Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review iPhone 15 Pro Max – Definisi Apple Untuk “Smartphone Gaming”

Maira by Maira
October 26, 2023
in Artikel, Berita, Produk, Review, Review Produk, Smartphone, Teknologi
0 0
0
Review iPhone 15 Pro Max – Definisi Apple Untuk “Smartphone Gaming”
Share on FacebookShare on Twitter

Terdapat satu perbincangan besar di kalangan komuniti gamer tentang iPhone 15 Pro Max. Tidak seperti barisan standard iPhone 15, banyak tumpuan diberikan pada cip A17 Pro dalam Pro Max, yang didakwa mampu memainkan game konsol seperti Resident Evil Village. Ini adalah satu pencapaian yang besar terutamanya berkaitan dengan mobile game yang baru sedekad lalu hanya memiliki game chibi dengan grafik 2D.

Namun, setelah meluangkan masa dengan iPhone 15 Pro Max, kita dapat merasakan sejauh mana mobile gaming telah capai. Daripada port USB-C kepada sokongan game pad hingga ke cip terkini, terdapat banyak faktor yang membuatkan iPhone 15 Pro Max sebagai smartphone gaming definitif milik Apple.

Inilah review saya tentang iPhone 15 Pro Max untuk mereka yang ingin menggunakannya sebagai peranti gaming.

Pengalaman gaming di iPhone 15 Pro Max

Persoalan yang ramai tanya; adakah ia mampu menjalankan game dengan lancar? Jawapannya, sudah tentu, ya. Game mobile standard anda, semuanya boleh dimainkan dengan baik pada iPhone 15 Pro Max, daripada game kasual hingga ke Genshin Impact yang kuat memakan memori.

Apa yang menarik ialah jenis game yang boleh kita mainkan. Selain daripada game mobile biasa di App Store, terdapat juga pilihan game konsol untuk Pro Max. Setelah meluangkan sedikit masa dalam Resident Evil Village, saya sendiri amat optimistik tentang katalog ini untuk masa depan peranti. Perkakasannya mampu mengendalikan game dengan cekap, dan grafik kelihatan masih nampak cantik pada skrin telefon, walaupun ada sedikit kekurangan.

Sumber: Capcom

Apa yang benar-benar menarik perhatian saya ialah setting grafik. Sama seperti untuk versi konsol, terdapat mode Performance dan Visual. Serta-merta, game ini kelihatan cantik. Resident Evil Village sendiri adalah judul yang memorable untuk majoriti animasi wataknya, dan ia mengagumkan untuk melihat model ini tanpa pengurangan kualiti yang drastik apabila Capcom membawa game itu ke iPhone.

Sudah tentu, jika pemain menumpukan perhatian kaw-kaw, anda mungkin akan perasan bahawa rambut Mia tidak terperinci PS5, atau beberapa tekstur kelihatan kekok memandangkan ia direka untuk konsol canggih, tetapi saya rasa itu semua diabaikan kerana melihat game itu mampu dijalankan di phone pun cukup mengagumkan sama sekali. Janganlah kita terlalu yakin dengan setting. Saya sendiri pernah cuba mengunci frame rate kepada 60 tanpa mengubah apa-apa setting grafik, dan sebaik sahaja cuba menembak pistol, saat itu game akan bermasalah.

Sumber: Capcom

Walaupun game secara default mempunyai kawalan skrin sentuh, saya sangat mengesyorkan untuk anda bermain menggunakan game pad. Kita bermain Resident Evil Village versi konsol, jadi ini bermakna anda mahu kawalan yang betul, bukan hanya butang pada skrin.

Akhir sekali adalah soal haba. Kuasa yang tinggi sudah semestinya datang dengan beberapa isu haba, jadi untuk sesi yang panjang, saya mengesyorkan supaya tidak menyentuh telefon yang terasa seperti kuali panas.

Prestasi Di Game Mobile Lain

Dengan iPhone 15 Pro Max anda mampu mengendalikan game konsol, jadi tidak menjadi masalah untuknya mainkan game mobile lain di App Store. Semuanya boleh dimainkan dengan lancar dan cemerlang pada setting maksimum.

60 FPS mudah dicapai, yang membolehkan anda menyertai setiap aksi yang berlaku di dalam skrin. Saya tidak terlalu terkejut ia mampu mainkan game sebaik ini kerana 14 Pro Max yang dikeluarkan tahun lepas pun sudah sangat baik untuk gaming. Bersama aspirasi untuk mencapai peringkat konsol yang tinggi dengan menjalankan game seperti Resident Evil Village, wajarlah saya melihatnya mengubah landskap mobile gaming pada masa akan datang.

Walau bagaimanapun, saya masih mengalami beberapa isu kecil. Impian saya untuk menjalankan Genshin Impact pada setting dan FPS maksimum masih kekal sebagai impian. Walaupun iPhone 15 Max Pro boleh dianggap sebagai iPhone terkuat Apple, nampaknya tetapan maksimum Genshin Impact masih terlalu kuat untuknya di mana saya mengalami isu kecil seperti lag dan frame drop. Saya tidak rasa itu adalah isu iPhone kerana ia mampu bermain Genshin Impact hampir 99% baik pada majoriti masa, tetapi game itu sendiri tidak dioptimumumkan untuk peranti mobile.

Untuk game HoYoverse yang lain, ia berfungsi dengan baik untuk Honkai: Star Rail dan Honkai Impact 3rd. Kedua-duanya dimainkan pada setting maksimum dengan baik, dan gameplay berbentuk turn-based bermakna anda boleh menikmati animasi yang lebih menawan tanpa perlu risau tentang response time yang lembap.

Mengubah iPhone 15 Pro Max Menjadi Konsol

Perkara iPhone 15 Pro Max benar-benar menyerlah adalah port USB-C baharunya. Peranti ini sekarang menyokong monitor external, jadi anda boleh mengubahnya menjadi konsol mini. Hanya dapatkan adapter HDMI ke USB-C dan anda boleh cerminkan skrin telefon ke monitor sambil bermain memakai controller.

Walaupun ia bukan sesuatu yang ramai akan buat, saya sebenarnya mengesyorkan bermain game dengan cara ini kerana ia merupakan pencapaian yang mengagumkan untuk smartphone, dan juga kerana kelemahan terbesarnya iaitu pemanasan. Walaupun ia jauh lebih ringan daripada peranti dahulu dan direka dengan solusi penyejukan yang sepatutnya lebih bagus, iPhone 15 Pro Max boleh menjadi sangat panas. Ia jauh lebih panas daripada yang kami jangkakan untuk kebanyakan telefon, dan apabila memegang peranti semasa bermain game, saya tidak selesa, terutamanya pada butang sisi.

Boleh dikatakan haba itu tidak menyebabkan sebarang masalah prestasi – jadi memasangkannya pada monitor dan game pad adalah cara yang optimum untuk bermain game kegemaran dan tidak bimbang tentang ketidakselesaan telefon yang panas. Saya tidak rasa ia adil untuk menyalahkan peranti kerana prestasinya memang terlampau bagus, dan terlalu panas. Ini membuatkan saya berharap terdapat cooling pad rasmi yang disertakan dengan telefon.

Pendapat

Walaupun iPhone lazimnya menampilkan diri mereka sebagai peranti jack-of-all-trades, agak menarik untuk melihat beberapa jenis upgrade berasaskan gaming dengan iPhone 15 Pro Max. Dapat melihat Resident Evil Village dimainkan dengan baik adalah impak pertama yang hebat dan saya harap ini bermakna kita akan melihat game yang lebih besar akan ditambahkan.

Jika anda menggunakan model lama, anda pasti akan merasai penambahbaikan kualiti pada iPhone 15 Pro Max. Ini kerana untuk kebanyakan iPhone, anda tidak akan melihat banyak peningkatan, tetapi jika anda seperti saya dan jenis yang gunakan phone selama bertahun-tahun tanpa menukarnya, pastinya perbezaan yang cukup besar anda akan rasakan, menjadikannya berbaloi dengan harga yang dijual.

Walaupun begitu, 15 Pro Max sebenarnya bukannya upgrade yang amat diperlukan. Game mobile secara keseluruhan cukup dioptimumkan sehingga ia berfungsi dengan baik pada kebanyakan peranti, dan model iPhone Pro Max semuanya cukup baik untuk mainkan game pada setting yang lebih tinggi jadi tidak ada banyak lagi ruang untuk diperbaiki, kecuali Genshin Impact. Saya lebih berminat dengan kemungkinan yang akan dibuka, terutamanya dengan Apple Arcade, memandangkan mobile gaming yang lebih berkuasa bermakna ada game yang lebih baik untuknya.

Anda boleh lawati laman web rasmi Apple untuk mendapatkan spesifikasi penuh peranti ini. Untuk membaca review lain daripada kami, anda boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: appleiPhone 15 Pro MaxiPhone 15 Pro Max Resident Evil
ShareTweetSend
Previous Post

Razer Viper V3 Hyperspeed Wireless Mouse Review –Rupa Minimalis dengan Pengalaman Bermain Hebat!

Next Post

Preview Apex Legends: S19 Ignite – Legend Baru Conduit, Storm Point & Ciri Cross Progression!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Preview Apex Legends: S19 Ignite – Legend Baru Conduit, Storm Point & Ciri Cross Progression!

Preview Apex Legends: S19 Ignite - Legend Baru Conduit, Storm Point & Ciri Cross Progression!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd