Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sonic Superstars: Senarai watak yang boleh dimainkan & musuh utama!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 22, 2023
in Artikel, Berita, Epic Store, Nintendo Switch, PC, Platformer, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Sonic Superstars: Senarai watak yang boleh dimainkan & musuh utama!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, SEGA telah memperkenalkan info lanjut tentang Sonic Superstars, yang dijangka akan dikeluarkan pada hujung tahun ini di PlayStation 4, PlayStation 5, Nintendo Switch, Xbox Series X|S, Xbox One, Epic Games Store dan Steam. Khususnya, maklumat tentang watak yang boleh dimainkan dalam Sonic Superstars seperti Sonic, Tails, dan lain-lain – serta penjahat yang menghalang mereka, seperti Dr. Eggman dan watak baharu, Trip.

Berikut adalah info lanjut tentang watak yang akan muncul dalam Sonic Superstars:

SONIC

Kredit: SEGA Asia

Merupakan landak terpantas yang pernah hidup! Sonic mengembara dunia pada kelajuan supersonik dan akan mengalahkan apa-apa sahaja yang mengancam rakan-rakannya, keamanan dunia, dan alam semula jadi. Walaupun lebih suka berehat dengan rakan-rakan, Sonic tidak akan pernah terlepas pandang rancangan jahat Dr. Eggman!

AMY

Kredit: SEGA Asia

Amy adalah landak merah jambu yang ceria dan bertenaga dan mempunyai rasa keadilan yang kuat serta hati yang baik. Dia menghukum mereka yang mengacau orang lemah dengan Piko Piko Hammer yang besar!

TAILS

Kredit: SEGA Asia

Tails ialah seorang mekanik genius yang bermotivasi tinggi dan juruterbang kepada pesawat Sonic bernama Tornado! Dia boleh terbang dengan memutar dua ekornya seperti kipas dan boleh diakui sebagai sidekick terbaik kepada Sonic!

KNUCKLES

Kredit: SEGA Asia

Knuckles ialah penjaga Master Emerald di atas Angel Island, dan ahli terakhir dalam klannya yang masih hidup. Dia boleh menghancurkan musuh dengan buku limanya yang kuat, memanjat dinding, dan meluncur! Walaupun agak keras kepala kadang-kala, dia seorang rakan yang mulia dan boleh dipercayai!

DR. EGGMAN

Kredit: SEGA Asia

Dr. Eggman ialah seorang saintis genius yang jahat dengan IQ lebih 300 dengan rancangan untuk menakluk dunia dan menubuhkan Empayar Eggman. Untuk mendapatkan lebih banyak kuasa, dia mencari Chaos Emerald bersama dengan askar robotnya yang hebat. Apakah jenis rancangan jahat yang dia ada untuk Northstar Islands?

FANG

Kredit: SEGA Asia

Jerboa juga dikenali sebagai Fang the Hunter. Sebagai pemburu upahan yang lincah, dia sentiasa mengintai sasaran besar seterusnya. Sebagai penjenayah yang dikehendaki, dia cuba mendapatkan kelebihan ke atas pihak lawannya. Selain itu, Fang mempunyai kenderaan kesayangannya bernama Marvelous Queen.

TRIP

Trip ialah seorang gadis misteri yang asalnya ditemui oleh Fang di atas Northstar Islands. Seluruh badannya ditutup oleh perisau berat, yang juga membuatkannya menjadi celupar. Dr. Eggman dan Fang memaksanya untuk membimbing mereka demi mencari Chaos Emerald.


Sonic Superstars adalah game “high-speed action” baharu yang menggabungkan 2D side-scrolling yang klasik dan grafik 3D yang cantik. Pengembaraan baharu bermula untuk Sonic dan rakan-rakannya seperti Tails, Amy, dan Knuckles di Kepulauan Northstar yang misteri dan didiami oleh raksasa. Dengan Emerald Powers baru, anda perlu hentikan Dr. Eggman dan Fang yang merancang untuk menggunakan raksasa. Pada masa yang sama, anda dapat bermain dengan tiga pemain lain secara “local”, jadi berseronoklah bersama keluarga dan rakan!

Baca segala liputan kami tentang Sonic Superstars di SINI!

Tags: sonicSonic Superstars
ShareTweetSend
Previous Post

ASUS melancarkan siri ExpertBook B5, laptop convertible paling ringan di dunia – harga bermula RM7,699!

Next Post

Review MSI Raider GE78 HX – Kuasa hyper ala kereta lumba!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Review MSI Raider GE78 HX – Kuasa hyper ala kereta lumba!

Review MSI Raider GE78 HX - Kuasa hyper ala kereta lumba!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd