Hari ini, Acer Malaysia telah mengumumkan pelancaran Predator Triton 17 X serba baharu dan berkuasa; yang menggabungkan reka bentuk minimalis canggih dengan komponen-komponen terbaik di pasaran. Boleh didapati sekarang di kedai rasmi Acer, laptop ini dijual pada harga RM 18,999.

Direka untuk para gamer dan golongan profesional yang mencari peranti mudah alih yang nipis, Predator Triton 17 X ini dilengkapi dengan cip pemproses Intel Core i9 generasi ke-13 dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4090 bersama teknologi Max-Q yang mampu memaparkan game AAA. Komputer riba berkuasa besar ini hadir dengan gabungan RAM DDR5 64GB (5600Mhz) dan SSD 4TB dalam konfigurasi RAID 0 untuk memastikan pelbagai tugasan dan akses data pantas yang lancar.
Predator Triton 17 X lengkap dengan paparan Mini-LED (AmLED) WQXGA 17-inci yang jelas serta sokongan kadar segar semula 250 Hz yang cepat dan memenuhi standard DisplayHDR bersama kecerahan yang lebih dari 1,000 nits. Ia juga menawarkan gamut warna lebar DCI-P3 100% untuk warna yang terang dan Eyesafe Certified, memberikan perlindungan daripada cahaya biru secara berterusan di mana 80% cahaya biru ini dikurangkan.


Dengan ketinggian 19.9mm, Triton 17 X dibina dengan teliti dan sangat mudah alih. Ia merangkumi tekstur yang digilap dan disembur pasir pada casis logam CNC unibody-nya, logo Predator dengan ukiran mikro RGB yang halus, mesh pembesar suara keluli tahan karat, aksen potongan berlian, dan lubang angin yang ditempatkan secara strategik.
Bersama komponen berkuasa yang boleh mencecah kuasa maksimum 330W, Triton 17 X memastikan penyejukkan yang terbaik untuk sesi gaming yang tegang dan ketika rendering. Reka bentuk habanya menggabungkan ruang wap dan teknologi Vortex Flow yang dipertingkatkan oleh sistem penyejukkan tiga kipas. Ini termasuk dua kipas 3D AeroBlade generasi ke-5 dengan ciri-ciri struktur yang memandu angin.


Laptop ini mengandalkan paip haba khusus untuk cip pemproses, kedudukan ruang masuk dan keluar yang strategik, dan menggunakan gris haba cecair logam atas CPU untuk pemindahan haba yang cekap dan mengoptimumkan prestasi.
Predator Triton 17 X turut hadir dengan ciri-ciri premium termasuk papan kekunci RGB per-kunci, pembaca cap jari, dan pad sesentuh kaca. Intel Killer E3100G+ Ethernet dan Intel Killer Wi-Fi 6E AX1690i membolehkan pengalaman yang lancar, sementara rangkaian palam yang lengkap memudahkan sambungan dengan pelbagai peranti dan aksesori.
Harga dan ketersediaan
Boleh diperolehi secara eksklusif dengan segera di Acer eStore dan Kedai Konsep Acer di IOI City Mall, Predator Triton 17 X ini dijual pada harga RM 18,999.
Pelanggan yang membeli sebuah Predator Triton 17 X sebelum 31 Ogos 2023 layak untuk mengambil bahagian dalam promosi Acer Day yang berterusan, menebus kredit eWallet Touch ‘n Go bernilai RM250 dan kod tebusan Overwatch 2. Para pelanggan juga layak untuk memenangi hadiah bulanan yang kumpulan hadiah bernilai RM100,000, termasuk tiket ke Sydney untuk Intel Extreme Masters (IEM) yang bernilai USD 4,000 (setiap pasangan).
Untuk membaca segala berita kami tentang produk Acer, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post