Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PS5 & PS4 Akan Buang Sokongan X (Twitter) Tidak Lama Lagi

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 7, 2023
in Artikel, Berita, PS4, PS5
0 0
0
PS5 & PS4 Akan Buang Sokongan X (Twitter) Tidak Lama Lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Penggunaan media sosial meningkat dalam populariti sejak sedekad yang lalu, jadi Sony memutuskan untuk menambah sokongan “memuat naik imej dan video daripada konsol PlayStation ke media sosial pilihan”, khususnya Facebook dan Twitter. Malangnya, PS4 dan PS5 telah membuang sokongan untuk Facebook pada 2019 dan kini nampaknya akan menghapuskan sokongannya untuk X (Twitter) tidak lama lagi.

Kredit: SIE

Menurut notis di laman web sokongan PlayStation, Sony mengumumkan mereka akan membuang sokongan X, (dahulu dikenali sebagai Twitter) daripada PS5 dan PS4 seminggu dari sekarang pada 13 November (kemungkinan 14 November di Malaysia).

Ini bermakna pelbagai gambar, video dan kandungan lain – yang sebelum ini boleh dimuat naik daripada PlayStation ke X (Twitter) – kini tidak dapat dilakukan lagi. Sony pun tidak memberikan sebab di sebalik perubahan ini, jadi kita hanya boleh membuat teori sahaja.

Berikut adalah mesej rasmi:

“Setakat 13 November 2023, integrasi dengan X (dahulunya dikenali sebagai Twitter) tidak akan berfungsi lagi pada konsol PlayStation 5 dan PlayStation 4”.

“Ini termasuk keupayaan untuk melihat sebarang kandungan yang dimuat naik pada X pada PS5/PS4, dan keupayaan untuk menyiarkan dan melihat kandungan, trophy, dan aktiviti berkaitan gameplay lain pada X terus daripada PS5/PS4 (atau link akaun X untuk berbuat demikian) .”

Kredit: @Wario64

Sepanjang tahun ini, X telah membuat beberapa perubahan besar di mana pengguna perlu membayar yuran tertentu untuk mengakses ciri-ciri di dalam aplikasi termasuk membuat posting (padahal sebelum ini, semuanya boleh digunakan secara percuma. Oleh itu, beberapa syarikat berbeza di seluruh dunia telah membuang sokong X daripada produk mereka sama ada game atau aplikasi.

Saya tidak pasti sama ada perubahan ini juga yang mendorong Sony untuk membuang X daripada platform PlayStation, tetapi ia mungkin adalah penjelasan yang paling munasabah buat masa ini.

Kredit: Gamer Santai

Apa pendapat anda? Jom kongsi di ruang komen!

Baca segala berita kami tentang PS5 di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PS4ps5TwitterX
ShareTweetSend
Previous Post

Captain Tsubasa: Ace Bakal Buka Open Beta! Pra-daftar Sekarang!

Next Post

Attack on Titan: Watak-watak Utama yang Hidup Selepas Finale [SPOILER]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Attack on Titan: Watak-watak Utama yang Hidup Selepas Finale [SPOILER]

Attack on Titan: Watak-watak Utama yang Hidup Selepas Finale [SPOILER]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd