Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Event Eggy Party × Mixue Bermula Sekarang Dalam Game & Dunia Sebenar Di Kafe Mixue SS2!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 10, 2023
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Multiplayer, Tempatan
0 0
0
Event Eggy Party × Mixue Bermula Sekarang Dalam Game & Dunia Sebenar Di Kafe Mixue SS2!
Share on FacebookShare on Twitter

Kolaborasi yang sangat dinanti-nantikan antara game mobile kasual popular Eggy Party dan Mixue kini sudah bermula!! Pastikan korang merebut peluang untuk memenangi pakaian dan aksesori crossover PERCUMA dalam game, dan turut menikmati minuman comel di kedai Mixue sebenar di SS2, Petaling Jaya!

Sempena itu, anda boleh menonton video muzik di bawah yang menunjukkan Snow King dan Eggy sedang menarik di pentas eksklusif atas Eggy Island:

Bermula 10 November hingga 7 Disember, event crossover antara “Eggy Party” dan Mixue bernama “Party Invitation” tersedia untuk dinikmati oleh semua pemain. Sertai parti dan dapatkan “Mixue Medals” dengan menyelesaikan misi atau menjemput rakan.

Medal itu boleh digunakan untuk mendapatkan ganjaran eksklusif seperti pakaian crossover”Snow King”, aksesori “Ice Cream Cane,” aksi “Cheering Dance” dan emoji terhad – semuanya percuma! Menjemput rakan untuk menyokong Snow King bukan sahaja dapat menggandakan keseronokan, tetapi juga memperoleh aksi tambahan “Opening & Closing Dance.”

Kredit: NetEase Games
Kredit: NetEase Games

Dengan ketibaan Snow King, Eggy Island juga telah mengalami beberapa perubahan. Pentas telah disediakan dengan salji yang cantik, lampu yang mempesonakan dan kesan bunyi yang meriah, untuk menandakan permulaan persembahan.

Dari 10 November hingga 7 Disember, “Flash Mob” secara rasmi bermula, merangkumi persembahan yang berlangsung setiap setengah jam selama sepuluh minit. Pemain dijemput untuk menyertai persembahan dan menari bersama Snow King, di mana ganjaran akan diberi kepada mereka yang mengambil bahagian!

Kredit: NetEase Games

Event ‘offline‘ khas di Malaysia

Bermula 10 November, kedai bertemakan Eggy Party di Malaysia dibuka secara rasmi, dan menjemput kita untuk menyertai pengalaman yang “cool dan menyegarkan”. Menampilkan hiasan yang comel dan interaktif, pengunjung boleh mengambil gambar bersama Eggy dan Snow King di hadapan kedai. Pemain baharu yang memuat turun game Eggy Party semasa tempoh acara juga berpeluang memenangi kupon Mixue bernilai RM1.5.

Lokasi: MIXUE SS2, 6-G, Jalan SS 2/67, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor.

Kredit: MIXUE

Dapatkan segala berita kami tentang Eggy Party di SINI!

Tags: Eggy PartyMixue
ShareTweetSend
Previous Post

Firewall Ultra Review (PS VR2) — Shooter VR yang Perlu Digilap Lagi

Next Post

Event Pra-lancar MTG The Lost Caverns of Ixalan Menjemput Kita Ke Alam Dinosaur

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Event Pra-lancar MTG The Lost Caverns of Ixalan Menjemput Kita Ke Alam Dinosaur

Event Pra-lancar MTG The Lost Caverns of Ixalan Menjemput Kita Ke Alam Dinosaur

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd