Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

NetEase umum Project Mugen – free-to-play open world RPG untuk PS, PC & Mobile!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 24, 2023
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Open World, PC, PS4, PS5, RPG
0 0
0
NetEase umum Project Mugen – free-to-play open world RPG untuk PS, PC & Mobile!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, NetEase Games bersama NAKED RAIN (di bawah Thunder Fire) telah mengumumkan Project Mugen, “free-to-play urban open-world RPG” baru yang akan tersedia untuk PlayStation 5, PlayStation 4, PC, iOS, dan Android. Lebih menarik lagi, game itu kini tersedia untuk pre-register sekarang melalui laman web rasmi.

Sempena pengumuman ini, NetEase telah mengeluarkan trailer baru yang korang boleh tonton di bawah:

Sinopsis

Kredit: NetEase Games

Dalam dunia lebih kurang seperti Bumi, mitos lama menjadi realiti dan manusia kini wujud bersama alam supernatural.

Pemain akan melangkah masuk ke peranan seorang Esper, yang dikenali sebagai “Infinite Trigger.” Tugas mereka adalah untuk menyiasat melalui bandar-bandar meriah, dan menghadapi anomali dan kejadian ghaib yang mengancam keseimbangan bandar yang aman ini.

Kredit: NetEase Games

Sepanjang perjalanan, pemain akan bekerjasama dengan pelbagai Esper lain, masing-masing dengan latar belakang sendiri, untuk menghadapi Chaos yang membahayakan manusia. Menyelam jauh ke dalam misteri, terokai kehidupan bandar dan cipta kenangan yang tidak dapat dilupakan bersama rakan-rakan.

Semasa pemain menavigasi dalam dunia permainan, mereka akan memulakan usaha untuk mendapatkn semula memori yang hilang, menghadapi cabaran di pelbagai bandar berbeza dan berusaha untuk mendapatkan kunci bagi menyelamatkan dunia.

Ciri-ciri gameplay

Kredit: NetEase Games
  • Berlatarkan lokasi urban open-world – Terokai peta luas yang memberikan pengalaman bandar yang meriah. Daripada hiburan malam yang diterangi lampu neon hingga ke taman yang tenang, setiap sudut bandar memiliki kisah sendiri. Sibukkan diri dengan penerokaan terbuka, memanjat bangunan pencakar langit, menyelam ke dalam kereta api bawah tanah dan berinteraksi dengan persekitaran dinamik yang bertindak balas terhadap setiap pergerakan anda.
  • Pengalaman pertempuran unik – Terlibat dalam pertempuran berasaskan pasukan dengan empat watak, setiap satu mempunyai atribut berbeza yang bersinergi antara satu sama lain. Gunakan objek daripada alam sekitar dalam pertempuran dan manfaatkan kawasan bandar untuk melawan raksasa dalam pelbagai cara.
  • Ciri navigasi dan kenderaan pantas – Setiap watak mempunyai kemahiran pergerakan asas seperti parkour, berayun atau memanjat dinding. Sesetengah watak juga mempunyai keupayaan navigasi yang unik berdasarkan identiti individu mereka, seperti menunggang tukul khas. Pemain juga boleh mencuri dan menunggang kenderaan seperti kereta di dalam bandar.
Kredit: NetEase Games
Kredit: NetEase Games

Kredit: NetEase Games

Seperti saya kata tadi, Project Mugen akan dilancarkan secara percumma untuk PlayStation 5, PlayStation 4, PC, iOS, dan Android. Bagi mereka yang berminat, anda boleh pre-register sekarang melalui laman web rasmi.

Tags: neteaseProject Mugen
ShareTweetSend
Previous Post

Maraton 3 Filem Detective Conan di GSC September Ini! RM10 untuk Setiap Filem!

Next Post

Jom Lihat Barisan Filem & Siri Menarik Netflix Sepanjang September 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!
Teknologi

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!

June 4, 2026
Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!
Mobile

Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!

June 4, 2026
Next Post
Jom Lihat Barisan Filem & Siri Menarik Netflix Sepanjang September 2023!

Jom Lihat Barisan Filem & Siri Menarik Netflix Sepanjang September 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd