Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gamer Asia boleh cuba demo STALKER 2, akan dilancarkan pada 2024!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 4, 2023
in Artikel, Berita, PC, Seram, Shooter, Xbox Series X|S
0 0
0
Gamer Asia boleh cuba demo STALKER 2, akan dilancarkan pada 2024!
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam, kita menerima pengesahan oleh 4Divinity bahawa mereka telah memperoleh hak untuk menerbitkan dan mengedarkan edisi digital dan fizikal untuk game STALKER 2 bersama pembangun GSC Game World. Merupakan first-person shooter dan sekuel terbaru dalam francais, STALKER 2 (atau nama rasminya S.T.A.L.K.E.R. 2: Heart of Chornobyl) akan dikeluarkan pada tahun depan.

Bukan itu sahaja, 4Divinity akan membuka demo boleh dimainkan bagi STALKER 2 di gamescom asia 2023 yang diadakan di Singapura dari 19 hingga 22 Oktober 2023. Terletak di Booth CE01, pengalaman ini akan menyediakan sekilas pandang tentang isi kandungan game dan apa yang ia tawarkan. Bukan itu sahaja, pemain yang melengkapkan demo dan berkongsi pengalaman mereka di media sosial akan menerima merchandise rasmi STALKER 2.

Kredit: GSC Game World

Yevhen Grygorovych, Ketua Pegawai Eksekutif GSC Game World, berkata:

“Kami teruja bekerjasama dengan 4Divinity untuk menyampaikan game ini kepada pemain di Asia Tenggara dan Tanah Besar China bagi menambah peminat STALKER di rantau ini. Kombinasi unik first-person shooter, sim yang mengasyikkan dan seram kembali. Dengan skala yang tidak pernah ada sebelum ini, grafik canggih, kebebasan membuat pilihan dan suasana pengembaraan membawa maut, ini akan menjadi pengalaman S.T.A.L.K.E.R terbaik.”

“Kami mempunyai komitmen untuk membuat game yang peminat kami sedang menunggu. Ia adalah produk nasional, bertujuan untuk menunjukkan bahawa Ukraine adalah bagus dalam warisan budaya: sesuatu untuk ditunjukkan kepada dunia.”

Kredit: GSC Game World

Bagi mereka yang tidak tahu, S.T.A.L.K.E.R. 2: Heart of Chornobyl ialah sekuel kepada S.T.A.L.K.E.R.: Shadow of Chornobyl, game pertama pada 2007. Dalam sekuel ini, pemain akan dibawa ke tengah-tengah kawasan pasca-apokaliptik Chornobyl Exclusion Zone, untuk mengalami aksi dan berjuang untuk terus hidup. Game FPS ini menampilkan jalan cerita bukan linear, dengan grafik yang dikuasakan oleh Unreal Engine 5 termasuk sokongan mod rasmi untuk pemain kreatif mengembangkan gameplay mereka.

Kredit: GSC Game World

Pemain harus menyelam ke dalam misteri ini untuk membongkar rahsia tergelap, memburu mutan menakutkan, dan meneroka anomali misteri sambil mencari artifak bernilai dengan kuasa yang mampu mengubah permainan. Untuk pertempuran, pemain juga boleh berhadapan dengan musuh dalam pertarungan taktikal, dan memakai lebih 30 jenis senjata berbeza yang boleh dinaik taraf dan diubahsuai.

Kredit: GSC Game World

Game ini akan dikeluarkan pada awal 2024 untuk PC dan Xbox Series X/S dan boleh didapati dalam edisi digital standard, edisi digital deluxe, dan edisi Ultimate bersama bonus pre-order.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi mereka di SINI!

Tags: Stalker 2
ShareTweetSend
Previous Post

Showrunner One Piece Live Action Ingin Hasilkan Adaptasi Siri Spy x Family!

Next Post

Interview Persona 5 Tactica — Cabaran dalam Pemilihan Tajuk serta Tetapan Game! [TGS 23]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Interview Persona 5 Tactica — Cabaran dalam Pemilihan Tajuk serta Tetapan Game! [TGS 23]

Interview Persona 5 Tactica -- Cabaran dalam Pemilihan Tajuk serta Tetapan Game! [TGS 23]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd