookShare on Twitter

Dua minggu mendengar kisah kurang senang daripada juruanimasi MAPPA, nampaknya siri anime Jujutsu Kaisen Season 2 akan ditunda sebentar untuk episod 18. Diumumkan melalui akaun rasmi X anime, Jujutsu Kaisen Season 2 akan menangguhkan episod 18 ke hari seterusnya, pada 24 November. Bermakna episod tersebut tidak akan ditayangkan pada tengah malam untuk minggu ini, tetapi ditayangkan pada waktu petang.

【第42話配信開始時間変更のお知らせ】

11月23日(木)放送の第42話(第2期18話)に関して
配信開始時間を以下に変更させて頂きます。

変更後の配信時間:
11月24日(金)18時00分#呪術廻戦 #JujutsuKaisen

— 『呪術廻戦』アニメ公式 (@animejujutsu) November 22, 2023

Tiada maklumat lanjut yang didedahkan mengenai penundaan ini tetapi ramai peminat yang menyangka bahawa ia disebabkan oleh keluhan juruanimasi siri tentang jadual kerja yang begitu padat. Jadi tidak peliklah jika ia ditunda. Lebih-lebih lagi episod 18 ini akan memberikan impak besar kepada penonton nanti. Walaupun begitu, imej teaser untuk episod tersebut telah pun didedahkan.

Jujutsu Kaisen Season 2
© Gege Akutami/Shueisha, JUJUTSU KAISEN Project

Tentang Jujutsu Kaisen

Ia merupakan siri manga yang dihasilkan oleh Gege Akutami, dan mendapat adaptasi anime pada tahun 2020. Selepas itu, adaptasi filem bertajuk Jujutsu Kaisen 0 telah ditayangkan pada 2021. Berikut adalah sinopsis siri Jujutsu Kaisen:

“Pelajar Sekolah, Yuji Itadori menghabiskan hara-harinya berada di bilik kelab atau hospital, di mana dia melawat datuknya yang sakit, sambil terlibat dalam aktiviti paranormal palsu dengan Occult Club. Kemudian dia secara tidak sengaja menemui artifak sumpahan, dan hidupnya yang aman terus bertukar menjadi pelik. Selepas menelan objek itu, yang rupa-rupanya jari Ryomen Sukuna, Raja Sumpahan, Yuji kini terlibat dengan dunia jujutsu — penuh dengan entiti yang terhasil daripada kebencian dan emosi negatif manusia.”

Jujutsu Kaisen Season 2
© Gege Akutami/Shueisha, JUJUTSU KAISEN Project

Anda yang masih belum menonton Jujutsu Kaisen Season 2, anda boleh menontonnya melalui platform rasmi seperti Netflix, Bilibili dan iQIYI. Untuk mendapatkan berita lain mengenai Jujutsu Kaisen daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Jujutsu KaisenJujutsu Kaisen Season 2
ShareTweetSend
Previous Post

PlayStation Studios Steam Autumn Sale 2023 – Game Eksklusif Pada Harga Murah!

Next Post

Cyberpunk 2077: Ultimate Edition Akan Tiba 5 Disember Di PS5, Xbox Series & PC

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Cyberpunk 2077: Ultimate Edition Akan Tiba 5 Disember Di PS5, Xbox Series & PC

Cyberpunk 2077: Ultimate Edition Akan Tiba 5 Disember Di PS5, Xbox Series & PC

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd