Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Honkai Impact 3rd Part 2 akan tiba tahun depan, tampil dengan watak & gameplay serba baharu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 25, 2023
in Action, Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, PC
0 0
0
Honkai Impact 3rd Part 2 akan tiba tahun depan, tampil dengan watak & gameplay serba baharu!
Share on FacebookShare on Twitter

Syarikat hiburan global, HoYoverse, mengumumkannya secara rasmi bahawa game aksi mereka yang telah digemari selama bertahun-tahun, Honkai Impact 3rd, akan memulakan pengembaraan baru dalam Part 2.

Anda boleh menonton video di bawah untuk gambaran umum:

Bab baru ini akan menjadi langkah baharu untuk game ini beralih daripada sistem “bumi-bulan ke sistem suria”. Pemain akan mengambil peranan watak yang dipanggil “Dreamseeker” dan mulakan pengembaraan baharu bersama rakan-rakan unik daripada pelbagai latar belakang dan budaya yang berbeza. Selain daripada cerita utama, sistem pertempuran juga akan dioptimumkan secara menyeluruh untuk membawa pengalaman baharu kepada pemain.

Kredit: HoYoverse

Dalam kisah Honkai Impact 3 Part 1, dunia dirosakkan oleh tenaga misteri yang dikenali sebagai Honkai. Sejumlah gadis-gadis berani yang dipanggil Valkyries melawan bencana Honkai dan berjuang untuk mengembalikan dunia yang indah semula. Begitulah kisahnya untuk Part 1.

Pengembaraan yang lebih menarik untuk Honkai Impact 3rd akan bermula pada bab baru Part 2 di bintang yang lebih jauh. Dalam hal ini, pemain akan bertemu dengan barisan watak utama dan NPC serba baharu dengan penampilan dan personaliti yang berbeza.

Kredit: HoYoverse

Kisah Part 2 bermula di Marikh dan sangat berbeza dari imaginasi semua orang. Marikh bukan sahaja boleh didiami, tetapi juga memiliki pusat membeli-belah yang sibuk, pemandangan semula jadi dan sejarah yang “panjang dan gelap”. Selain kisah utama, pemain boleh merungkaikan misteri yang tersembunyi di sebalik kehidupan seharian penduduk.

Pada masa yang sama, aksi pertarungan yang menjadi sorotan utama dalam Honkai Impact 3rd akan mengalami penambahbaikan besar dalam Part 2. Selain daripada pertempuran tiga dimensi, semua watak juga boleh melompat dengan bebas, yang membolehkan pelbagai cabaran dan strategi tempur baharu seperti “kombo udara”.

Kredit: HoYoverse

Selain itu, variasi dan mekanik pertempuran raksasa juga meningkat dengan ketara, supaya tiada lagi pertarungan yang monoton; sebaliknya kita boleh melawan dan berinteraksi dengan cara yang lebih menarik dan bijak.

Sejak dilancarkan pada peranti mobile, Honkai Impact 3 digemari oleh pemain dari seluruh dunia. Pada tahun 2019, Honkai Impact 3rd versi PC telah dikeluarkan dan boleh dimainkan dengan satu akaun untuk semua platform. Pada tahun 2022, Honkai Impact 3 juga akan datang ke Epic Games Store supaya ia boleh terus membawa pengalaman gaming yang menarik untuk lebih ramai pemain pada platform yang lebih luas!

Kredit: HoYoverse

Bab baharu Honkai Impact 3rd Part 2 akan dikeluarkan pada bulan Februari 2024. Untuk membaca segala liputan kami tentang Honkai Impact 3rd, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Honkai ImpactHonkai Impact 3rd Part 2
ShareTweetSend
Previous Post

Menunggu Lama semasa Matchmaking, PAYDAY 3 Menerima Lebih daripada 19,000 Review Negatif!

Next Post

HATSUNE MIKU: COLORFUL STAGE! Akhirnya Tersedia di Malaysia! Download Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
HATSUNE MIKU: COLORFUL STAGE! Akhirnya Tersedia di Malaysia! Download Sekarang!

HATSUNE MIKU: COLORFUL STAGE! Akhirnya Tersedia di Malaysia! Download Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd