Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Netflix Umum Musim 3 Siri Alice in Borderland! Permainan Bermula Semula!

Maira by Maira
September 29, 2023
in Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Netflix Umum Musim 3 Siri Alice in Borderland! Permainan Bermula Semula!

Sumber: Netflix

Share on FacebookShare on Twitter

Sejak pengakhiran musim 2 yang mengacah kad Joker, ramai peminat siri Alice in Borderland tertanya-tanya jika siri tersebut akan mendapat musim terbaru. Nampaknya persoalan tersebut akhirnya terjawab apabila Netflix mengumumkan bahawa Alice in Borderland musim 3!

“Permainan akan bermula sekarang” ♠️♦️♣️❤️🃏 #AliceInBorderland S3 akan datang ke Netflix. pic.twitter.com/NrDm12zk0T

— Netflix Malaysia (@NetflixMY) September 28, 2023

Telah disahkan bahawa Yamazaki Kento dan Tsuchiya Tao masing-masing akan membawa semula watak mereka iaitu Arisu dan Usagi dalam Alice in Borderland musim 3. Dikatakan juga bahawa landskap Borderland akan menjadi lebih mencabar kepada watak-watak.

“Peminat boleh menantikan untuk menyaksikan evolusi watak mereka dalam landskap Borderland yang sentiasa berbahaya,” kata Netflix.

Sumber: Netflix

Musim pertama Alice in Borderland telah ditayangkan di Netflix pada Disember 2020 di 190 negara di seluruh dunia. Ia merupakan siri live action yang paling banyak ditonton di Jepun pada tahun 2020 dan ia disenaraikan dalam 10 siri teratas Netflix di 40 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Sumber: Netflix

Sinopsis Alice in Borderland

Arisu Ryohei—seorang lelaki muda yang tidak bermaya, menganggur dan obses dengan permainan video—tiba-tiba mendapati dirinya berada dalam versi Tokyo yang pelik dan kosong di mana dia dan rakannya mesti bersaing dalam permainan berbahaya untuk terus hidup. Dalam dunia yang aneh ini, Arisu bertemu Usagi, seorang wanita muda yang bermain permainan ini sendirian. Selepas permainan berbahaya yang menguji Arisu, mereka bersama-sama pergi untuk membongkarkan satu demi satu misteri sambil mereka mempertaruhkan nyawa mereka dan menghadapi apa yang dimaksudkan dengan hidup.

Untuk mendapatkan berita lain mengenai siri Netflix daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Alice in BorderlandAlice in Borderland S3Alice in Borderland Season 3netflix
ShareTweetSend
Previous Post

Tokyo Ghoul: Break the Chains — Game Mobile Baharu Siri! Pra-daftar Sekarang!

Next Post

Saksikan Asian Cup 2023 Identity V Stellaris Challenge Final!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!
Temuramah

Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!

June 8, 2025
Next Post
Saksikan Asian Cup 2023 Identity V Stellaris Challenge Final!

Saksikan Asian Cup 2023 Identity V Stellaris Challenge Final!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd