Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes Review — Adaptasi Terbaik Hunger Games Buat Masa Ini!

Maira by Maira
November 10, 2023
in Artikel, Berita, Filem, Movie Review, Movie/siri, Review
0 0
0
The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes Review  — Adaptasi Terbaik Hunger Games Buat Masa Ini!

Kredit: Lionsgate

Share on FacebookShare on Twitter

The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes merupakan sebuah filem prekuel yang membawa penonton kembali ke Panem semasa Hunger Games ke-10 diadakan, berdekad-dekad lamanya sebelum Katniss Everdeen menjadi sukarela untuk sertai Hunger Games ke-74 demi mempertahankan adiknya. Jadi apa yang menanti kita dalam prekuel ini? Kalau ingin tahu, teruskan baca review kami ini.

Penceritaan dengan pacing yang baik

Dalam prekuel ini, kita diperkenalkan kepada Coriolanus Snow (Tom Blyth) semasa remajanya dengan cita-cita tinggi untuk mengembalikan status keluarganya yang telah jatuh selepas peperangan yang berlaku di Panem. Kehidupannya tidaklah begitu senang, dengan terpaksa mengikat perut, kekurangan wang untuk membayar sewa tempat tinggal mereka. Anugerah Plinth sahaja yang menjadi harapannya untuk keluar daripada kehidupan itu, dan berusaha sepanjang hidupnya dalam akademi untuk mendapatkan anugerah berprestij itu.

Kredit: Lionsgate

Tetapi lain pula yang berlaku apabila perubahan diperkenalkan untuk anugerah tersebut, dan kini dia secara tidak langsung terlibat dalam Hunger Games ke-10 sebagai Mentor kepada tribute daripada District 12, Lucy Gray Baird (Rachel Zegler). Terdesak serta tertekan dengan situasi itu, Coriolanus dan Lucy bekerjasama untuk menang game tersebut walaupun terpaksa menggunakan tipu muslihat.

Filem ini mempunyai memaparkan tiga bahagian penting dalam hidup Snow bermula daripada penglibatannya dengan Hunger Games sehinggalah dia kembali ke Capitol dengan personalitinya yang lebih kepada dirinya yang kita kenali sebagai presiden Panem.

Kredit: Lionsgate

Saya memang suka dengan cara filem ini kembangkan watak Coriolanus tanpa satu pun scene yang dibazirkan. Plotnya tersusun dengan baik malah mengadaptasi material daripada novel dengan cukup baik. Sebagai pembaca siri ini, memang kudos saya berikan kepada pengarah Francis Lawrence. Memang cukup lega filem ini tidak dibahagikan kepada dua, kerana momentumnya sudah pasti hilang jika ia dihasilkan begitu.

Anda yang tidak membaca novelnya, anda tidak akan melihat banyak aksi daripada Hunger Games sendiri, kerana prekuel ini memang fokus kepada kehidupan Snow. Walaupun begitu, masih ada beberapa aksi hebat yang berlaku di dalam arena kecil itu. Ia juga membuatkan anda melihat perbezaan arena Hunger Games dengan arena pada masa depan. Ia sememangnya menjadi lebih lapuk berbanding zaman Katniss. Walaupun begitu, core game itu masih lagi sama, iaitu siapa yang menjadi terakhit yang hidup, dialah yang akan menjadi pemenang Hunger Games.

Kredit: Lionsgate

Persembahan

Kalau ada sesuatu yang menarik perhatian dalam Hunger Games, ianya rekaan kostum yang dipamerkan dalam filem. Fesyen dalam filem Hunger Games sememangnya memukau dan sangat sesuai dengan tetapannya. Kalau di Capitol kita melihat ramai yang memakai baju cantik yang menunjukkan kekayaan mereka, sangat kontras dengan pakaian-pakaian yang dipakai oleh rakyat lain di District berbeza Panem.

Bercerita tentang Panem, memandangkan negara itu masih terkesan dengan peperangan yang lalu, penonton akan melihat beberapa bahagian Capitol yang masih dibangunkan. Bukan setakat itu, kita juga melihat District 12 yang kelihatan seperti tapak perlombongan tetapi terdapat beberapa tempat indah yang tersembunyi di sebalik hutan-hutan di District itu.

Kredit: Lionsgate

Apa yang membuatkan prekuel ini lebih menyeronokkan adalah persembahan muzik oleh Lucy. Daripada awal filem bermula, Lucy telah memikat hati ramai penduduk Capitol dengan nyanyiannya. Keseluruhan skor muzik filem juga hebat dan memang rasa nostalgik juga apabila mendengar semula tema Hunger Games dimainkan.

Barisan pelakon yang menyerlah

Rachel Zegler, Tom Blyth dan Viola Davis sememangnya memainkan peranan hebat dalam membuatkan filem ini hebat. Bakat nyanyian Rachel menambahkan lagi perisa kepada filem dengan pelbagai persembahan pentasnya. Tidak dilupakan juga lagu “Hanging Tree” yang sudah sebati dengan siri Hunger Games, walaupun ia berbeza dengan versi yang dinyanyikan Katniss.

Kredit: Lionsgate

Tom Blyth sebagai Coriolanus Snow juga memberikan persembahan yang hebat. Cara dia bawa Coriolanus sangat baik sehingga anda boleh perbezaan antara Coriolanus pada awal filem sehinggalah dia menjadi rebellious selepas menerima tekanan daripada pelbagai pihak.

Kredit: Lionsgate

Viola Davis membawa watak Dr. Volumina Gaul dengan sangat baik. Daripada mula watak ini muncul, anda sudah dapat rasakan aura antagonistik daripada game maker itu. Boleh tahan juga melihat cubaannya dalam memanipulasi Snow untuk melakukan benda berbahaya untuknya. Dia jugalah antara punca utama Snow berubah.

Kesimpulan

Kalau anda mengikuti novel mahupun filem The Hunger Games sebelum ini, memang berbaloi kalau anda menonton filem prekuel ini. Bukan sahaja ia mengadaptasi kandungan novel dengan baik, ia juga memberikan bagaimana Coriolanus Snow sebelum dia menjadi pemerintah kejam selepas itu. Persembahan hebat daripada pelakon pula menambah kepuasan apabila menontonnya.

Kalau anda membaca novel atau menonton trilogi The Hunger Games sebelum ini, memang anda akan rasa berbaloi menonton prekuel ini. Bagi kami, ia merupakan salah satu adaptasi terbaik untuk siri ini malah memberikan kita perspektif lain daripada kehidupan Snow dan sedikit sebanyak mengenai sejarah Panem. Anda juga dipersembahkan dengan barisan pelakon yang sangat berbakat, dengan masing-masing membawa watak novel dengan cukup hebat. Kalau anda jenis yang baca sari kata bahasa Melayu, kualitinya seperti menggunakan translator online, banyak kali juga kami tergelak membaca sari kata filem ini.

Kredit: Lionsgate

The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes akan ditayangkan pada 16 November ini di pawagam seluruh Malaysia. Untuk membaca review kami yang lain, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes

8 Score

Review Breakdown

  • Penilaian akhir 0
Tags: The Hunger GamesThe Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes
ShareTweetSend
Previous Post

Persona 3 Reload: Kenali Ahli SEES Lain & Perubahan Baharu Tartarus!

Next Post

Arcane Season 2 Bakal Hadir ke Netflix pada November 2024!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Arcane Season 2 Bakal Hadir ke Netflix pada November 2024!

Arcane Season 2 Bakal Hadir ke Netflix pada November 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd