Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Event Pra-lancar MTG The Lost Caverns of Ixalan Menjemput Kita Ke Alam Dinosaur

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 11, 2023
in Acara, Artikel, Berita, Tempatan, Trading Card Game
0 0
0
Event Pra-lancar MTG The Lost Caverns of Ixalan Menjemput Kita Ke Alam Dinosaur
Share on FacebookShare on Twitter

Masa yang indah untuk penggemar Magic: The Gathering (MTG) kerana set terbaru akan tiba tidak lama lagi. Sempena itu, Wizards of the Coast menjemput kita untuk menghadiri acara pra-lancar Lost Caverns of Ixalan – bagi memperkenalkan kepada alam dinousaur yang merupakan tema utama set Ixalan.

Kredit: Gamer Santai

Kali ini, lokasi pilihan ialah Strangers at 47 – kafe yang dihiasi sepenuhnya dengan tema Ixalan. Memandangkan zaman prasejarah adalah sebahagian daripada alam Ixalan, amat wajar bahawa dekorasi pun mengikut tema yang sama. Pada masa yang sama, terdapat juga kawasan showcase yang mempamerkan produk berbeza untuk expansion ini- kali ini kami mendapat empat dek komander, lengkap dengan pembungkusan baharu yang menyerlahkan gameplay untuk setiap commander.

Kredit: Gamer Santai

Buka Pek, Siap Sedia Untuk Main

Kredit: Gamer Santai

Sudah tiba masanya untuk bertanding! Membuka pek pra-lancar, kami perlu membina dek masing-masing. Format pra-lancar merupakan cara yang menyeronokkan untuk menguji kad baharu dalam satu set – kali ini kami memutuskan akan menguji abiliti keyword baru “Discover” dan memanfaatkannya kelebihannya. Syukurlah, pihak lawan mempunyai idea yang sama, sebaliknya membina dek berdasarkan keyword Descend.

Bagi mereka yang tidak tahu, Discover adalah seperti Cascade tetapi diolah semula- apabila diaktifkan, anda boleh membuang kad dari bahagian atas dek sehingga mendapat kad “non-land” yang nilainya kurang Discover- yang boleh anda seru tanpa membayar kos. Ini memberi banyak potensi untuk kita menyeru beberapa creature kuat ke atas medan perang dan seumpamanya.

Kredit: Gamer Santai

Selepas menggunakan Discover, kad yang dbuang akan dihantar semula ke bahagian bawah dek anda. Sememangnya ia sukar untuk membuat kombo – tetapi ia juga menghalang kita yang bernasib malang daripada membuang kad secara tidak sengaja yang mungkin boleh digunakan secara kekal.

Apa yang sangat saya suka tentang Discover ialah jika anda membina dek yang memfokuskan kepadanya, ia memberi lebih banyak sebab untuk menjalankan “searcher”. Walaupun anda kehilangan kad berharga dalam Discovery, menggunakan apa-apa jenis searcher akan membolehkan anda mengocok dek dan berpotensi reset peluang untuk mendapatkannya semula.

Kredit: Gamer Santai

Anda juga mendapat abiliti yang sama dengan beberapa kad dinosaur dalam Lost Caverns of Ixalan – setiap satu mempunyai abiliti Cycling untuk setiap warna masing-masing, yang membolehkan anda menarik “land” tertentu daripada dek dan juga mengocok dek dengan hanya membuang kad dan membayar kos.

Ketersediaan

Expansion The Lost Caverns of Ixalan akan dilancarkan pada 17 November. Untuk maklumat lanjut, anda boleh pergi ke laman web rasmi mereka di SINI!

Baca segala berita kami tentang MTG di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MTGTCGThe Lost Caverns of Ixalan
ShareTweetSend
Previous Post

Event Eggy Party × Mixue Bermula Sekarang Dalam Game & Dunia Sebenar Di Kafe Mixue SS2!

Next Post

Game Mobile ‘Octopath Traveler: Champions of the Continent’ Akan Tiba Di Malaysia Pada Disember 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Game Mobile ‘Octopath Traveler: Champions of the Continent’ Akan Tiba Di Malaysia Pada Disember 2023!

Game Mobile 'Octopath Traveler: Champions of the Continent' Akan Tiba Di Malaysia Pada Disember 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd