Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mobile Suit Gundam Battle Operation 2 umum kempen “Autumn Festival” – Pelbagai ganjaran menanti!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 29, 2023
in Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Shooter, Steam
0 0
0
Mobile Suit Gundam Battle Operation 2 umum kempen “Autumn Festival” – Pelbagai ganjaran menanti!
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco Entertainment Asia mengumumkan bahawa kempen “Autumn Festival” untuk Mobile Suit Gundam Battle Operation 2 (GBO2), game online Gundam untuk PlayStation 5, PlayStation 4 dan PC Steam telah bermula sejak semalam, 28 September 2023.

Berikut adalah info kempen:

Hi-Nu Gundam

Kredit: Bandai Namco

Semasa Autumn Festival, game ini akan memperkenalkan Hi-Nu Gundam daripada siri novel dan manga Mobile Suit Gundam: Char’s Counterattack – Beltorchika’s Children. Mecha ini ialah Mobile Suit spec penuh dengan psycho-frame dan akan diperkenalkan sebagai General Ground/Space COST700 Mobile Suit.

Selepas Hi-Nu Gundam, Mobile Suit seterusnya yang boleh didapati ialah MSN-04 II Nightingale, bermula dari 5 Oktober 2023 hingga 11 Oktober 2023.

Boss baru, Elmeth

Kredit: Bandai Namco

Autumn Festival juga membuat perubahan pada misi Battle Simulator, mode di mana pemain mencabar diri sendiri menentang musuh yang dikawal AI dan menyelesaikan misi sepantas mungkin.

Misi baharu bertajuk “Ghost of Solomon” akan ditambahkan dalam game di mana pemain akan melawan boss baharu MAN-08 Elmeth.

Supply Drop

Kredit: Bandai Namco

Semasa Autumn Festival, yang juga merupakan tempoh ulang tahun ke-5 game ini, Bandai Namco akan memberikan 10 Supply Drop secara percuma setiap minggu, sehingga total 40. Supply Drop ini akan menjamin Mobile Suit 2★ atau lebih tinggi, serta Mobile Suit 3★ atau lebih tinggi.

Di samping itu, pemain juga akan menerima Supply Drop percuma dengan jaminan Mobile Suit 2★ atau lebih tinggi dan Mobile Suit 3★ atau lebih tinggi sebanyak 4 kali seminggu, setiap Khamis hingga Ahad.

Bukan itu sahaja, game ini juga akan memulakan “5 Special STEP UP Supply Drops”, yang meningkatkan drop rate Hi-Nu Gundam dan menjaminnya serta senjata utamanya apabila pemain mencapai STEP terakhir dalam volume 1.

Kredit: Bandai Namco

Hadiah Celebration

Kredit: Bandai Namco

Dalam tempoh tersebut, semua pemain juga akan menerima Celebration Container, setiap satu diisi dengan 39 (Thank You) token, 7 Mobile Suit terpilih, item enhancement dan customer part setiap minggu.

Seperti yang dinyatakan, 7 Mobile Suit terpilih akan diberikan sebagai hadiah dan ia adalah seperti berikut:

  • General Unit
    • ★★ Jegan LV1 (Ground/Space Use, Cost 500)
    • ★★ Geara Doga LV1 (Ground/Space Use, Cost 500)
    • ★★ Re-GZ Custom LV1 (Ground/Space Use, Cost 600)
  • Raid Unit
    • ★★★ Jagd Doga (GG) LV1 (Ground/Space Use, Cost 650)
    • ★★ Re-GZ LV1 (Ground/Space Use, Cost 550)
  • Support Unit
    • ★★★ Jagd Doga (QA) LV1 (Ground/Space Use, Cost 650)
    • ★★ Geara Doga [Heavy Arms Type] LV1 (Ground/Space Use, Cost 550)

Untuk pemain baharu, sesiapa sahaja yang baru memulakan pengembaraan mereka dalam tempoh 14 hari yang lalu, atau masih belum log masuk dalam tempoh 45 hari yang lalu, akan menerima 5 kali EXP/CP, dan 10 kali ganda DP boost.

Kredit: Bandai Namco

Seperti yang dinyatakan, Autumn Festival untuk Mobile Suit Gundam Battle Operation 2 sedang berlangsung sekarang hingga 26 Oktober 2023. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari halaman rasmi di Steam.

Dapatkan semua info kami tentang Mobile Suit Gundam Battle Operation 2 di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Autumn FestivalMobile Suit Gundam Operation 2
ShareTweetSend
Previous Post

Predator League 2024 Akan Bermula Hujung Minggu Ini! Hadir dengan Pameran Khas Monitor & Promosi Hebat!

Next Post

MDEC & KKD Mulakan Hari Kedua MYDCF – “Mengharapkan Kemajuan Besar Dalam Ekonomi Digital Malaysia” [Level Up KL 23]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
MDEC & KKD Mulakan Hari Kedua MYDCF – “Mengharapkan Kemajuan Besar Dalam Ekonomi Digital Malaysia” [Level Up KL 23]

MDEC & KKD Mulakan Hari Kedua MYDCF - "Mengharapkan Kemajuan Besar Dalam Ekonomi Digital Malaysia" [Level Up KL 23]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd