Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Studio Ghibli “The Boy and The Heron” Bakal Tayang di Malaysia!

Maira by Maira
October 23, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Filem, Tempatan
0 0
0
Filem Studio Ghibli “The Boy and The Heron” Bakal Tayang di Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Studio Ghibli telah pun melepaskan filem anime terbaru mereka yang bertajuk “The Boy and The Heron” pada bulan Julai yang lalu di Jepun. Berita baiknya filem tersebut akan turut ditayangkan di Malaysia nanti! Diacah oleh Encore Films Malaysia, The Boy and The Heron akan temui peminat anime Malaysia tidak lama lagi!

Untuk pengetahuan anda, semasa filem ini ditayangkan buat pertama kali di Jepun, tiada sebarang trailer mahupun poster yang dikeluarkan. Hanya poster visual utama sahaja yang telah didedahkan. Walaupun begitu, filem tersebut masih mendapatkan sambutan yang hebat dari Jepun malah antara filem anime paling untung buat masa ini!

Sumber: Toho Co., Ltd.

Dengan filem tersebut mendapat tayangan di luar negara, trailer rasmi The Boy and The Heron telah pun didedahkan, memperkenalkan watak utama filem buat kali pertama. Anda boleh tonton trailer tersebut di bawah.

Kalau anda ingin tahu, The Boy and The Heron merupakan sebuah filem fantasi yang diinspirasikan oleh novel yang ditulis oleh Genzaburo Yoshino yang bertajuk “How Do You Live”. Novel tersebut menceritakan tentang perkembangan emosi dan falsafah seorang budak lelaki selepas kematian bapanya. Berikut adalah sinopsis untuk filem tersebut:

Mahito, seorang budak lelaki berusia 12 tahun, bergelut untuk menetap di bandar baru selepas kematian ibunya. Walau bagaimanapun, apabila seekor bangau yang boleh bercakap memberitahu Mahito bahawa ibunya masih hidup, dia memasuki menara terbiar untuk mencarinya, di sebuah dunia lain.

Sumber: Toho Co., Ltd.

Anda yang memang minat pada filem-filem Studio Ghibli bolehlah nantikan tayangan The Boy and The Heron di Malaysia nanti. Buat masa ini, tiada tarikh rasmi yang dikongsikan oleh Encore Films Malaysia. Jadi kita nantikan sahaja kemas kini baru daripada mereka.  Untuk mendapatkan berita lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Studio GhibliThe Boy and The Heron
ShareTweetSend
Previous Post

Gachikun Muncul Sebagai Juara Singapore Offline Premier Untuk Street Fighter 6 [gamescom asia 2023]

Next Post

Mampukah PC Anda Bermain ALAN WAKE 2? Info Spec Penuh!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Next Post
Mampukah PC Anda Bermain ALAN WAKE 2? Info Spec Penuh!

Mampukah PC Anda Bermain ALAN WAKE 2? Info Spec Penuh!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd