Seluruh warganegara Jepun terutamanya industri animasi sangat terkejut apabila salah satu studio animasi paling ikonik di negara terbakar. Ramai saksi melihat seorang lelaki dalam umur 40-an mencurahkan cecairyang mudah terbakar di dalam bangunan studio anime terkenal, Kyoto Animation, dan kemudian menyalakan api sambil menjerit “MATI”. Penduduk yang melaporkan kebakaran juga melaporkan sebuah letupan.
Dan ini bukan hanya studio sampingan Kyoto Animation, tetapi studio utama mereka di wilayah Fushimi di Kyoto. Terletak hanya 20 minit dari studio pejabat mereka di Uji City.
Sankei News melaporkan bahawa 38 orang telah dibawa ke hospital dengan kecederaan besar dan ringan. Sembilan daripada mereka dalam keadaan tidak sedarkan diri manakala seorang telah meninggal dunia. Operasi menyelamat dijalankan pada tempoh berjam-jam, kerana ramai orang dilaporkan masih terperangkap pada waktu tersebut. Mengenai arsonis yang disyaki, All Nippon News telah melaporkan bahawa Polis Kyoto kini menahan beliau untuk soal siasat.
Breaking: Multiple people are dead after a man intentionally set a fire at an anime studio in Kyoto, Japan. pic.twitter.com/B0fnL2IiAi
— PM Breaking News (@PMBreakingNews) July 18, 2019
Kyoto Animation sangat terkenal dengan karya anime popular, seperti Lucky Star, The Melancholy of Haruhi Suzumiya, K-On!, dan Sound! Euphonium.
Sumber – SGCafe
@gamersantaimy
Discussion about this post