Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sonic Superstars Review — Kembali ke Pengembaraan Platformer Sonic Dengan Ciri-ciri Moden!

Maira by Maira
October 17, 2023
in 2D/ Pixel, Artikel, Berita, Game, Game Review, Platformer, PS5, Review
0 0
0
Sonic Superstars Review — Kembali ke Pengembaraan Platformer Sonic Dengan Ciri-ciri Moden!

Sumber imej: SEGA

Share on FacebookShare on Twitter

Sonic dan kawan-kawan kembali dalam game baharu 2D platforming moden! Sonic Superstars menyajikan level baharu serta beberapa skill unik yang memberikan pengembaraan pantas klasik ke tahap yang baharu! Ingin tahu lebih lanjut mengenainya, teruskan baca review kami ini!

Kembali ke pengembaraan Sonic klasik

Siri Sonic the Hedgehog klasik yang memfokuskan pada gameplay platformer 2D masih mempunyai reputasi dan minat yang kukuh, jadi tidak hairanlah SEGA mahu melayan peminat veteran dengan game baharu yang mengekalkan beberapa mata terkuatnya sambil membawa baik pulih moden. Game itu sendiri mengambil kisah pengembaraan Sonic dan rakan-rakannya di Pulau Northstar, di mana mereka mesti menghentikan rancangan jahat Dr. Eggman yang cuba mengubah haiwan gergasi di pulau itu menjadi Badnik. Selain Dr. Eggman, game ini juga membawa masuk penjahat ikonik lain seperti Fang the Hunter yang memberikan cabaran pertempuran bos yang menarik.

Sumber: SEGA

Penceritaan dalam game disajikan dengan cutscene anime dengan sentuhan gaya klasik. Segala-galanya kelihatan seperti siri Sonic klasik, tetapi peningkatan nilai pengeluaran daripada segi persembahan dan penambahan cutscenes anime memang baik. Bukan sahaja Sonic yang ada, watak lain seperti Tails, Amy dan Knuckles kesemuanya memainkan peranan penting bergantung pada watak yang anda pilih sebelum memulakan game.

Sumber: SEGA

Kurang identiti tersendiri

Walaupun ia masih mengekalkan gaya ikonik siri Sonic klasik yang digemari ramai peminat, tetapi kami rasa seperti tiada sesuatu yang begitu istimewa mengenainya. Game ini menawarkan kualiti grafik 3D terbaik daripada mana-mana siri Sonic klasik setakat ini, terdapat akses kepada kuasa dan kemahiran baharu, lokasi baharu untuk diterokai dan banyak kandungan tambahan. Tetapi secara keseluruhan game ini seperti kebanyakan game Sonic klasik pada masa lalu, jadi kami berasa seperti sedang memainkan remaster game yang telah wujud.

Sumber: SEGA

Sebagai contoh, walaupun game ini berlaku di pulau yang baru, lokasi awal yang anda mainkan hampir sama dengan Green Hill. Ada kemungkinan juga ini merupakan cara pembangun untuk mengekalkan rasa nostalgia, tetapi bagi kami, ia seperti tiada identiti tersendiri dan tidak berani untuk mencuba sesuatu yang baharu. Kebanyakan peminat Sonic mungkin tidak berapa kisah, cuma kami ingin melihat evolusi yang lebih besar pada game 2D Sonic seperti Sonic Frontiers.

Bercerita tentang gameplay, tidak banyak yang perlu dibincangkan kerana ia masih serupa dengan semua game Sonic 2D klasik. Anda perlu melalui satu siri stage yang mempunyai banyak laluan untuk diambil dengan platforming pantas. Kadangkala ia kelihatan seperti game akan bergerak sendiri mengikut laluan yang ditetapkan, tetapi cabaran terbesar game Sonic klasik ialah kelajuan dalam melepasi halangan yang tiba-tiba muncul di hadapan anda. Disebabkan platforming boleh jadi begitu pantas, anda perlu fokus pada apa yang menunggu di penghujung laluan, kerana kadangkala watak anda perlu melompat atas musuh yang berbahaya, serta beralih ke laluan baharu atau melakukan sedikit platforming biasa.

Sumber: SEGA

Game ini juga menawarkan akses kepada pelbagai kuasa baharu yang boleh diperolehi daripada Chaos Emerald dengan melengkapkan beberapa jenis bonus tahap dengan tanda cincin gergasi. Beberapa kuasa yang hebat seperti Sonic boleh mencipta berpuluh-puluh klon dirinya yang memenuhi skrin atau menembak dirinya sendiri seperti roket api. Kuasa ini sangat membantu, tetapi kami tidaklah menggunakannya dengan kerap dan masih dapat melengkapkan level dengan bermain seperti biasa. Untuk kebolehmain semula tambahan, setiap level boleh dimainkan semula dengan watak berbeza yang dilengkapi dengan kuasa default mereka sendiri.

Sumber: SEGA

Sonic Superstars menyokong local co-op sehingga empat pemain yang ingin bermain bersama rakan atau keluarga. Masing-masing boleh mengawal satu watak yang tersedia. Pada mulanya, kami sangat teruja dengan ciri ini, tetapi selepas mencubanya kami agak kecewa mengenainya. Masalah pada co-op ini bukanlah pada segi teknikal tetapi anda perlu bermain dengan lebih sabar walaupun bermain dengan seorang pemain lain. Ini membuatkan kami rasa bermain secara solo lebih menyeronokkan tetapi SEGA masih meletakkan penambahan mode serupa yang sekurang-kurangnya lebih berfungsi.

Sumber: SEGA

Kandungan tambahan

Seterusnya kita lihat pula pada kandungan tambahan yang tersedia iaitu Battle Mode dan Time Trial. Mode Battle sememangnya menyeronokkan kerana ia memaparkan beberapa mini-game yang menyeronokkan. Anda boleh mencipta watak tersendiri dengan bahagian yang anda peroleh semasa anda progress melalui Story Mode. Tetapi penyesuaian itu hanya biasa-biasa sahaja. Sebelum bersaing dengan pemain lain, anda boleh berlatih terlebih dahulu dengan bermain mode offline melawan bot.

Trial Mode memerlukan anda melengkapkan level utama dalam sepantas yang boleh. Ia bukan sesuatu yang istimewa, tetapi sekurang-kurangnya ia menyediakan leaderboard untuk anda lihat pemain lain.

Sumber: SEGA

Kesimpulan

Sebagai peminat tegar Sonic yang lebih suka game 3D moden mereka, tidak dapat dinafikan bahawa siri 2D klasik francais masih memberikan pengalaman gaming yang unik. Walau bagaimanapun, evolusinya tidaklah membezakannya dengan game Sonic klasik dan bergantung pada nostalgia. Kami pasti akan ada peminat yang menghargainya. Apa pun, ia masih lagi sebuah game yang menyeronokkan untuk dimainkan tidak kiralah untuk peminat lama mahupun baru.

Sonic Superstars dilancarkan pada 17 Oktober di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam dan Epic Games Store. Untuk mendapatkan berita lain mengenai Sonic daripada kami, boleh klik pautan ini.

Sonic Superstars
Publisher: Sega
Developer: Sega
Release Date: 2023-10-17
Epic Games Store, Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
Kembara melalui Northstar Islands yang mistik dalam aksi serba baharu ini pada platform aksi berkelajuan tinggi Sonic 2D klasik. Bermain sebagai Sonic, Tails, Knuckles dan Amy Rose dan manfaatkan kuasa Emerald serba baharu untuk bergerak dan menyerang dengan cara baharu yang dinamik. Teroka persekitaran yang menawan secara solo atau dengan sehingga 3 pemain lain dan hentikan Dr. Eggman, Fang dan musuh baharu yang misteri daripada menukar haiwan gergasi pulau itu kepada Badnik sebelum terlambat!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Sonic Superstars

7 Score

PROS

  • Sonic 2D klasik yang terbaik
  • Beberapa level baharu yang menyeronokkan
  • Boleh dimainkan banyak kali

CONS

  • Pengalaman co-op yang "hit and miss"
  • Battle Mode yang agak kurang

Review Breakdown

  • Penilaian akhir 0
Tags: Sonic Superstars
ShareTweetSend
Previous Post

AFA Singapore 2023 Padat Dengan Pelbagai Persembahan, Tayangan Perdana Anime, Pameran & Banyak Lagi!

Next Post

Albion Online Melancarkan Update ‘Wild Blood’ – Tersedia sekarang!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Albion Online Melancarkan Update ‘Wild Blood’ – Tersedia sekarang!

Albion Online Melancarkan Update ‘Wild Blood’ - Tersedia sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd