Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Animasi Pendek “Detective Pikachu & the Mystery of the Missing Flan” Kini Tersedia di Youtube!

Maira by Maira
October 26, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Animasi Pendek “Detective Pikachu & the Mystery of the Missing Flan” Kini Tersedia di Youtube!

Sumber: The Pokemon Company

Share on FacebookShare on Twitter

Pokemon hadir dengan satu lagi animasi pendek kepada peminat secara percuma! Melalui saluran Youtube rasmi Pokemon, siri animasi pendek untuk Detective Pikachu bertajuk “Detective Pikachu & the Mystery of the Missing Flan” telah tersedia untuk tontonan ramai! Ianya telah dihasilkan oleh Polygon Pictures, studio animasi CGI yang terkenal dengan siri seperti Ajin dan Godzilla. Anda boleh tontonnya di bawah.

Memandangkan Detective Pikachu telah pun melancarkan game baharunya baru-baru ini, tidak peliklah mengapa animasi pendek ini dikeluarkan. Berikut adalah sinopsis rasmi “Detective Pikachu & the Mystery of the Missing Flan”:

Pagi ini, seperti setiap pagi yang lain, Detective Pikachu memainkan lagu sambil menikmati secawan kopi. Tim masuk dan mengintip ke dalam peti sejuk hanya untuk mendapati bahawa flan yang disimpannya telah hilang!
Sememangnya, Pikachu tidak tahu apa yang berlaku kepadanya. Ia adalah misteri bilik terkunci—kes flan yang hilang! Siapakah yang mungkin menjadi penyebabnya? Temui kebenaran dengan kemahiran deduktif Detective Pikachu dan Tim yang hebat!

Sumber: The Pokemon Company

Untuk pengetahuan anda, Detective Pikachu merupakan salah satu spin-off daripada francais Pokemon. Game pertamanya telah dilancarkan pada Nintendo 3DS pada 2016 di Jepun. Game itu kemudiannya dilancarkan untuk global pada Mac 2018. Setahun selepas itu, filem live action telah pun ditayangkan di seluruh dunia, malah akan mendapat sekuel. Detective Pikachu Returns pula telah dilancarkan pada 6 Oktober 2023 di Nintendo Switch.

Kalau anda ingin dapatkan berita lain mengenai Pokemon daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: detective pikachuDetective Pikachu & the Mystery of the Missing Flan
ShareTweetSend
Previous Post

Sembang Cover, Nanook, E6 Seele dan Banyak Lagi — Interview Bersama Pelakon Suara Honkai: Star Rail! [gamescom asia 2023]

Next Post

Disc Drive Optional PS5 Perlukan Internet Untuk Disambungkan [Khabar Angin]

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Disc Drive Optional PS5 Perlukan Internet Untuk Disambungkan [Khabar Angin]

Disc Drive Optional PS5 Perlukan Internet Untuk Disambungkan [Khabar Angin]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd