Call of Duty: Modern Warfare III makin menghampiri tarikh pelancaran pada 10 November di PC melalui Battle.net dan Steam dan bersama kerjasama Sledgehammer Games, Beenox selaku pembangun utama Call of Duty PC ingin memastikan pemain mempunyai kebebasan untuk menentukan keselesaan sistem mereka.
Di sini, game ini memberi lebih 500 pilihan customization di hujung jari, dengan grafik 4K dan sokongan Ultrawide serta pelbagai pilihan merentasi semua jenis setting. Sebelum menjelaskan lebih lanjut tentang spesifikasi, anda boleh tonton trailer Modern Warfare III PC di bawah:
Sambil menunggu Beenox menambah baik Modern Warfare III versi PC sebelum pelancaran rasmi, Activision telah mendedahkan butiran lanjut tentang NVIDIA game integration, saiz fail, spesifikasi untuk prestasi Minimum, Recommended, Competitive, Ultra 4K , dan banyak lagi. Jika bimbang, anda boleh melihat info di bawah untuk memastikan jika PC anda mampu bermain game ini.

Spesifikasi Rasmi Sistem PC
Minimum
- OS: Windows 10 64 Bit (update latest)
- CPU: Intel Core i5-6600 atau AMD Ryzen 5 1400
- RAM: 8 GB
- Hi-Rez Assets Cache: Sehingga 32 GB
- Video Card: NVIDIA GeForce GTX 960 / GTX 1650 or AMD Radeon RX 470
- Video Memory: 2 GB
- Storage: SSD dengan ruang tersedia 149GB (78GB jika COD HQ & Warzone sudah install)
Recommended
- OS: Windows 10 64 Bit (latest update) atau Windows 11 64 Bit (update latest)
- CPU: Intel Core i7-6700K atau AMD Ryzen 5 1600X
- RAM: 16 GB
- Hi-Rez Assets Cache: Sehingga 32 GB
- Video Card: NVIDIA GeForce GTX 1080Ti / RTX 3060 or AMD Radeon RX 6600XT
- Video Memory: 8 GB
- Storage: SSD dengan ruang tersedia 149GB (78GB jika COD HQ & Warzone sudah install)
Competitive / Ultra 4K Specifications
- OS: Windows 10 64 Bit (update latest) atau Windows 11 64 Bit (update latest)
- CPU: Intel Core i7-8700K atau AMD Ryzen 7 2700X
- RAM: 16 GB
- Hi-Rez Assets Cache: Sehingga 64 GB
- Video Card: NVIDIA GeForce RTX 3080 / RTX 4070 or AMD Radeon RX 6800XT
- Video Memory: 10 GB
- Storage: SSD dengan ruang tersedia 149GB (78GB jika COD HQ & Warzone sudah install)
Driver Recommended untuk NVIDIA/AMD
- NVIDIA: 537.58
- AMD: 23.10.2
Untuk menyiapkan sistem PC anda untuk Modern Warfare III, pergi ke tab Drivers untuk GeForce Experience atau GeForce.com untuk download dan install driver terkini. Driver terbaru telah ditala dengan baik dan diuji secara meluas untuk prestasi maksimum dan kebolehpercayaan.


Bagi mereka yang berminat, Call of Duty: Modern Warfare III akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC melalui Steam dan Battle.net pada 10 November. Untuk info terkini, anda boleh melayari laman web rasmi mereka di SINI.
Dapatkan segala berita kami tentang game ini termasuk preview beta di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post