Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name – Yakuza Style vs Agent Style!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 25, 2023
in Action, Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, RPG, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name – Yakuza Style vs Agent Style!
Share on FacebookShare on Twitter

Bakal dikeluarkan hujung tahun ini untuk semua platform besar, Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name telah mengeluarkan info baharu tentang dua gaya pertempuran dalam game iaitu: “Yakuza Style” dan “Agent Style“. Boleh ditukar ganti mengikut situasi, apakah kelebihan dan kekurangan kedua-dua seni bela diri?

Berikut adalah info lengkap:

Kredit: SEGA

Yakuza Style: Lengkap dengan serangan haymaker ganas, tendangan yang menghancurkan tulang, dan mampu berlawan secara impromtu memakai objek berdekatan, Yakuza Style direka untuk mmebantau musuh sepenuhnya. Walaupun telah menyertai Daidoji, teknik ganas ini masih diasah dan hampir sempurna selepas bertahun-tahun digunakan.

Kredit: SEGA

Agent Style: Gaya pertempuran rahsia ini direka oleh ejen Daidoji untuk melaksanakan operasi risikan dengan lebih baik. Ia menggabungkan teknik seni mempertahankan diri dari negara berbeza dengan gajet moden. Orang-orang yang menguasai gaya ini dikatakan mampu mengawal sepenuhnya apa-apa keadaan, tidak kira betapa hebatnya pihak lawan.

Heat Action berubah mengikut gaya pertempuran

Heat Action juga dipecahkan kepada dua kategori: yang boleh digunakan dalam Yakuza Style,dan Agent Style.

Kredit: SEGA
  • Untuk Yakuza Style, mode ini meningkatkan kekuatan Kiryu dan membolehkannya untuk membelasah musuhnya tanpa belas kasihan tanpa henti. Selain daripada mengutip sebarang senjata berdekatan secara automatik, dia juga boleh gunakan Heat Actions secara berterusan dalam mode ini. Malah, musuh yang handal pun tidak dapat menahan kombo ganas ini.
Kredit: SEGA
  • Untuk Agent Style, mode ini membuka potensi gajet secara maksimum, lalu membolehkan Kiryu menewaskan beberapa musuh sekaligus dengan bergaya. Sebagai contoh. The Serpent membolehkan Kiryu melepaskan tendangan pantas secara berteruskan, Bee Drone akan segera berkerumun musuh untuk serangan sendi besar-besaran, Spider Watch akan menembak lebih banyak wayar, Firefly Bomb akan mencipta letupan lebih besar daripada pelancar roket.

(Setiap gajet akan diterangkan di bawah)

Fungsi Ultimate Counter

Apabila “bos musuh” melakukan gerakan istimewa, mekanik “Ultimate Counter” membolehkan Kiryu membalas balik sejumlah damage semula kepada bos tersebut.

Kredit: SEGA
  • Untuk Yakuza Style, Kiryu boleh menggunakan Ultimate Counter untuk menghancurkan serangan musuh hanya dengan kekuatan sahaja, menembus pertahanan mereka dengan tendangan ganas, dan kemudian melontar mereka secara ganas.
Kredit: SEGA
  • Untuk Agent Style, dia akan menepis serangan dengan tendangan yang tepat, melakukan serangan siku yang pantas dan kemudian menggunakan alat untuk melemparkan bos ke sekeliling, sambil menjerat mana-mana musuh berdekatan.

Upgrade Abiliti dalam Katalog

Kredit: SEGA

Anda boleh memperoleh skil dan abiliti baharu dengan membeli buku yang disenaraikan dalam katalog yang diterima daripada puak Daidoji. Buku ini datang dalam pelbagai genre yang berbeza, seperti buku panduan, buku akademik, novel, manga, dan banyak lagi. Harga setiap buku pun berbeza di mana buku tebal boleh cecah harga ratusan ribu yen.

Gajet yang boleh dipakai untuk Agent Style

Kredit: SEGA
  • Spider; Alat yang mengeluarkan wayar yang sangat nipis dari jam tangan untuk menangkap musuh. Anda boleh menyerang musuh yang diikat itu, menarik mereka kepada Kiryu, atau lemparkan mereka ke tanah. Alat ini boleh digunakan dalam pelbagai jenis cara, termasuk mengambil senjata dari tanah atau merampas senjata daripada musuh.
Kredit: SEGA
  • Serpent:Mekanisme semburan jet yang tersembunyi di dalam kasut Kiryu membolehkan pergerakan sepantas kilat. Dengan pergerakan pantas masuk dan undur, Serpent dapat bersinergi dengan banyak gajet lain apabila semakin mahir.
Kredit: SEGA
  • Firefly: Bom kecil berbentuk seperti rokok dan boleh dibuang berturut-turut. Mereka akan meletup selepas jangka masa tertentu. Anda juga boleh mencetuskan letupan bersiri, lantas menjadikan ini alat strategik yang amat berkesan jika dibaling pada masa dan tempat yang betul.
Kredit: SEGA
  • Bee: Drone tempur berkuasa AI. Fungsi utama mereka adalah untuk terbang dan mengganggu musuh.

Sebagai peringatan, Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam dan Microsoft Store pada 9 November 2023. Baca segala berita kami tentang game ini di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Like a Dragon GaidenLike a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name
ShareTweetSend
Previous Post

Samba de Amigo: Party Central Bawakan Muzik K-Pop sebagai DLC untuk Pemain! Akan Tersedia September Ini!

Next Post

Busan Indie Connect Festival 2023 di – Kini salah satu ekspo game indie terbesar di dunia! [BIC 23]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Busan Indie Connect Festival 2023 di – Kini salah satu ekspo game indie terbesar di dunia! [BIC 23]

Busan Indie Connect Festival 2023 di - Kini salah satu ekspo game indie terbesar di dunia! [BIC 23]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd