Anime Blue Exorcist kali terakhir dilihat pada 2017 (hampir 6 tahun lepas) dan sejak itu, tiada satu pun berita diumumkan tentang siri ini. Tetapi saya datang dengan berita baik! Blue Exorcist Season 3 akan datang tidak lama lagi pada awal tahun 2024 di mana ia bakal mengadaptasikan Shimane Illuminati Saga!
Sempena itu, pihak produksi telah mengeluarkan teaser dan poster rasmi (boleh dilihat di bawah) untuk meraikan pengumuman ini:
Secara khususnya, Blue Exorcist Season 3 diumumkan semasa Aniplex Online Fest 2023 dan sepatutnya akan keluar pada Januari 2024.
Animasi akan diterajui oleh Studio VOLN bersama Daisuke Yoshida sebagai pengarah dan Toshiya Ono yang mengawasi skrip siri. Yurie Oohigashi diberi tugas pereka watak dan ketua pengarah animasi, manakala Kohta Yamamoto dan Hiroyuki Sawano akan mengarang muzik. Bagi pelakon suara, semua pelakon daripada Season 1 dan 2 akan kembali semula untuk Season 3.
Untuk naratif, Shimane Illuminati Saga sebenarnya adalah story arc utama yang ke-6 daripada manga Blue Exorcist yang muncul selepas peristiwa “Kyoto Impure King arc”; dan menceritakan tentang Okumura Yukio, yang harus mengetuai sebuah kumpulan ke wilayah Shimane, demi menyelamatkan Izumo Kamiki yang diculik oleh Illuminati. Dalam manga, saga ini bermula di bab 50 dan berlangsung hingga bab 64.

Sinopsis

Bagi mereka yang kurang tahu, Blue Exorcist merupakan siri manga fantasi gelap Jepun yang ditulis dan diilustrasikan oleh Kato Kazue. Mula diterbitkan dalam majalah Jump Square sejak April 2009, sebanyak 29 jilid tankōbon telah dikumpulkan setakat Julai 2023. Siri ini menjadi sangat popular sehingga diadaptasi kepada siri anime dengan dua musim serta satu filem anime.
“Kisahnya menceritakan tentang seorang remaja bernama Rin Okumura, yang menyedari dia dan adik kembarnya Yukio merupakan anak lelaki Satan, yang dilahirkan daripada seorang wanita manusia, dan dia adalah pewaris kuasa itu. Apabila Satan membunuh penjaga mereka, iaitu bapa angkat mereka – Fujimoto Shiro, Rin mendaftarkan diri di True Cross Academy untuk menjadi seorang Exorcist di bawah jagaan Yukio bagi menewaskan Satan yang juga merupakan bapa sebenarnya.“

Untuk membaca tentang segala liputan kami tentang Blue Exorcist, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post