Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PS5 ada System Update baru – kini sokong ciri Dolby Atmos & M.2 SSD hingga 8TB!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 14, 2023
in Artikel, Berita, PS5, Teknologi
0 0
0
PS5 ada System Update baru – kini sokong ciri Dolby Atmos & M.2 SSD hingga 8TB!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Sony Interactive Entertainment telah melancarkan System Update terbaharu untuk PlayStation 5 (PS5), yang menambahkan ciri accessibility baharu, pilihan audio baharu, cara baharu untuk berhubung dengan pemain lain, sokongan untuk SSD M.2 berkapasiti lebih besar dan banyak lagi.

New PS5 system software update rolls out globally today:

☑️ New accessibility features
☑️ Support for compatible @Dolby Atmos-enabled audio devices
☑️ Social feature enhancements
☑️ PS Remote Play support on additional Android devices

➡️ Full details: https://t.co/NDRfpV4MYN pic.twitter.com/G3rXxuNylL

— PlayStation (@PlayStation) September 13, 2023

Berikut adalah info lengkap:

Guna controller kedua untuk “membantu“

Kredit: PlayStation

Anda boleh menetapkan controller kedua kepada satu akaun sebagai “assist controller”, dan menggunakan dua controller tersebut secara serentak untuk mengawal konsol PS5 (seolah-olah anda menggunakan satu alat kawalan). Ciri ini direka untuk membantu rakan atau kanak-kanak menavigasi bahagian yang sangat mencabar dalam sesetengah game.

  • Untuk menggunakan assist controller, pergi ke [Settings] > [Accessibility] > [Controllers] > [Use Second Controller for Assistance], dan kemudian hidupkan [Use Assist Controller].
  • Anda boleh menggunakan assist controller apabila controller utama ialah DualSense, DualSense Edge, atau controller pihak ketiga yang disokong PS5.**
    • DualSense Edge tidak boleh digunakan sebagai assist controller.

Maklum Balas Haptik untuk UI Sistem

Anda mempunyai pilihan untuk menghidupkan kesan maklum balas haptik semasa menavigasi PS5 dengan DualSense, DualSense Edge atau PS VR2 Sense.

  • Apabila didayakan, kesan bunyi sistem untuk perkara tertentu akan dicerminkan secara fizikal melalui haptik, seperti fokus bergerak, mencapai had pada bahagian boleh tatal, menandakan kotak atau apabila anda menerima notifikasi atau memulakan game. Ciri optional ini meningkatkan keasyikkan dan amat berguna untuk pemain yang mempunyai masalah penglihatan atau kurang upaya pendengaran.
  • Untuk menghidupkan ciri ini, pergi ke [Settings] > [Accessibility] > [Controllers], dan kemudian hidupkan [Haptic Feedback During Console Navigation].

Sokongan untuk peranti audio Dolby Atmos yang serasi

Kredit: PlayStation

Audio 3D yang dikuasakan oleh Tempest 3D AudioTech kini boleh dinikmati oleh mereka yang memiliki peranti HDMI berdaya Dolby Atmos yang serasi seperti soundbar, TV atau sistem teater rumah. Tempest 3D AudioTech secara khusus render kepada peranti audio Dolby Atmos yang sedang digunakan – termasuk saluran overhead – membolehkan tahap keasyikan yang lebih tinggi dalam skop audio game PS5.

Untuk menghidupkan Dolby Atmos, pergi ke [Settings] > [Sound] > [Audio Output] > [Audio Format (Priority)], dan kemudian pilih [Dolby Atmos].

Sokongan untuk M.2 SSD berkapasiti lebih besar

Anda boleh menggunakan M.2 SSD dengan kapasiti maksimum 8TB (peningkatan daripada had 4TB sebelumnya) untuk meluaskan ruang storan pada konsol PS5 melalui update terbaharu. Syaratnya adalah M.2 SSD anda mesti memenuhi keperluan yang digariskan pada halaman ini.


Untuk baca butiran penuh tentang update ini, sila layari laman blog rasmi PlayStation. Untuk membaca segala berita kami tentang PS5, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dolby Atmosm.2 SSDps5System update
ShareTweetSend
Previous Post

Muat turun Monster Hunter Now sekarang! Keluar di dunia sebenar & buru raksasa epik!

Next Post

Katalog PS Plus September 2023 – NieR Replicant, Siri Star Ocean, 13 Sentinels: Aegis Rim

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Katalog PS Plus September 2023 – NieR Replicant, Siri Star Ocean, 13 Sentinels: Aegis Rim

Katalog PS Plus September 2023 – NieR Replicant, Siri Star Ocean, 13 Sentinels: Aegis Rim

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd