SEGA akan membuka booth SEGA/ATLUS semasa acara Tokyo Game Show (TGS 2023), yang akan berlangsung pada 21 sehingga 24 September 2023 di Makuhari Messe, Jepun. Jom kita lihat perkara menarik yang tersedia di booth itu nanti!

Booth di TGS 2023 akan memaparkan pelbagai tajuk-tajuk game popular yang dihasilkan oleh SEGA bersama rakan kongsi mereka, seperti tajuk Sonic Superstars, Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name, Persona 5 Tactica dan banyak lagi. Bukan setakat itu sahaja, game seperti Like a Dragon: Infinite Wealth dan Football Manager 2024 turut ditambah pada barisan booth.
Setiap booth akan mempunyai Fan Time Show tersendiri, yang merupakan persembahan secara langsung untuk menaikkan keterujaan terhadap pelancaran game. Selain itu, mereka yang melawat SEGA/ATLUS booth atau mencuba demo bakal mendapat merch original! Anda boleh dapatkan maklumat mengenai merch tersebut melalui jadual di bawah.
Exhibit Format | Tajuk | Merch |
SEGA | ||
Hands on Demo (HoD) | Sonic Superstars | ● Sonic Superstars Character-themed Mask (Sonic, Tails, Knuckles, Amy) ● Sonic Superstars Starter Guidebook ● Sonic Superstars Clear File and Sticker ● Sonic Superstars Original Design T-Shirt (Not for Sale) |
HoD | Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name | ● Ryu Ga Gotoku Studio Smartphone Case dan Strap |
HoD | Like a Dragon 8 | ● Ryu Ga Gotoku Studio Smartphone Case dan Strap |
HoD | ENDLESS™ Dungeon | ● ENDLESS™ Dungeon Original Sticker |
VID | Football Manager 2024 | ● Football Manager 2024 Manager Playbook |
Atlus | ||
HoD | Persona 5 Tactica | ● Persona 5 Tactica Original Acrylic Keychain ● Persona 5 Tactica Commander Morgana Flyer & Squad Member Sticker (*4) ● P3R, P5T Shopping Bag |
HoD | Persona 3 Reload | ● Persona 3 Reload S.E.E.S. Battle Armband Sticker Set ● P3R, P5T Large Shopping Bag |
Aniplex | ||
HoD | Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- Sweep the Board! | ● Special postcards featuring an original package visual illustrated by ufotable |
Electronic Arts | ||
HoD | EA SPORTS FC™ 24 | ● EA SPORTS FC™ 24 Original Tote Bag ● EA SPORTS FC™ 24 Original Sticker |
PLAION | ||
HoD | PAYDAY3 | ● PAYDAY3 Original Sticker |
HoD | HOT WHEELS UNLEASHED™ 2 – Turbocharged | ● HOT WHEELS UNLEASHED™ 2 – Turbocharged Original Sticker ● Mattel Inc. Original Sticker |
HoD | My Time at Sandrock | ● My Time at Sandrock Specialty Fan |
Anda juga boleh lawati laman web rasmi eksklusif SEGA/ATLUS TGS untuk dapatkan kemas kini lanjut mengenai booth serta program mereka. Anda yang kini berada di Jepun untuk menghadiri Tokyo Game Show 2023, bolehlah singgah ke booth SEGA/ATLUS untuk bermain demo serta melihat footage untuk game terbaharu yang akan dilancarkan nanti!
Untuk mendapatkan segala liputan TGS 2023 daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post