Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

5 Hero Tank Terbaik untuk Meta Mobile Legends buat masa ini! [JULAI 2019]

Beberapa wira tank Mobile Legends di dalam senarai sangat kuat dan juga sangat menjengkelkan.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 29, 2019
in Android, Artikel, Berita, Bimbingan, iOS, Mobile
0 0
0
5 Hero Tank Terbaik untuk Meta Mobile Legends buat masa ini! [JULAI 2019]
Share on FacebookShare on Twitter

Mobile Legends mempunyai pelbagai hero tank untuk digunakan dalam satu match. Sebahagian daripada mereka adalah antara hero Tank terbaik kerana mereka mempunyai pertahanan yang sangat tinggi dan juga mempunyai kebolehan yang menjengkelkan. Saya di sini ingin menyenaraikan beberapa tank yang pemain boleh guna dan sangat sesuai untuk meta sekarang. Jum usya!

Grock

Grock ialah seorang hero tank dalam Mobile Legends yang mempunyai daya pertahanan yang sangat tinggi. Dia menjadi lebih kebal apabila berhampiran dengan dinding atau menara kerana skill pasifnya. Grock mempunyai kebolehan membuat tembok untuk menghalang musuh daripada datang atau larikan diri. Dinding ini boleh menyebabkan masa yang sukar untuk hero tanpa kebolehan untuk menembusi dinding dan juga hero yang tidak menggunakan spell Flicker.

Malah, Grock juga mempunyai nilai damage yang tinggi jika dibandingkan dengan hero tank yang lain. Perkara ini membuat Grock menjadi antara damage dealer tambahan dalam pasukan.

Kombo Terbaik:

Fanny: Bersama, mereka adalah sebuah pasangan yang kamu memang taknak kacau. Dinding Grock akan bantu Fanny dive dan spam kombonya ke musuh. Memang tak ada ubat.

Moskov: Jika kedua-dua skill 2 milik Grock dan Moskov digunakan dengan betul, musuh pasti bercanda. Merana lah kau selepas di-stun ke dinding Grock oleh tombak Moskov.

https://www.youtube.com/watch?v=6Wvyq-zDcLo

Uranus

Seterusnya adalah Uranus, seorang hero tank yang mempunyai nilai regenerasi HP yang tinggi. Dia tidak perlu recall untuk mengisi semula HP kerana skill pasifnya boleh memulihkan HP walaupun dia tidak berada di base atau menggunakan heal.

Uranus juga boleh mengganggu marksmen musuh kerana dia boleh mendekati mereka dengan mudah dan Uranus juga mempunyai nilai damage yang tinggi untuk membunuh mereka.

Kombo Terbaik:

Estes: Abiliti penyembuhan Estes pasti akan membuat Uranus lebih kenal dan Uranus boleh menjalankan tanggungjawab beliau sebagai tank dengan lebih baik.

Angela: Ultimate Angela akan beri shield kepada rakan yang dipilih, jadi jika Angela memilih Uranus, jangan takut untuk mara ke depan. Pasti daya pertahanan korang cukup untuk terima setiap damage musuh.

https://www.youtube.com/watch?v=UjsvF8i5dB4

Akai

Kami tidak tahu sampai bila populariti Akai di Legends Mobile akan berhenti. Setelah menerima rework, Akai menjadi sebuah hero tank yang selalu digunakan dalam Ranked Match, serta seringkali digunakan oleh pemain pro dalam pelbagai tournament.

Walaupun dia tidak mempunyai nilai damage yang tinggi seperti Grock atau Uranus, Akai mempunyai kebolehan crowd control dan skill ultimatenya merupakan antara yang paling menjengkelkan. Ultimate Akai membuat anda tidak boleh bergerak, apatahlagi jika digunakan di dinding. Dengan skill Ultimatenya digunakan untuk menghentikan pergerakan musuh, Akai boleh menjadi counter untuk hero menyeramkan seperti Gusion.

Kombo Terbaik:

Saber: Akai boleh ulti-kan musuh untuk membuat mereka berhenti bergerak manakala Saber akan datang dan ulti-kan musuh yang sama untuk dapatkan kill.

Aurora: Skill 2 + Pasif Aurora akan memudahkan kerja Akai untuk menangkap musuh. Pada masa yang sama, Auror boleh lepaskan setiap skillnya untuk menyelesaikan musuh.

https://www.youtube.com/watch?v=OJSMqA4q60M

Khufra

Khufra adalah seorang hero tank yang mempunyai banyak skill crowd control seperti knock up, slow, dan stun yang dapat menghentikan pergerakan hero cepat seperti Fanny dan Lancelot. Beliau juga boleh menggangu formasi musuh kerana beliau mempunyai jarak serangan yang panjang pada skill 1.

Satu lagi perkara yang menjengkelkan tentang Khufra adalah skill crowd control beliau yang memmpunyai jarak jauh dan durasi stun yang lama. Skill-skill tersebut menjadikan musuh mudah dikawal dengan serangan crowd  control Khufra.

Kombo Terbaik:

Badang: Badang boleh menggunakan skill 2-nya untuk membuat dinding di belakang musuh manakala Khufra akan datang dan menggunakan ulti untuk stun. Musuh juga akan mati selepas durasi utli Badang yang maut.

Lunox: Khufra yang berkemampuan untuk menghalang pergerakan musuh daripada berlari atau menggunakan dash + blink skill pasti membantu Lunox yang juga mage meta satu kombo. Khufra akan menyerang hendap musuh manakala Lunox akan membuka ulti untuk dapatkan kill.

https://www.youtube.com/watch?v=FUYxGBXRppA

Esmeralda

Akhir sekali ialah Esmeralda, seorang tank mage dengan perisai yang tebal, dan mempunyai kebolehan untuk mencuri perisai musuh. Esmeralda mempunyai movement speed dan nilai damage yang boleh membuatnya menjadi damage dealer tambahan di dalam pasukan. Walaupun membuat build tank, Esmeralda masih berupaya untuk membunuh hero dengan defense rendah seperti marksman dan assassin.

Build terbaik untuk Esmeralda adalah build hibrid, iaitu separuh item tank, dan yang lain item damage.

Kombo Terbaik:

Angela: Angela sangat cocok dengan mana-mana hero yang kebolehan utama adalah shield. Esmeralda yang sudah cukup susah untuk mati, jika digabungkan dengan Angela, musuh pasti auto-surrender.

Lolita: Bayangkan Lolita buka ulti.. Musuh pasti slow kan? Esmeralda pula datang dengan ulti-nya. Serammmmmmm. Tahu-tahu dah mati.

https://www.youtube.com/watch?v=GaXACr5uqjY&t=11s

Tags: AkaiEsmeraldaGrockheroKhufraMetaMobile LegendsTankUranus
Previous Post

EA SPORTS mengumumkan Eden Hazard & Virgil van Dijk di muka depan FIFA 20!

Next Post

Statistik segala Senjata yang ada dalam permainan Rules of Survival!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Statistik segala Senjata yang ada dalam permainan Rules of Survival!

Statistik segala Senjata yang ada dalam permainan Rules of Survival!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd