Hari ini, Bandai Namco Entertainment Asia telah mengumumkan bahawa Todo dari Kyoto Jujutsu High dan Special Grade Cursed Spirit Jogo dan Hanami akan muncul sebagai Playable Character dalam game fighting Jujutsu Kaisen Cursed Clash.
Game ini akan dikeluarkan untuk platform PS5, PS4, Nintendo Switch, Xbox Series X|S dan Xbox One pada 1 Februari 2024 manakala versi Steam akan dikeluarkan pada hari berikutnya, 2 Februari 2024.
Sempena itu, trailer gameplay baharu untuk ketiga-tiga watak telah dikeluarkan dan boleh ditonton di bawah:
Aoi Todo
Merupakan Grade 1 Sorcerer dari Kyoto Jujutsu High, Todo menyerang dengan laju dan mampu berfikir dengan tenang walaupun keadaan sedang cemas dalam Jujutsu Kaisen Cursed Clash. Watak berkemahiran tinggi dengan kekuatan tahap gorila, dia dapat mengawal tempo pertarungan dengan “menukar posisi”. Walaupun majoriti serangannya adalah jarak dekat, dia dapat menukar posisi memakai Boogie Woogie, dan boleh mendekati musuh dan mengelak serangan sesuka hati.
Jogo
Curse yang lahir dari tanah yang menyala dengan api yang membakar. Merupakan Zoner jarak mid-range hingga long-range yang boleh mengelilingi medan perang, memaksa musuh untuk bertempur di kawasannya. Set up musuh dengan Combo Technique yang boleh dilaksanakan semasa bergerak, dan cari peluang untuk menghapuskan musuh dengan serangan jarak jauh “Disaster Flames”. Aktifkan Domain Expansion: Coffin of the Iron Mountain untuk menarik semua pemain ke dalam Domain untuk tempoh masa terhad. Stats dan Cursed Energy Technique akan ditingkatkan dalam Domain ini, jadi tunjukkan kuasa mutlak ke atas musuh!
Hanami
Curse yang lahir dari hutan dan mencintai alam. Menggunakan kekuatan alam, Hanami adalah watak Striker yang mahir dalam semua jarak dan menunjukkan fleksibiliti yang luar biasa di medan perang. Dia ada semua: serangan jarak jauh untuk menjarakkan dirinya bersama musuh, serangan launcher mid-range, dan counter jarak dekat! Gunakan setiap serangan untuk mengelakkan musuh daripada datang terlalu dekat! Kekuatan Cursed Energy Technique meningkat secara mendadak apabila “lengan kirinya” terbangkit, jadi pemain boleh proaktif dalam melakukan combo binasa.
Game ini akan dikeluarkan untuk platform PS5, PS4, Nintendo Switch, Xbox Series X|S dan Xbox One pada 1 Februari 2024 manakala versi Steam akan dikeluarkan pada hari berikutnya, 2 Februari 2024.
Dapatkan segala berita kami tentang game ini di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post