Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Samba de Amigo: Party Central – Info mode StreamiGo!, watak baru & banyak lagi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 24, 2023
in Artikel, Berita, Muzik, Nintendo Switch
0 0
0
Samba de Amigo: Party Central – Info mode StreamiGo!, watak baru & banyak lagi!
Share on FacebookShare on Twitter

Bakal dikeluarkan di Nintendo Switch pada 30 Ogos 2023, hari ini kami mendapat lebih banyak maklumat tentang Samba de Amigo: Party Central termasuk butiran tentang watak, stage dan mode StreamiGo!.

Bagi mereka yang tidak tahu, Samba de Amigo: Party Central ialah game irama berasaskan gerakan yang sedang dibangunkan oleh Sega. Merupakan sekuel kepada Samba de Amigo 1, pemain harus menggoncang JoyCon seperti marakas mengikut rentak yang ditunjukkan dalam skrin. Berbeza dengan pendahulunya, game ini lebih memberi tumpuan kepada genre muzik popular secara umum.

Kembali kepada topik asal, berikut adalah butiran lanjut:

Mode SteamiGo!

Kredit: SEGA

StreamiGo ialah mode single-player dalam Samba de Amigo: Party Central di mana pemain menyelesaikan cabaran untuk mendapatkan follower. Mode ini dinamakan sempena platform media sosial popular di dunia Amigo. Di StreamiGo!, macam-macam influencer membuat persembahan dan bersaing untuk mengumpulkan seberapa ramai follower yang boleh. Yang duduk di puncak tangga populariti ialah Rabbina.

Cara-cara untuk bermain:

Kredit: SEGA

Apabila memilih StreamiGo!, pemain akan ditunjukkan kepada sejumlah influencer. Di sini, ada beberapa misi yang disertakan sekali dengan setiap pengaruh, dan setiap misi memberikan jumlah follower tertentu.

Bukan itu sahaja, setiap misi mempunyai litar, tahap kesukaran dan keperluan sendiri. Jadi seeloknya anda mempertimbangkan faktor-faktor ini semasa memutuskan misi yang mana satu untuk diambil.

Semasa menari, komentari daripada penonton akan dipaparkan di bahagian bawah kiri skrin. Sebahagian daripada mereka akan menggembirakan anda, dan sebahagian lagi akan memberi derma. Buat satu persembahan yang bagus dan menarik lagi ramai orang! Status anda sebagai influencer di bandar akan berubah apabila anda memperoleh lebih ramai follower.

Kredit: SEGA

Customization Shop

Kredit: SEGA

Di Customization Shop, anda boleh mengubah suai penampilan watak, pakaian dan banyak lagi. Daripada marakas, anda boleh menggunakan glowstick atau lidi barbeku. Anda juga boleh bertukar ikon ke Amigo kegemaran lain. Ubahsuai watak mengikut keinginan hati!

Item dalam Customization Shop boleh dibeli melalui mata wang in-game, yang boleh diperolehi dengan bermain game tersebut. Sesetengah game mode memberikan ganjaran istimewa, jadi cuba mainkan pelbagai mode berbeza untuk ubah suai Amigo anda sepenuhnya!

Anda juga boleh mengubah watak kepada Sonic, Puyo Puyo atau watak lain dengan membeli DLC.

Kredit: SEGA

Watak baru

Kredit: SEGA

Rudolph: Seorang penari/rapper yang juga seorang produser muzik dan pengurus kelab yang berjaya. Dia mahir dalam semua genre muzik dan pandai menilai bakat. Dia juga aktif secara rahsia sebagai influencer makanan.

Kredit: SEGA

Rabbina: Influencer yang paling popular dan terkenal di dunia. Selain kemahiran tariannya, dia juga mengekalkan kerjaya model yang semakin maju. Dia sangat aktif di media sosial dan sangat popular di kalangan orang muda. Ramai peminat mahu melihatnya melakukan kolaborasi bersama Amiga.

Stage

Kredit: SEGA

Streets: Lokasi yang terletak di pinggir bandar. Walaupun orang ramai yang biasa berkumpul di sini adalah jenis kasar dan lasak, mereka semua pencinta muzik yang sanggup mengetepikan perbezaan mereka apabila lagu mula dimainkan. Lokasi ini telah menjadi tarikan pelancong kerana seni grafitinya, yang dihasilkan oleh seorang pakar.

Kredit: SEGA

Livestream: Kawasan di dalam bandar di mana selebriti dan influencer berkumpul. Ia terletak dalam fasiliti yang direka khusus untuk penstriman. Rabbina mengadakan strim langsungnya dari fasiliti ini.


Ayuh bermarakas bersama kawan dalam Samba de Amigo: Party Central apabila ia dikeluarkan di Nintendo Switch pada 30 Ogos 2023!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Samba de AmigoSamba de Amigo: Party CentralStreamiGo!
ShareTweetSend
Previous Post

Jom Lihat Barisan Filem & Siri Menarik Netflix Sepanjang September 2023!

Next Post

5 Waifu Anime Terbaik daripada Siri Musim Panas 2023! (Menurut Peminat Jepun)

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

BrownDust2 Kini Berstatus 18+ di Google Play Store, Kandungan Semakin Eksplisit
Berita

BrownDust2 Kini Berstatus 18+ di Google Play Store, Kandungan Semakin Eksplisit

May 9, 2025
NetEase Umum Spirit Beast Adventure, Sebuah MMORPG Menyerupai Pokemon?
Mobile

NetEase Umum Spirit Beast Adventure, Sebuah MMORPG Menyerupai Pokemon?

May 9, 2025
BIC Festival 2025 Tampilkan Visual Utama, Janjikan Pengalaman Gaming Indie Bertemakan Kosmik
Acara

BIC Festival 2025 Tampilkan Visual Utama, Janjikan Pengalaman Gaming Indie Bertemakan Kosmik

May 9, 2025
Next Post
5 Waifu Anime Terbaik daripada Siri Musim Panas 2023! (Menurut Peminat Jepun)

5 Waifu Anime Terbaik daripada Siri Musim Panas 2023! (Menurut Peminat Jepun)

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd