Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sea of Solitude Review – Sungguh dasar laut itu sunyi.

Sebuah permainan yang pasti bermain dengan jiwa anda.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 7, 2019
in Artikel, Berita, PC, PS4, Review, Xbox One
0 0
0
Sea of Solitude Review – Sungguh dasar laut itu sunyi.
Share on FacebookShare on Twitter

Masyarakat sering menggambarkan masalah kesihatan mental seperti berlawan dengan iblis di dalam otak tetapi di Sea of Solitude, frasa itu menjadi nyata. Permainan video ini, dari studio Jo-Mei Games di Jerman dan diterbit oleh EA’s Original, adalah pengembaraan ringkas tetapi mengusik jiwa di mana pemain mengembara dalam minda seorang wanita muda bernama Kay. Ia adalah dunia yang beralih antara pemandangan laut indah dan dunia yang gelap, sambil Kay cuba untuk memahami peristiwa-peristiwa trauma dalam hidupnya. Dunia itu sendiri dibentuk oleh pengalaman hidupnya, dan cabaran sebenar permainan datang dari menonton bagaimana jalan ceritanya terbentang.

Jalan Cerita yang Melibatkan Jiwa

Sea of Solitude bermula dengan Kay dalam dunia kota tenggelam yang gelap. Serta-merta pemain melihat cahaya di hujung, dan apabila pemain mencapainya, ia terus mencerahkan dunia. Ia bukan hanya membiarkan anda melihat apa yang ada di sekeliling – ia sebenarnya mengubah level itu sendiri, meningkatkan atau menurunkan paras air agar kawasan baru dibuka untuk diterokai.

Sistem Permainan yang Memberi Fokus kepada Ketepatan

Permainan ini menumpukan kepada Kay mencari mencari bola bercahaya untuk membuka memori Kay. Kay boleh berlari dan melompat, dan dia juga mempunyai bot kayu kecil untuk menavigasi lautan yang luas di sekelilingnya. Gameplay adalah campuran platforming, stealth, dan environmental puzzle-solving. Pada awal permainan, pemain akan cuba menavigasi persekitaran sambil mengelakkan raksasa ikan yang seram, dan kemudian pemain perlu menyelinap melalui bangunan yang dipenuhi dengan kanak-kanak hantu. Kay juga mempunyai keupayaan untuk menembak suar ke langit, menunjukkan dia ke mana harus beliau pergi.

Ia tidak begitu mencabar, tetapi semuanya direka dengan baik. Saya tidak pernah sesat atau keliru semasa bermain Sea of Solitude. Apa yang membuat permainan video ini berfungsi dengan baik adalah cara ia menggunakan formula yang mudah faham untuk menceritakan kisahnya. Pemain akan alami flashback dalam kehidupan Kay seperti ibu bapanya bergaduh, atau adiknya menginginkan perhatian ketika meneroka, serta fikiran dirinya sendiri.

Perwakilan Diri di dalam Dunia Maya

Tetapi ciri yang paling menarik adalah bagaimana pengalaman hidupnya menjadi dunia sebenar di sekeliling pemain. Ia tidak selalu indah, tetapi melihat pelbagai trauma dan isu-isu sebenar muncul dalam cara nyata, memberi impak yang besar. Terdapat satu adegan di mana Kay berasa sangat sunyi, dan pemain harus meraba-raba dalam gelap untuk mencari apa yang harus dilakukan seterusnya. Pada satu lagi masa lain, Kay mengingati ibubapanya bergaduh, dan berubah menjadi dua raksasa gergasi yang bertarung sesama sendiri. Kay sendiri muncul dalam bentuk raksasa, menunjukkan apa yang dia benar-benar rasa tentang dirinya. Saya tidak mahu spoiler terlalu banyak, tetapi reka bentuk permainan memang cemerlang, dan berjaya mewujudkan identiti visual unik untuk pelbagai trauma.

Kesimpulan

Sea of Solitude menceritakan kisah peribadi yang menyakitkan , tetapi ia juga sangat mudah difahami. Latar belakang fantasi memudahkan untuk pemain mendalami, sama seperti sistem permainan yang kemas. Pengalaman cerita ini pulak, amat sukar; dan mungkin isu atau topik yang dekat di hati untuk beberapa pemain. Sea of Solitude ialah permainan video cantik tetapi gelap dan tragis — dan jika pemain membayangkan diri sendiri di dalam game, perasaan itu hanya akan berlipat ganda.

The Review

Sea of Solitude

6 Score

Ini adalah game isitmewa dengan banyak usaha dan topik yang menarik. Game ini mempunyai beberapa kekurangan tetapi pastinya bernilai untuk bermain.

PROS

  • Jalan cerita unik dan mengusik jiwa.
  • Konsep baru mudah dalami.

CONS

  • Gameplay mengulang.
  • Lakonan suara yang kurang mantap.

Review Breakdown

  • Berbaloi main untuk persekitaran dan jalan cerita. 0
Tags: EA's Originalenvironmental puzzle-solvingJo-Mei GamesKayplatformingSea of Solitudestealth
Previous Post

Diskaun Menarik di STEAM! Ini antara Game yang Anda Tidak Patut Lepaskan!

Next Post

Siap Sedia untuk Pengembaraan Terunggul Hearthstone di Saviors of Uldum! Boleh didapati sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Siap Sedia untuk Pengembaraan Terunggul Hearthstone di Saviors of Uldum! Boleh didapati sekarang!

Siap Sedia untuk Pengembaraan Terunggul Hearthstone di Saviors of Uldum! Boleh didapati sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd