Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Detective Pikachu Returns pamer gameplay baru – info baru watak, gameplay, jalan cerita!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 8, 2023
in Adventure, Artikel, Berita, Nintendo Switch
0 0
0
Detective Pikachu Returns pamer gameplay baru – info baru watak, gameplay, jalan cerita!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Detective Pikachu Returns telah mempamerkan gameplay untuk Pokemon Presents edisi Ogos 2023, serta memperkenalkan pemain kepada watak baru dan lama yang bakal membantu kita dalam perjalanan. Asalnya diumumkan bulan lepas semasa Nintendo Direct, tidak banyak info yang didedahkan sehinggalah hari ini.

Anda boleh menonton trailer gameplay di bawah untuk mengenali lebih lanjut tentang jalan cerita, watak, gameplay umum dan banyak lagi.

Sebagai sekuel kepada game pertama di Nintendo 3DS, pemain akan menghadapi naratif baharu Rhyme City. Protagonis utama ialah Pikachu yang boleh bercakap dan juga seorang detektif. Kawan baiknya ialah Tim Goodman, seorang manusia yang boleh memahami dan bercakap dengan Pokemon tersebut.

Kredit: Nintendo
Kredit: Nintendo

Selain gameplay umum, trailer di atas juga memperkenalkan kami semula kepada keluarga Tim, rakan baiknya Rachel dan bapanya, bersama beberapa Pokemon yang tidak pernah dilihat sebelum ini dalam game pertama.

Secara am, pemain perlu maju melalui naratif dan cuba menyelesaikan pelbagai kes misteri. Ini dilakukan dengan meneroka bandar dan bercakap dengan orang ramai. Tim akan merekodkan keterangan mereka yang membantu dalam siasatan lanjut. Bukan itu sahaja, Pikachu boleh bercakap dengan Pokemon lain untuk menggunakan bantuan mereka bagi menyelesaikan masalah tertentu.

Sebagai contoh, Growlithe boleh menghidu petunjuk dan klu manakala kekuatan Galarian Darmanitan amat berguna dalam menggerakkan objek.

Kredit: Nintendo

Bagi mereka yang berminat, Detective Pikachu Returns akan datang pada 6 Oktober 2023, eksklusif untuk konsol Nintendo Switch. Untuk baca segala berita kami tentang game Pokemon, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Detective Pikachu Returnsnintendo switchpokemon
ShareTweetSend
Previous Post

Pokemon Scarlet & Violet DLC: The Teal Mask Akan Lancar Pada 13 September!

Next Post

Game MOBILE SUIT GUNDAM U.C. ENGAGE Versi Global Diumumkan! Pra-daftar Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Game MOBILE SUIT GUNDAM U.C. ENGAGE Versi Global Diumumkan! Pra-daftar Sekarang!

Game MOBILE SUIT GUNDAM U.C. ENGAGE Versi Global Diumumkan! Pra-daftar Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd