Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Multiplayer ‘Eggy Party’ Rasmi Keluar di Malaysia, Boleh Main dalam Bahasa Melayu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 9, 2023 - Updated on October 23, 2023
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Multiplayer
0 0
0
Game Multiplayer ‘Eggy Party’ Rasmi Keluar di Malaysia, Boleh Main dalam Bahasa Melayu!
Share on FacebookShare on Twitter

Eggy Party akhirnya boleh didapati di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia, dan peminat baharu boleh serta-merta terjun dalam aksi dan mencuba event pertama bertemakan muzik, iaitu Rock and Roll. Dibuat oleh NetEase Games, game ini dikeluarkan secara rasmi di Malaysia sejak 8 September 2023, dan tersedia dalam bahasa Thai, Indonesia, Cina, Inggeris dan bahasa Melayu!

Kredit: NetEase Games

Jadi buat pemain di Malaysia, seeloknya anda mencuba game ini bersama rakan-rakan!

Bagi mereka yang tidak tahu, Eggy Party ialah game kompetitif multiplayer yang tersedia untuk peranti Android dan iOS. Eggies comel ini mendiami dunia Eggy Party, dan anda akan mendapat Eggy sendiri, yang boleh dihias dengan pakaian unik sambil mengambil bahagian dalam event bersama pemain lain.

Dalam Eggy Party, objektif permainan ialah untuk bertahan hidup melalui beberapa minigame (ala kompetitif multiplayer), di mana bilangan pemain dikurangkan setiap pusingan. Setiap pemain mesti menyasar diri sebagai Eggy terakhir untuk hidup. Terdapat juga mode Creator untuk anda bermain, seperti Eggy Workshop yang membolehkan anda mencipta level sendiri, yang kemudian boleh dikongsi dengan pemain di seluruh dunia.

Kredit: NetEase Games

Mereka yang telah pre-register akan mendapat banyak faedah dan hadiah berikut:

  • Bottle Cap: 4000 pra-pendaftaran
  • 50 Fashion Badge: 20.000 pra-pendaftaran
  • Limited Edition Outfit: 40.000 pra-pendaftaran
  • Limited Edition Avatar Name Frame: 80.000 pra-pendaftaran
  • 10 Bottle Cap Mystery Box Draw: 200.000 pra-pendaftaran

Cuba event Rock and Roll sementara ada masa!

Pemain baharu dapat menyertai event Eggy Party Rock and Roll yang membawa 7 peta baharu, termasuk Just Dance, Music Box, Sonic Sprint, Feel the Beat dan banyak lagi! Anda boleh mengambil bahagian dalam Rock Roll Season Activity Task, dapatkan Music Notes, lalu menukarnya dengan Rock Coins untuk membeli outfit dan aksesori, termasuk Top Hits Kids dan Music Player.

Banyak hadiah dan item menunggu di event ini termasuk Rock and Roll Season Mystery Box, yang memberi peluang untuk memenangi outfit baharu untuk Eggy, seperti Obsidian – Main Vocalist, Carol – The Guitarist, dan Robo – Drummer. Pada masa yang sama, ada juga hadiah Rock and Roll Seasonal Ranked Party, di mana melengkapkan Egg Rank Task akan memberi outfit Spring Diary, aksesori Mini keyboard dan Loyal Fan Avatar Frame!

Banyak Event menarik lain untuk cuba

Kredit: NetEase Games

Selain yang saya sebutkan tadi, game ini turut akan menghadirkan juga What the Duck game, di mana event ini akan berlansung dari 8 hingga 21 September.

Satu lagi event istimewa juga sedang berlangsung, seperti To Arms, Eggies! yang akan berlangsung sehingga 21 September. Dalam event ini, menyelesaikan tugas khas akan menghadiahkan tiga outfit luar biasa: Jade Spear, Palace of Sword & Heart, dan Valley of Flowers Doctor. Apabila acara ini berlangsung, akan ada diskaun untuk outfit Purple Sky Fairy, yang boleh dimiliki dengan hanya 60 Egg Coins!

Akhir sekali, parti Eggy akan menganjurkan kolaborasi dengan Bubble Egg yang comel sebagai sebahagian daripada event yang berlangsung sehingga 14 September. Di sini, Bubble Eggs melawat Eggy Island dan melepak bersama Eggies.

Kredit: NetEase Games

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat turun Eggy Party sekarang di App Store atau Google Play!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Eggy PartyMalaysiaMobile
ShareTweetSend
Previous Post

Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name – Jumpa gadis-gadis, main arked & banyak lagi!

Next Post

Monarch: Legacy of Monsters Dedahkan Teaser Baru, Akan Ditayangkan 17 November 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Monarch: Legacy of Monsters Dedahkan Teaser Baru, Akan Ditayangkan 17 November 2023!

Monarch: Legacy of Monsters Dedahkan Teaser Baru, Akan Ditayangkan 17 November 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd