Kami sekarang berada di Tokyo Game Show 2023, dan Square Enix memberi kami peluang untuk mencuba preview awal bagi Infinity Strash: DRAGON QUEST The Adventure of Dai. Saya sempat bermain untuk tempoh masa yang agak lama tetapi malangnya mereka hanya membenarkan kami merakam selama 10 minit.
Tanpa melengahkan masa lagi, berikut adalah preview awal saya tentang Infinity Strash: DRAGON QUEST The Adventure of Dai!

Secara am, Infinity Strash: Dragon Quest The Adventure of Dai ialah aksi RPG yang mengadaptasi cerita daripada anime dan manga siri Dai, tetapi ia tidak merangkumi kesemuanya. Oleh itu, pasti ada beberapa plot atau naratif yang ditinggalkan tetapi kemungkinan besar akan ditambahkan pada masa depan bergantung pada populariti game itu.
Bagi gameplay, kemajuan dalam game bersifat linear di mana anda boleh membuka peta baharu dengan banyak peringkat selepas mencapai bab baharu. Kadangkala, kita akan melihat cutscene ala slideshow dengan seni yang diambil daripada manga, dan kadangkala game ini akan menampilkan cutscene 3D CGI yang dibuat pakai in-game engine yang menyerlahkan adegan cerita yang lebih penting.

Dengan cara game ini menyesuaikan diri pada reka bentuk peringkat, ia tidak mempunyai banyak penerokaan. Bukan setakat itu sahaja, gameplay akan menjadi agak repetitif di mana kita asyik melawan gerombolan musuh atau bos, dan kemudian beralih ke peringkat seterusnya.
Hal ini mungkin baik untuk sesetengah orang yang suka untuk terus pergi ke bahagian aksi, tetapi bagi saya, gameplay seperti ini boleh menjadi cepat membosankan, dan kami sendiri pun sudah mula rasa bosan selepas menyelesaikan beberapa peringkat.

Satu lagi hal yang tidak membantu adalah aksi pertempuran aksi pun agak hambar. Pemain boleh melakukan serangan biasa, dua skill biasa, satu serangan magic, serangan Ultimate dan abiliti spesifik lain (khas untuk setiap watak seperti Power-Up dan lain-lain).
Kita tidak boleh membuat kombo berterusan, anda tidak boleh membatalkan kombo untuk membuat aksi lain. Bukan itu sahaja, aksi mengelak atau melakukan skil pun sangat perlahan, jadi ini menjadikan pertempuran terasa kekok dan kurang responsif.
Bagi aspek character customization, anda boleh menukar skil watak dan menaikkan level mereka, tetapi yang paling unik ialah Bond Memories. Secara asas, ini adalah sistem “enhancement” di mana anda boleh meningkatkan lagi kekuatan watak dengan melengkapkan beberapa kad dengan memori penting yang diambil terus daripada manga.

Infinity Strash: Dragon Quest The Adventure of Dai bakal dikeluarkan pada 28 September 2023 untuk PS5, PS4, Nintendo Switch, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam. Baca segala liputan kami tentang siri Dragon Quest The Adventure of Dai di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post