Pada awal bulan ini, kami telah memperkenalkan JUMP ASSEMBLE, game MOBA 5v5 baru yang menampilkan watak-watak daripada siri anime/manga ikonik Shonen Jump seperti Dragon Ball, One Piece, Naruto dan banyak lagi. Ramai yang tertanya tentang game ini, jadi sebagai berita lanjut, hari ini saya menyediakan senarai bagi “Siapa yang anda boleh mengawal dalam game JUMP ASSEMBLE?
Berita ini datang daripada pembangun DeNA, yang mendedahkan senarai watak buat kali pertama daripada siri Dragon Ball, One Piece, Naruto, Bleach, Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba, Jujutsu Kaisen, Undead Unluck, dan Mashle: Magic and Muscles – sebanyak 8 siri JUMP epik.
Jika ingin tahu lebih lebih, teruskan membaca senarai di bawah!
Dragon Ball
Son Goku (Base) – Fighter

Son Goku (Super Saiyan) – Fighter

Frieza – Ranged/Mage

Majin Buu – Tank/Support

One Piece
Monkey D. Luffy (Pre-Timeskip) – Fighter

Monkey D. Luffy (Post-Timeskip) – Fighter

Usopp – Ranged

Tony Tony Chopper – Support

Boa Hancock – Mage/Fighter

Naruto
Uzumaki Naruto – Fighter

Uzumaki Naruto (Naruto Shippuden) – Fighter/Mage

Uchiha Sasuke (Naruto Shippuden) – Assassin

Gaara – Mage/Tank

Namikaze Minato – Assassin

Bleach
Ishida Uryu – Ranged

Inoue Orihime – Support

Demon Slayer
Kamado Tanjiro – Fighter

Kamado Nezuko – Assassin/Fighter

Hashibira Inosuke – Tank/Fighter

Kocho Shinobu – Assassin/Mage

Jujutsu Kaisen
Fushiguro Megumi – Mage/Fighter

Kugisaki Nobara – Ranged

Undead Unluck
Andy – Tank

Izumo Fuuko – Support

MASHLE: Magic and Muscles
Lance Crown – Mage/Support

Daripada segi gameplay, JUMP ASSEMBLE menyerupai mana-mana game 5v5 MOBA moden seperti Mobile Legends: Bang Bang dan League of Legends: Wild Rift – yang terbukti sangat popular sekarang. Perbezaannya adalah kali ini, pemain dapat mengawal watak daripada anime/manga kegemaran.
Setiap watak juga mungkin akan dibahagikan kepada kelas masing-masing seperti Marksman, Tank, Mage, Assassin dan lain-lain. Oleh itu, setiap watak pasti ada kelebihan dan kelemahan masing-masing jadi ia terpulang kepada pemain untuk menentukan mana satu yang menepati playstyle mereka.
Buat masa sekarang, Ujian Beta Tertutup JUMP ASSEMBLE bermula secara rasmi di Filipina sahaja. Saya tidak pasti jika DeNA akan membuka ujian beta di Malaysia tetapi sekurang-kurangnya kita dapat pengesahan bahawa game ini akan dilancarkan di negara kita, Malaysia.
Untuk maklumat lanjut tentang JUMP ASSEMBLE, sila layari artikel lama kami di SINI atau FB rasmi mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post