2K Games akhirnya telah mendedahkan dua imej screenshot pertama untuk permainan video seterusnya dalam siri permainan WWE, WWE 2K20.
![]()
![]()
Kedua-dua imej ini menunjukkan Universal Champion kini, Brock Lesnar yang membuat kemunculan di jalan pentas dengan kelihatan sangat bergaya, berotot, dan sungguh segak, serta pemegang title SmackDown Women, Bayley yang meraih sokongan peminat sambil dikelilingi oleh trademark tube men yang tangannya macam raver gitu.
Kami tidak tahu dapat butiran lanjut mengenai judul terkini dalam francais lagi, tetapi 2K telah menjanjikan berita maklumat besar pada 5 Ogos – termasuk cover atlet untuk tahun 2020.
#WWE2K20 First Info August 5! pic.twitter.com/Yql9wlP5sX
— #WWE2K25 (@WWEgames) July 31, 2019
Korang tahu apa maksudnya kan! Nanti usya kami semula pada hari Isnin untuk pendedahan pertama tentang 2K20! Tapi kalau korang sendiri nak tahu perkembangannnya, boleh lawat laman web rasmi mereka, laman FB, atau Twitter.
@gamersantaimy
Discussion about this post