Selepas mendiamkan diri untuk masa yang lama, Granblue Fantasy Relink bakal dikeluarkan pada Februari tahun depan. Kali ini, ia tidak akan ditangguhkan lagi, dan kami lebih yakin selepas mendapat berpeluang untuk mencuba versi demo di Thailand Game Show 2023. Tidak seperti sesi hands-on lain yang lebih terhad, kami mendapat masa bermain yang agak lama untuk mencuba beberapa watak Granblue Fantasy Relink terutamanya Lancelot.
Berikut adalah pengalaman penuh kami:
Gameplay Umum
Demo menyediakan banyak pilihan bahasa, tetapi lakonan suara hanya boleh didapati untuk bahasa Jepun dan Inggeris. Sebelum memulakan misi, anda diberi pilihan untuk memilih watak utama dengan sedikit maklumat tambahan tentang gaya permainan mereka.
Selain itu, terdapat tiga mode berbeza bermula daripada Normal, Half Assisted, dan Full Assisted yang merujuk kepada betapa rumitnya kombo dan kawalan yang mesti pemain kuasai. Normal sudah tentu pilihan yang paling ideal untuk mendapatkan pengalaman yang paling optimum, tetapi bagi mereka yang kurang biasa dengan game aksi, anda boleh memilih dua mode lain yang memanfaatkan bantuan kawalan AI.
Watak pertama yang kami pakai ialah Lancelot, yang mempunyai gaya pertarungan agresif dan memerlukan anda untuk button mash. Tetapi secara keseluruhan, dia sangat mahir dalam menghapuskan gerombolan raksasa dan berurusan dengan bos yang sukar. Selain daripada serangan normal, setiap watak mempunyai akses kepada pelbagai skill khas dengan kesan berbeza bergantung pada jenis watak yang dipakai.
Sebagai contoh, DPS akan dilengkapi dengan pelbagai skill serangan dengan jarak serangan berlainan dan kesan yang boleh disesuaikan dengan senario pertempuran yang mereka hadapi.
Selain itu, anda juga diberikan akses kepada Link Assault yang membolehkan watak membina kombinasi serangan dengan watak lain. Link Assault juga mempunyai mekanik yang dipanggil Full Link, iaitu fasa apabila setiap ahli parti melakukan link sehingga 100% yang mengingatkan kita tentang All-Out Attack dalam Persona atau Combat Link dalam siri Trails, di mana semua watak akan bekerjasama untuk melakukan gabungan serangan berturut-turut untuk damage maksimum.
Watak anda juga dilengkapi dengan bar khas di bawah bar HP yang khusus untuk serangan special/ultimate. Apa yang menarik ialah serangan ini boleh digabungkan dengan semua ahli parti asalkan mereka juga mempunyai bar penuh untuk mengaktifkan Full Burst.
Boleh dikatakan ini adalah fasa di mana anda boleh melakukan damage terbesar dalam pertarungan, tetapi sudah tentu anda memerlukan persediaan untuk melaksanakannya pada saat yang paling penting, atau ketika menghadapi bos yang sukar.
Misi yang kami mainkan dalam versi demo direka sebagai tutorial, di mana anda hanya berhadapan dengan raksasa tengkorak yang lemah sebelum dibawa ke pertarungan bos yang dipanggil Gerasane. Terdapat had masa untuk mengalahkannya, jadi pertarungan ini boleh menjadi agak mencabar jika anda tidak biasa dengan kawalan.
Kebanyakan serangan Gerasene bergantung pada kapaknya dan agak mudah untuk mengelak, tetapi apabila HP-nya mula rendah, dia akan memasuki mode rage dan akan meminta bantuan daripada askar tengkorak – yang boleh menjadi sangat menjengkelkan.
Selain itu, ada juga satu lagi pertarungan bos yang tidak kurang mencabarnya iaitu Golem. Bos ini dilengkapi dengan serangan heavy dan boleh menjatuhkan batu ke atas kita, jadi watak jenis Caster terutamanya akan menghadapi kesukaran untuk melawannya. Ini kerana Golem mempunyai gaya pertarungan yang sangat berbeza dengan Skeleton iaitu serangannya lebih tepat dan tertumpu pada sasaran, ditambah pula dengan beberapa set pergerakan yang sukar dijangka.
Apabila bermain sebagai Lancelot, sejujurnya ia seperti bermain dalam mod Easy. Dia adalah watak yang lebih direka untuk mereka yang sudah biasa dengan game aksi, jadi kami tidak mengambil masa yang lama untuk membiasakan diri dengan gaya permainannya.
Kunci utama untuk menguasai Lancelot ialah mencari rentak serangan yang paling selesa, kerana dia dilengkapi dengan pergerakan yang sangat pantas dan boleh menyerang secara berterusan, jadi sudah tentu anda perlu bermain dengan lebih agresif untuk membaca corak serangan musuh. Pertahanannya agak lemah dan boleh dihukum jika tidak berhati-hati.
Berbeza ketika mencuba Io, kami gagal menyelesaikan pertarungan bos Golem tepat pada masanya. Sebabnya adalah Io merupakan watak Caster yang tidak sesuai untuk melawan Golem. Kebanyakan sumber damage-nya lebih bergantung pada skill utama berbanding serangan normal. Di samping itu, cooldown Burst miliknya lebih pantas daripada watak lain, jadi kita perlu menentukan masa pelaksanaan sekali lagi dengan ahli parti untuk membina kombo.
Dari situ, kami juga menyedari bahawa sistem Full Burst mempunyai beberapa kelemahan, iaitu anda tidak dapat mengaktifkan Burst walaupun bar gauge sudah penuh dan terpaksa menunggu AI menggunakan Burst terlebih dahulu. Perbezaan antara komboniasi BUrst daripada 3 watak dan Full Burst memang sangat besar, jadi sebaiknya jangan gunakan build up yang panjang jika tidak dapat menggunakannya untuk Full Burst.
Satu lagi masalah yang kami hadapi berkaitan dengan lock-on. Walaupun mengunci serangan anda pada sasaran yang dipilih, kamera tidak mengikuti pergerakan mereka, jadi ia tidak berguna pada pendapat kami.
Pendapat kami setakat ini boleh dikatakan sangat positif. Selain daripada dua kelemahan yang dinyatakan tadi, game ini terasa cukup bagus dan lancar. Sama ada kualiti grafik, animasi, gameplay, betapa responsifnya kawalan, dan yang paling penting variasi gameplay yang ditawarkan oleh setiap watak; semua ini memberikan pengalaman bermain yang sangat menarik.
Sudah tentu, kebanyakan watak dalam game RPG mempunyai gaya tempur yang unik, tetapi dalam Granblue Fantasy Relink, kita dapat merasakan perbezaannya dengan lebih jelas. Selain itu, amat penting untuk ingat bahawa game ini menawarkan senarai yang banyak sehingga 18 watak.
Granblue Fantasy Relink akan dikeluarkan pada 1 Februari 2024 untuk PlayStation 4, PlayStation 5 dan PC melalui Steam. Dapatkan segala berita kami tentang game ini di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post