Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bruce Lee bakal dapat anime sendiri, dibuat oleh anak perempuannya!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 15, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Bruce Lee bakal dapat anime sendiri, dibuat oleh anak perempuannya!
Share on FacebookShare on Twitter

Buat peminat seni bela diri, korang mungkin akan teruja kerana Bruce Lee bakal mendapat anime sendiri! Projek tersebut bernama bertajuk House of Lee, dan akan diawasi oleh anak perempuan beliau, Shannon Lee. Bersama bantuan Shockunit Studio, House of Lee akan mempamerkan seni bela diri ikonik Bruce Lee melalui medium animasi ala anime.

Sempena itu, anda boleh menonton trailer rasmi di bawah:

Shannon Lee mengesahkan berita ini melalui artikel eksklusif kepada Deadline, yang menjelaskan sebuah anime berdasarkan bapanya sedang dalam pembikinan. Siri ini, akan dianimasikan oleh Shockunit Studios yang berpangkalan di Beijing, dan bukan autobiografi tetapi sebaliknya fantasi aksi.

Kredit: YouTube@Bruce Lee

Lebih kurang seperti kartun klasik Jackie Chan, House of Lee akan mengikuti perjalanan Bruce Lee dalam dunia fiksyen di mana dia mengumpulkan satu pasukan kuat untuk menyelamatkan dunia daripada jatuh “terlalu jauh ke dalam kegelapan dan bayang-bayang.” Menurut Shannon Lee, adaptasi anime ini diinspirasikan oleh satu pepatah daripada bapa mereka yang berkata:

“Those who are unaware they are walking in darkness will never seek the light.” / “Mereka yang tidak menyedari bahawa mereka berjalan dalam kegelapan tidak akan pernah mencari cahaya.”

Shannon Lee kemudian menambah:

“Anime adalah medium yang menakjubkan untuk menceritakan kisah yang benar-benar kreatif di mana Bruce Lee boleh menjadi Bruce Lee. Saya sangat teruja dengan kepelbagaian aksi, fantasi, sejarah, budaya dan kreativiti dalam medium ini.”

Kredit: YouTube@Bruce Lee

Bagi mereka yang tidak tahu, Bruce Lee merupakan seorang warga Hong Kong dan artis seni mempertahankan diri Hong Kong-Amerika, pelakon filem aksi, pengarah filem, penerbit filem, penulis lakon layar, ahli falsafah, pengajar seni mempertahankan diri dan pengasas konsep Jeet Kune Do.

Dianggap sebagai salah satu artis seni bela diri dan ikon budaya pop paling berpengaruh pada abad ke-20, beliau mengubah dan mempengaruhi seni mempertahankan diri di seluruh dunia. Beliau meninggal dunia di Kowloon Tong pada 20 Julai 1973, ketika usia hampir 33 tahun.


Buat masa ini, tarikh keluaran rasmi tidak dikongsi untuk House of Lee tetapi ia dijangka akan ditayangkan pada tahun 2024. Untuk membaca segala liputan kami tentang anime, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeBruce LeeHouse of Lee
ShareTweetSend
Previous Post

Shaman King Flowers Dedahkan Trailer Baharu! Akan Tayang Januari 2024!

Next Post

Pecah rekod! Baldur’s Gate 3 mendahului carta “game PC terbaik dalam sejarah”!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Pecah rekod! Baldur’s Gate 3 mendahului carta “game PC terbaik dalam sejarah”!

Pecah rekod! Baldur's Gate 3 mendahului carta "game PC terbaik dalam sejarah"!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd